Sunday 9 December 2012

Allah sebaik-baik perancang.

Bismillahirrahmanirrahim
(In The Name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful)

Assalamualaikum :)

Hope semua sihat, dan dibawah lindungan serta rahmatNya. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Dipanjangkan umur, untuk beribadah dan memperbaiki diri kita lagi.

Takde bende sangat nak update. Life macam biasa, ada turun dan naik. but try to make it stable. Istiqamah tu penting kann :)

Alhamdulillah, last month dah habis bayar duit PTPTN. Lega rasanya dah takde hutang. Tapi ade kisah menarik otw balik tuh. hehehe. Sejak dah jadi regular customer public transport nh (LRT, KTM, Bus), memang dah tau selok belok jalan dwng nh. Lps bayar duit PTPTN at KL Central, ade mamat salleh (omputeh) nh mcm confiusing which station die kene g. First tu mcm nak buat taknampak. hehh. cam takde mood nak talk to anyone, but then knowing myself nh yang mmg friendly, mmg taksampai hati lah kot. As usual, dah jadi tour guide org nak mencari arah laluan KTM/LRT.

He asked me " Can you speak English?" Aku pun dengan kondifen terus angguk tampa banyak songeh "Yes, may I help you?" Belasah. Bile lagi nak guna skill VSE aku kann. ngee. Then after explaining on how to go to KTM KL Station yang lame, few Korean/China girls came to him to asked on direction. Then, he asked me to help them and as usual, jd tourist guide. haha. P/S, senanye aku pun takde laa hafal beno route KTM/LRT nh. but dalam handbeg mmg sentiase ade Map Public Transport. Again, we bump into each other in the same coach, and start chatting. He's a teacher also a blogger, who came here to do some research about Malaysian culture. He wrote on Malaysia on his blog. Along the way, we talked about Penang, as he's heading there. Rase cam kekok pun ade, sebab kitorg borak rancak gile, the others dlm train tu, look on us, and dok usha-usha. Blasah je lah, tapi ok je kan senanye. He's sent me an email, but i'd never reply. Ohh. memang kelangkabot kot keje kat office la nh.

After he get out from the train, pandang lah sekeliling. Ada seorang Hamba Allah yang duduk sebelah aku. Hamba Allah yang istimewa. Mula-mula cam segan nak tegur, tapi beranikan diri jugaklah. Banyak persoalan yang timbul dalam benak nh. Namanya, Mohd Fazli. The first question i'd asked him is nak pergi mana? He replied, "Pergi kerja, dekat Pertama Complex." Aku senyum, dalam hati terdetik, Ya Allah, macam mana lah kalau aku ditempatnya. Mampukah aku menghadapinya. Insan ini sanggat tabah yang ku rasakan bukan semua mampu melalui keadaan yang dia lalui. Dengan keadaan bertongkat, dan berkaca mata tebal, bukan penghalang untuk dia mencari sesuap rezeki. Anak muda ini, yang ku rasakan kuat, berani dan berdikari, amatlah menari minat ku untuk mengetahui cerita selanjutnya mengenainya.

Kami berborak panjang, hingga sampai ke destinasi Bank Negara Station. Antara yang menarik, walaupun kurang daya penglihatan, tapi dia berusaha memajukan diri, tampa meminta. Kerjaya sebagai tukang urut, membantu dia untuk hidup lebih berdikari, tampa perlu ditemani rakan lain. Sebelum beredar, dia mempelawa ke tempat dia dan rakan-rakan nya. InsyaAllah, satu masa nanti, pasti aku ke sana. Kepada sesiapa yang memerlukan khidmat beliau, boleh berhubung ditalian: 013-3407712 (Mohd Fazli)

Sepanjang perjalanan itu, tidak putus memohon agar Allah bagi perlindungan kepadanya. Bilamana Allah kata "Kunfaya kun" maka jadilah. Ya Allah, terima kasih kerana mempertemukan aku dengan insan-insan sebegitu, agar aku mengetahui erti bersyukur. Agar aku sedar akan diri ku ini betapa kecil dan lemah di depan Mu, agar aku tidak malu dan alpa dalam menadah tangan meminta kepadaMu. Ya Rabb, hanya Engkau lah yang mengetahui segalanya mengenai hambaMu ini. Berilah kekuatan kepada kami untuk terus istiqamah dijalanMu. Kami sering terleka dan terlena :/ Bantulah kami Ya Allah.

"Dan mereka merancang. Allah juga merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik Perancang" (8:30)




Moga Allah Redha,
nabilahabd.rahman

Hamas - 25 Years.

Fakta Briged Komando Al-Qassam, Hamas.
* Nama bersemperna ulama Sheikh Izuddin Al-Qassam yang dibunuh tentera British pada 1935
* Ditubuhkan di Gaza sbg briged sayap tentera Hamas pada 1987.
* Dianggap sering mendapat bantuan malaikat ketika bertempur hingga mampu tewaskan tentera Zionis yg lebih ramai bersenjata lebih canggih.
* Berupaya menghasilkan bom tangan dan memiliki roket model Qassam, AM...

75 & Fajar 5.
* Jumlah anggota kini dianggarkan lebih 30,000 dengan kebanyakannya berkawal disempadan Gaza-Israel.
* Sering gunakan kaedah perang gerila termasuk melalui lubang bawah tanah untuk bergerak.
* Turut dianggotai wanita yg mampu kendalikan rifel AK-47 dan pelancar roket.

Fakta lebih menarik:
# Pejuang terpilih di kalangan pemuda Gaza yang mempunyai pengetahuan agama mendalam selain tidak gentar untuk mati syahid.
# Perlu melalui syarat ketat, antaranya mereka perlu solat 'Subuh berjemaah' tampa gagal walau sehari selama enam bulan.
# Setiap anggota perlu berpuasa setiap Isnin dan Khamis, hafal hadis dan Al-Quran, serta solat Tahajjud setiap malam.
 
Palestine will be free. Allahhu Akbar!

Kenapa bantu Gaza-Palestin?

1. Kerana Allah Taala. Dalam surah Assaff ayat 14:
    "Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah penolong2 Allah." Penolong2 Allah ertinya berjuang di jalan Allah dengan pelbagai method.
2. Kerana Nabi. Sabdanya: Bukan di kalangan kami, mereka yang tak ambil hirau tentang hal ehwal orang2 Islam. Jika kita berdiam diri, kita tidak layak menjadi umat Muhammad. Sanggup? T__T
3. Kerana persaudaraan dan ikatan kemanusiaan. Dalam surah Al-Hujuraat ayat 10:
    "Sesungguhnya orang Islam itu bersaudara." Takkanlah kita boleh berdiam diri, sedangkan saudara kita dibelasah, dirogol dan dibunuh?
4. Kerana bangsa Yahudi memang sentiasa memusuhi kita. Surah Al Baqarah ayat 120: "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)."
5. Kerana Palestin adalah tempat letaknya Masjidil Aqsa dan tanah suci ketiga dalam Islam. Ia adalah kiblat solat umat Islam yang pertama sebelum kaabah. Malah peristiwa israk mikraj juga berlaku di sini.
6. Palestin adalah tanah air banyak Nabi dan Rasul seperti Nabi Ibrahim, Nabi Sulaiman, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Daud. Membantu tanah air mereka ibarat membantu dan memuliakan para Nabi itu.

Bagaimana nak bantu mereka?
1. Berdoa, bermunajat agar mereka dibantu Allah dan musuh Islam akan dikalahkan.
2. Mengutip dan memberi derma kepada tabung-tabung Palestin
3. Mengambil tahu, menyertai, menyebarkan dan berperanan membantu program-program berkaitan Palestin.
4. Memboikot produk-produk Yahudi dan mempromosikan alternatif kepada yang diboikot (McD, Nestle, Starbck, etc.)
5. Meningkatkan keimanan pada diri sendiri dan orang-orang tersayang.

Saya terlalu bersemangat. Saya nak hancurkan Yahudi!!!
1. Tenang, berjuang atas dasar ilmu, bukan semangat.
2. Kita berjuang bukan kerana nak menang, tapi kerana nak libatkan diri dengan perjuangan. Allah tak tanya pada hasil, tetapi pada usaha.
3. Hakikatnya, kekejaman di Palestin memberi peluang untuk kita beramal.
4. Dosa yahudi = pahala kita.

Kalau bukan kita, siapa lagi? Betul ke?
1. Sebenarnya kemenangan milik Allah, bukan di tangan kita.
2. Kalau kita tak tolong mereka sekalipun, Islam pasti akan menang. Ini janji Allah. Para malaikat akn turun dari langit membantu mereka.
3. Persoalannya ialah, adakah kita tersenarai dlm golongan yang memberi saham dalam kemenangan atau tidak. Kalau ya, kita memang beruntung. Kalau tak, istighfar sajalah!
4. Kita yakin dan percaya bahawa Masjid Aqsa dan sekitarnya telah dijaga Allah. Bila berlaku kekejaman sebegini, Allah nak lihat, adakah kita prihatin atau tidak, beriman atau tidak.

SELAMAT BERJUANG ATAS DASAR ILMU DAN TAQWA

Friday 2 November 2012

Renungan Jumaat - 10 Amalan Ter'balik'

1. Kenduri Arwah
Yang kita lakukan - Amalan kenduri Arwah dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian.
                              * 3 malam berturut
                              * Malam ke 7

Sepatutnya - Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

2. Bersalaman
Yang kita lakukan - Kalau kita ke kenduri kahwin
* Kita selalu salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam).
* Kalau tak de duit = segan nak pergi makan kenduri

Sepatutnya - Kalau menziarahi orang mati,
* tak segan pula salam tak berisi
* Sepatunya kalau menzirahi keluarga si matilah kita patut memberi sedekah

3. Pemakaian
Yang kita lakukan - Ketika menghadiri majlis pemimpin negara atau anugerah kita berpakaian cantik, kemas dan segak.

Sepatutnya - Ketika menghadap Allah baik di rumah mahupun di masjid pakaian lebih kurang sahaja, bahkan kadang-kadang ada yang tak berbaju.

4.

Sunday 22 July 2012

Time pose nh rinduuu nak revised Contengan Jalanan @Hlovate.

Buku nh inspire, motivate and really osem berkaitan dengan Ramadhan :)



Daripada Ustaz Zaharuddin:

Friday 20 July 2012

time flies awayyy. and where are we heading to?

Bismillahirrahmanirrahim
(In The Name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful)

Assalamualaikum :)

Lame dah kan tak borak di sini. Banyak benda jadi, tapi kadang-kadang tak sempat nak menconteng. Lately nh balik solat, mkn, tgk tv, borak dengan family then tido. hehh.. dan banyak masa berlalu pergi.

Last wik, Khamis hantar parent g airport bagi melaksanakan ibadah Umrah. Alhamdulillah. Diberi kesempatan dengan waktu yang ada. InsyaAllah if ade rezeki nak g sane juga. InsyaAllah.

Last weekend juga attend kursus Pengurusan Jenazah, Qiamullail & Solat Dhuha anjuran Bank. Its a good ILMU, i would said even though first nak join tuh hati bolak balik sungguh even malam saat nak pergi tuh pun, hati dok tertanye-tanye lagi. Ehh, betol ke aku nak g nh..tiheheh
ye laaa, nak belajar care pengurusan jenazah, and of cz ade rase takot (takut sbb amalan sikit, wuuu. dosa bergelen) even tahu diri ini salah seorg bakal jenazah *.*

Walaupun senanye bde nh fardu Kifayah, tapi Allah telah memilih kami untuk menyertai kursus nh at PD. Quite a new ting bljar dari A-Z. and I was imagine myself terbaring ketika itu. wuuu. tak tahu at the end kita akan jadi apa kan. I meant harap-harap pengakhiran yg baik utk semua, dalam husnul khatimah, iAllah.

Nak cite sume kat cn mmg pjg lahh kann. tapi ape yg dapat disimpulkan mmg good opportunity cz mati akan datang bile-bile mase sahaja, tak kira tua atau muda. And lets say ajal kita sampai, tak boleh sesaat pun dipercepatkan atau diminta dilambatkan. Dikesempatan yang ada nh, kena banyak beringat *especially me yang mmg dah ke laut dilandai badai sekarang. terumbang ambing mencari jalan pulang. wuu.

InsyaAllah sama-sama baiki diri and ingatkan apa yang patut. and iAllah, jika diberikan peluang, ada saudara mara yang terdekat pergi menghadapNya, saya ingin menyumbangkan last khidmat bakti dengan turut serta menguruskan jenazah. nampak macam simple kan, tapi belajar ade banyak adab, care, and prosedure utk uruskan. Semoga ilmu yang dipelajari ini dpt dipraktiskan dan disebarkan dengan baik, iAllah.

*Doakan yang terbaik untuk saya, untuk semua. dan jangan lupa saudara kita di Palastine, di syira. Di akhirat sana, mereka mungkin akan tuntu apakan sumbangan kita kepada mereka. yess, kalau kita tak mampu menyumbang harta dan tenaga, apa kata kita sumbangkan doa utk mereka? Mereka tidak memilih utk hidup dan dibesarkan di sana. Ini lah sumbangan kecil yg kita dapat berikan, iAllah.

Moga istiqomah, wuuu.
nabilahabd.rahman

Ahlan Wassahlan Ya Ramadhan

Dedicated lagu OPICK - Ramadhan tiba, untuk semua!
*sile search dekat youtube and listen carefully ya. Its a nice song~

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Dipanjatkan syukur kepadaNya kerana telah menyampaikan kita kepada Ramahan kali ini. dan semoga dapat sampai ke Ramadhan seterusnya, iAllah.

Semoga Ramadhan kali ini kita dapat beribadah dengan lebih baik daripada Ramadhan yang lepas, dan semoga kita dapat istiqomah dalam beribadah even lps bulan Ramadhan habis nanti. Yess, istiqomah itu menuntut pengorbanan yang tinggi. dan kadang-kadang kite pun tersasar jauh. Tapi, selagi diberi kekuatan dan ingatan, tarik diri kita kembali kepadaNya.

Susah bukannn?? ehh, dah cube ke? hehh

Ramadhan nh laa jadi titik permulaan kite hendaknya. berubah keranaNya. Manis nya nikmat itu jika kita dapat hayati. Allah bagi kita MEGA SALE during Ramadhan nh. So, grab the opportunity ye! and of coz, try our best to be better person, plus sebagai HambaNya :)

Semperna dengan bulan mulia ini, saya terlebih dahulu MEMOHON AMPUN DAN MAAF diatas keterlanjuran kata dan perbuatan jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak disengaja mahupun yang disengajakan semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.

Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada kita semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina. InsyaAllah.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak serta selamat marathon bercinta denganNya!

*p/s: Rinduuuu dekat parent nun jauh di sana. Semoga mereka sihat sejahtera hendaknya, iAllah. sebakkk. wuuu


salam rindu dari jauh,
nabilahabd.rahman

Friday 1 June 2012

with Love :')

Bismillahirrahmanirrahim
(In The Name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful)

Assalamualaikum ^^

Jum'ah mubarakah everyone! Fresh, fresh Friday. Terase lame dah tak menconteng di sini. Rinduuuu. Disebabkan tuntutan keje yang on off on off (cuace tak stabil) dan termasuk lah faktor diri yang kurang manage, so memang lah teraso malasss ehh nak drop down. hehh

Btw, banyak gile kot nak share. tapi tak sempat. wuu.
Next wik start event for the whole bank, and I need to organize it properly. Alhamdulillah. Last year, even 1st time handle tis event but everything goes smoothly. Thank you Allah, thankyouuu others who involve accidently and in accidently. So this year, again diberi mandat yang same utk mengepalai dan organize ppe yg ptot for this event.

Ohh. btw, last wik pun baru sttle satu event. Big event gak, but jd supporting je. Overall, i enjoy myself with those thing. At least, tambah experiences. best gak involve dgn org atas nh senanye. he he.

So, entri kali nh takde la bende pun nak stori. Tak kua g jln tym rehat Jumaat nh, ade la mse pjg sikit nak spend kann. (even keje belambak gak kiv. he he). Lately nh mmg belajar indpndent gile. penat tu toksah kire lah kann. As usual, balik lambat, rushing sane sini nak keja public trnspot.

On that day (I couldn’t remember exactly what date), time on the way balik dok dengar konduktor bus nh dok borak. He was nagging alone. but I can hear what his talking about. Kebetulan ade poster "Hari Bapa". (OHH, btw lupe nak bitau, I balik naik bus). Then suddenly die sengeh sorang sorang. and start nagging after he saw the poster.

"Hmm. Hari Bapa dah nak dekat nh. Anak kau bagi ape ye time hari bapa?" He asked the bus driver. with no respond, he continue talking alone "Anak aku time Father Day die bagi aku kad. haa, kad kecik je die buat.” sengih lagi. "Aku suke lah kad tuh. bestkan dapat kad hari bapa." sambil senyum sorang sorang lagi.

zasss! benda kecik je. tapi aku sentap. hehh. you know yyyy? I was thinking tah tah my dad, or even others dad pun rase betape berharge ny nilai pemberian kepada mereka. even kecik and nilai tak seberape je kan. sebak and sayu pulang dari kerja haritu :')

Kite selalu rase ayah kite tak pedulikan kita, tapi sebenarnye, our dad nh, kurang or takbpe reti nak shows their feeling sayang kan anak depa. haihh. even kondktor bus pun ade feeling mcm tuh, so like my father i guess. huu. cume, the way they express it je lain.
(OHH, btw again. one of the reason xnak nek train adalah kerana taknak sshkan mydad gak berulang alik amk kat pekan rawang tuh. unless dah terpkse balik lmbt. but nek bus pun ok what, which I dont mind. heh)

Balik tu, tetibe tatap muke mydad, terase sayu dan sebak. (*lap air mate). Bile pk pengorbanan mereka, takkan terbalas even dgn wang ringgit. so mase yg ade gunakan dgn sebaiknya. Balik dari keje skg, lps solat mgrb akan peruntukkan mase bermanje, berramah tamah dgn myfamily. even masing-masing letih, dan hanya memandang tb tampa suara, tapi kami tetap disana. hehh. the others, blh spend on wiken lah kot - tgk Tanyalah ustaz, ngaji, dengar kuliah (tu pun kalau tak keje sabtu kann).

hehh, might be boring kann to read entry time time. But tetibe nak coret kisah nh. For me, sentimental value die tinggi betol. and the best thing is late years nh mydad dah boleh jadi best friend *hehh. boleh stori mcm mcm, even die taknak dgr pun. ha ha.

iloveyouuu, mum, dad, and family.

withlove,
NZ.

Fadhilat Bulan Rejab.

a) Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

b) Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

c) Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

d) Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.

e) Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

f) Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

g) Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

h) Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau’.(dari kitab Raudatul Ifkar)

i) Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

j) Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

k) Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.


REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya
REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.

Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

Friday 11 May 2012

KEUTAMAAN HARI JUMAAT.

Hari Jum’at memiliki beberapa keutamaan sebagaimana terdapat dalam beberapa hadis Nabi, diantaranya:

Pertama. Hari Jum’at adalah hari yang paling utama diantara hari-hari lainnya.

Kedua. Nabi Adam Alaihissalam diciptakan pada hari Jum’at dan pada hari ini pula diwafatkan. Pada hari ini ia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari ini pula dikeluarkan dari syurga.

Ketiga. Hari kiamat akan terjadi pada hari Jum’at.

[3] Abu Hurairah Radhiyalahu 'anhu meriwayatkan, bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ، وَفِيْهِ أُخْرِجَ مِنْهَا، وَلاَ تَقَوْمُ السَّاعَةُ إِلاَّ فِي يَوْمِ الْجُمُعَة .

"Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jum’at; pada hari ini Adam as diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari ini pula ia dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini.[HR Muslim, no. 854]

Dalam riwayat Aus bin Aus Radhiyallahu 'anhu dengan lafal:

إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ قُبِضَ، وَفِيْهِ النَّفْخَةُ، وَفِيْهِ الصَّعِقَةُ .......

"Sesungguhnya seutama-utama hari kalian adalah hari Jum’at ; pada hari ini Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini pula ia dimatikan, pada hari ini ditiupkan sangkakala (tanda kiamat), dan pada hari ini pula hari kebangkitan"

Keempat. Hari Jum’at merupakan keistimewaan dan hidayah yang Allah berikan kepada umat Islam yang tidak diberikan kepada umat-umat lain sebelumnya. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ اْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَنَحْنُ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوْتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا وَأُوْتِيْنَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ فَاخْتَلَفُوْا فَهَدَانَا اللهُ لِمَا اخْتَلَفُوْا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ، فَهَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِيْ اخْتَلَفُوْا فِيْهِ هَدَانَا اللهُ لَهُ –قَالَ: يَوْمُ الْجُمْعَةِ-، فَالْيَوْمُ لَنَا وَغَداً لِلْيَهُوْدِ وَبَعْدَ غَدٍ لِلنَّصَارَى.

"Kita adalah umat yang datang terakhir tapi paling awal datang pada hari kiamat, dan kita yang pertama kali masuk syurga, cuma mereka diberi Kitab sebelum kita sedangkan kita diberi Kitab setelah mereka. Kemudian mereka berselisih, lalu Allah memberi kita hidayah terhadap apa yang mereka perselisihkan. Inilah hari yang mereka perselisihkan, dan Allah berikan hidayah berupa hari ini kepada kita (Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menyebut hari Jum’at). Maka hari (Jum’at) ini untuk kita (umat Islam), besok (Sabtu) untuk umat Yahudi dan lusa (Ahad) untuk umat Nasrani".[HR Muslim, no. 855]

Dalam riwayat lain dari Hudzaifah Radhiyallahu 'anhu dengan lafadz:

أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ.

Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jum’at, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jum’at. Maka Allah menjadikan hari Jum’at, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk" [HR Muslim, no. 856]

Kelima. Pada hari Jum’at ini terdapat saat-saat terkabulnya do’a, terutama pada akhir-akhir siangnya setelah Ashar. Berdasarkan riwayat dari Abu Hurairah bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

إِنَّ فِي الْجُمُعَةِ لَسَاعَةً لاَ يُوَافِقُهَا مُسْلِمٌ قَائِمٌ يُصَلِّيْ يَسْأَلُ اللهَ خَيْراً إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ، قَالَ: وَهِيَ سَاعَةٌ خَفِيْفَةٌ.

“Sesungguhnya pada hari Jum’at ada saat-saat, iaitu seorang muslim tidaklah ia berdiri sholat dan meminta kebaikan kepada Allah, melainkan Allah akan memberinya.” Lalu Beliau berkata,”Dan saat-saat tersebut adalah saat yang singkat.” [HR Muslim, no. 852] Dalam riwayat Jabir Radhiyallahu 'anhu Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً لاَ يُوْجَدُ فِيْهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللهَ شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ، فَالْتَمِسُوْهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ. "

(Siang) hari Jum’at itu dua belas jam. Tidaklah didapati seorang hamba muslim pada saat-saat ini meminta sesuatu kepada Allah, melainkan Allah akan memberinya. Maka carilah pada akahir saat-saat tersebut setelah Ashar"

PERKARA-PERKARA YANG DISYARI’ATKAN PADA HARI JUM’AT
Hari Jum’at, disamping memiliki keutamaan sebagaimana telah disebutkan di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menetapkan syari’at khusus untuk hari ini, yaitu;

Pertama : Sholat Jum’at. Mengenai sholat Jum’at ini akan dikupas beberapa hal berikut ini. a). Kewajiban menunaikan sholat Jum’at. Hal itu berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسَعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ.

"Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sholat pada hari Jum'at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual-beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" [Al Jumu’ah: 9]

Kewajiban ini bersifat fardhu ‘ain atas setiap muslim secara berjama’ah, kecuali lima golongan iaitu: hamba sahaya, wanita, anak kecil (yang belum baligh), orang sakit dan musafir. Hal ini berdasarkan beberapa riwayat berikut. Dari Thariq bin Syihab dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

الْجُمْعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فِيْ جَمَاعَةٍ إِلاَّ أَرْبَعَةٌ: عَبْدٌ مَمْلُوْكٌ، أَوِ امْرَأَةٌ، أَوْ صَبِيٌّ، أَوْ مَرِيْضٌ.

"(Shalat) Jum’at itu adalah wajib atas setiap muslim secara berjama’ah, kecuali empat (golongan) iaitu: hamba sahaya, wanita, anak kecil (yang belum baligh) atau orang sakit" [6] Dari Ibnu Umar dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

لَيْسَ عَلَى الْمُسَافِرِ جُمْعَةٌ

"Tidak ada kewajiban atas musafir (untuk menunaikan) sholat Jum’at" [HR Ad-Daruquthni.II/4] b). Keutamaan menunaikan sholat Jum’at. Tidaklah syari’at memerintahkan suatu perkara, melainkan diiringi dengan janji berupa balasan kebaikan, keutamaan dan pahala sebagai pendorong bagi orang-orang yang mau menunaikan perintah tersebut. Diantaranya, Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

مَنِ اغْتَسَلَ ثُمَّ أَتَى الْجُمُعَةَ فَصَلَّى مَا قُدِرَ لَهُ ثُمَّ أَنْصَتَ حَتَّى يَخْلُوَ مِنْ خُطْبَتِهِ ثُمَّ يُصَلِّي مَعَهُ غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ اْلأُخْرَى وَفَضْلُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ.

"Barangsiapa mandi (wajib) kemudian mendatangi (sholat) Jum’at, lalu ia sholat –sunnat- (sebelum imam datang) sekuat kemampuannya, kemudian diam seksama (mendengarkan imam berkhuthbah) sampai selesai dari khutbahnya, lalu sholat bersamanya, maka akan diampuni (dosanya) antara Jum’at tersebut dengan Jum’at lainnya (sebelumnya) ditambah tiga hari". [HR Muslim, no. 857] Dalam hadits yang lain Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتُنِبَتِ الْكَبَائِرُ.

"(Antara) sholat lima waktu, Jum’at ke Jum’at dan Ramadhan ke Ramadhan, terdapat penghapus dosa-dosa, selama tidak melanggar dosa-dosa besar." [HR Muslim, no. 233] c). Ancaman terhadap orang yang meninggalkan sholat Jum’at. Disamping menjelaskan tentang keutamaan menunaikan sholat Jum’at, syari’at juga menjelaskan ancaman terhadap orang-orang yang meninggalkan sholat Jum’at kerana meremehkannya. Dalam hal ini terdapat beberapa hadits dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, diantaranya: Sabda Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam,

لَيَنْتَهِيَنَّ أَقْوَامٌ عَنْ وَدْعِهِمُ الْجُمُعَاتِ أَوْ لَيَخْتِمَنَّ اللهُ عَلَى قُلُوْبِهِمْ ثُمَّ لَيَكُوْنُنَّ مِن الْغَافِلِيْنَ.

"Sungguh hendaknya orang-orang itu berhenti dari meninggalkan sholat Jum’at atau (kalau tidak maka) Allah akan mengunci hati-hati mereka kemudian mereka akan menjadi orang-orang yang lalai."[ [HR Muslim, no. 856] Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ رَجُلاً يُصَلِّي بِالنَّاسِ ثُمَّ أَحْرَقَ عَلَى رِجَالٍ يَتَخَلَّفُوْنَ عَنِ الْجُمُعَةِ بُيُوْتَهُمْ.

"Sungguh saya bertekad untuk memerintahkan seseorang mengimami sholat bagi manusia, kemudian saya bakar rumah orang-orang yang meninggalkan (sholat) Jum’at." [HR Muslim, no. 652] Sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam,

مَنْ تَرَكَ ثَلاَثَ جُمَعٍ تَهَاوُناً بِهَا طَبَعَ اللهُ عَلَى قَلْبِهِ. "Barangsiapa meninggalkan sholat Jum’at sebanyak tiga kali kerana meremehkannya, maka Allah akan mengunci hatinya." [7] Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam juga bersabda,

مَنْ تَرَكَ ثَلاَثَ جُمُعَاتٍ مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ كُتِبَ مِنَ الْمُنَافِقِيْنَ.

"Barangsiapa meninggalkan tiga kali sholat Jum’at tanpa uzur, maka dia tercatat sebagai golongan orang-orang munafik." [8] d). Waktu pelaksanaannya. Waktu pelaksanaannya adalah pada waktu Dhuhur, berdasarkan riwayat dari Anas Radhiyallahu 'anhu,

أَنَّ النَّبِيَّ كَانَ يُصَلِّي الْجُمُعَةَ حِيْنَ تَمِيْلُ الشَّمْسُ.

"Bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menunaikan sholat Jum’at ketika matahari tergelincir (yakni masuk waktu Zuhur)." [HR Al-Bukhari, no. 862] Sebahagian ulama membolehkan pelaksanaannya –beberapa saat- sebelum masuk waktu Zuhur (sebelum matahari benar-benar tergelincir). Mereka berdalil dengan riwayat dari Jabir bin Abdullah Radhiyallahu 'anhu ketika ia ditanya, “Bila Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menunaikan sholat Jum’at?” Dia menjawab,”(Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam) pernah menunaikan sholat Jum’at, kemudian (selesai sholat) kami pergi menuju unta-unta kami untuk mengistirahatkannya ketika matahari tergelincir." [HR Muslim, no. 858] (Bererti Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah sholat Jum’at sebelum matahari tergelincir). Kedua. Khuthbah Jum’at. a). Hukumnya. Khutbah Jum’at hukumnya wajib, kerana Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam tidak pernah meninggalkannya, dan berdasarkan keumuman sabda Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam,

صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِيْ أُصَلِّيْ.

"Sholatlah sebagaimana kalian melihat aku shalat." [HR Al-Bukhari, no. 605] Khuthbah Jum’at ini termasuk dalam rangkaian pelaksanaan sholat Jum’at yang dilakukan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dan Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam melakukannya sebelum sholat.

Renungan Jumaat @ 11 May 2012

Topic: ZIKRULLAH

Diriwayatkan bahawa seorang sahabat r.a. berkata:
"Ya Rasulallah s.a.w hukum-hukum syariah telah banyak bagi ku, tunjukkan lah bagi ku sesuatu sebagai pegangan bagi ku".

Baginda s.a.w bersabda:
"Hendaklah lidah mu sentiasa basah dengan zikirullah."


Di dalam satu Hadis ada disebut Hazrat Muaz r.a. berkata bahawa pembicaraan yang terakhir sekali yang berlaku diantara Baginda s.a.w. dengan aku ialah seperti berikut:
"Semasa aku berpisah dengan Rasulullah s.a.w. dan kau bertanya amalan manakah yang amat dicintai oleh Allah?

Sebagai menjawab, Baginda s.a.w. bersabda:
"Basahilah lidahmu dengan zikirullah ketika kamu tinggalkan dunia."

Didalam satu Hadis Baginda s.a.w. ada bersabda:
"Barang siapa yang didapati padanya empat perkara, nescaya ia akan memperolehi segala kebaikkan di dunia dan di akhirat.
Pertama: Lidah yang sentiasa dibasahi dengan berzikir.
Kedua: Hati yang sentiasa sibuk dengan bersyukur.
Ketiga: Anguta-angguta tubuh yang sentiasa menahan segala penderitaan.
Keempat: Isteri yang tidak mengkhianati maruahnya dan harta benda suaminya."

Abu Darda r.a. berkata bahawa orang-orang yang lidahnya yang sentiasa sibuk dengan zikirullah, maka mereka akan masuk syurga sambil tersenyum.

Jommm kita amalkan!

Sunday 29 April 2012

Whatever happens, remember that Allah the Al-Mighty knows best :)

"Allah knows what’s best for us
So why should we complain
We always want the sunshine
But Allah knows there must be rain

We always want the laughter
And the merriment of cheer
But our hearts will lose their tenderness
If we never shed a tear.

Allah tests us often
With suffering and with sorrow
Allah tests us not to punish us
But to help us meet tomorrow

For growing trees are strengthened
If they withstand the storm
And the sharp cut of the chisel
Gave the marble grace and form

Allah tests us often
And for every pain Allah gives to us
Provided we’re patient
Is followed by rich again

So whenever we feel that everything is going wrong
It is just Allah’s way
To make our spirit’s strong."

Author: Unknown

Allah tak kan uji kita dengan sesuatu yang kita tak mampu, kann? :')

Bismillahirrahmanirrahim
(In The Name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful)

Assalamualaikum.

Today kecoh dengan macam- macam benda jadi. Di FB, media dan ofcoz umum hangat mengatakan tentang issue hari ini. Pada saya, tidak ada yang betul, juga tidak ada yang salah. Saya tidak menyebelahi mana mana pihak. Siapa saya untuk judge mereka? hehh.

Lately nh selalu sakit kepala. I dun noe y. sakit tu kerap menyapa. Mengingatkan kepada kematian. Ye, kematian yang pasti hadir dalam setiap benda yang bernyawa. Tersenyum sendirian memikirkan diri yang tidak punya apa-apa. Bukan bangga, tetapi sedih dengan diri sendiri yang kadang-kadang alpa dibuai waktu :/

Tadi baru lepas tengok mubi. Pasal seorng wanita yang sakit, but she commit with her life. and work. The best part is she never give up as she always motivate herself to go on with her life. but she avoid "series" relationship. I know she afraid with her life. dapat ke lelaki tu terima die, jage die, etc.

Hehh. So I did put mylife in her place. Seriesly, Im also afraid if one day it happens to me. Yess. I know, bile kita diatas, mungkin ramai yang mendekati. tapi bila kita dibawah? bila kita susah, bila kita sakit. Ade ke orang yang betul-betul ikhlas akan bersame kite. ke sebab kesian ke apetahh. Do the same people stay with us? sobbss. Mungkin ketika itu kita tidak punya apa-apa untuk dipertaruhkan lagi. When the time come, nobody with you, just remember that Allah will never leave you. NEVER :')


"Kadang Allah melapangkan kita, agar kita tidak kufur dalam kesempitan
Kadang Allah menyempitkan kita,agar kita tidak terlena dalam kelapangan
Kadang Allah melepaskan kita dari keduanya,agar kita tidak terbuai kesenangan. Indeed."



Allah tak kan uji kita dengan sesuatu yang kita tak mampu, kann? :')
nabilahabd.rahman

Saturday 28 April 2012

Binalah diri, binalah peribadi.

Orang selalu bertanya, patutkah kita meluahkan perasaan cinta kita kepada orang yang kita cintai?

Ada kata-kata ‘Islamik’ yang berbunyi: “Kalau suka, jangan luah. Kalau luah, Allah akan kurangkan kemanisan dalam cinta kita. Tetapi berdoalah kepada Allah, agar Dia memberikan yang terbaik.”

Ayat ini kelihatan Islamik. Tetapi saya tidak bersetuju dengannya. Kalau suka, jangan luah. Hem. Bagaimana kalau nak buka laci, jangan buka laci. Pelik kan jadinya? Islam bukan agama ajaib sedemikian. Islam agama realistik.

Saya berpendapat bahawa, kalau suka, kenalah ada perancangan untuk meluahkannya. Mahu tidak mahu, perasaan itu mesti diluahkan. Luah itu adalah usaha kita untuk mendapatkan orang yang kita cintai, yang kita rasa baik kepadanya.

Namun, luahkanlah dalam keadaan yang mantap, bersedia, punya wawasan dan kematangan, dengan cara yang syar’ie, dan punya perancangan masa hadapan yang baik. Sebaiknya, luahkan kepada kedua-dua ibu bapanya. Sebelum meluahkan, bincang dengan Ibu Bapa kita sendiri terlebih dahulu, dengan penjaga kita, dengan ustaz-ustazah yang rapat dengan kita. Agar luahan kita itu bukan satu perkara yang bermain-main.

Jadi sebelum luahkan itu, fikir masak-masak. Bincang betul-betul dengan famili. Berdoa mohon kemantapan dan keyakinan daripada Allah SWT. Kemudian yakinlah, dan luahlah.

Janganlah diri itu belum mampu untuk bercinta, sibuk nak meluah-luahkannya.

Tetapi di sini, pada saya, “Kalau suka, jangan luah. Kalau luah, Allah akan kurangkan kemanisan dalam cinta kita.” Adalah satu statement yang jumud. Islam bukan sedemikian.

Binalah diri, binalah peribadi. Binalah perancangan untuk meluahkan rasa cinta.

Jangan luahkannya dalam keadaan ‘berbogel’, tanpa diri punya apa-apa.

------------------------------------------------
Sila luang-luangkan masa membaca pandangan dan idea serta coretan pengalaman saya berkenaan 'cinta' di slot "Sebelum Aku Bernikah":

http://langitilahi.com/category/motivasi/sebelum-aku-bernikah


by,
Hilal Asyraf

Sunnah Nabi SAW sebelum, ketika dan selepas tidur.

Antara sunnah-sunnah Nabi Muhammad S.A.W sebelum, ketika dan selepas tidur:

1. Membaca doa sebelum dan selepas tidur. Ramai orang memperlekehkan doa masnun (doa harian) tetapi Allah menjanjikan syurga kepada orang yang mengamalkannya.

2. Jangan tidur dalam keadaan kaki menghadap ke Qiblat. Keadaan yang demikian hanyalah untuk orang yang meninggal dunia.

3. Barang siapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati pada ketika dia tidur maka ia dikira sebagai mati syahid. Apa itu tasbih Fatimah?

Subahanallah 33 kali
Alhamdulillah 33 kali
Allahuakbar 33 kali

4. Membaca 4 Qul lalau meniupkan pada tapak tangan dan menyapukan ke seluruh badan untu menghindarkan sihir dan perbuatan jahat manusia.

5. Niat untuk bangun menunaikan solat Tahajut. Sekiranya tidak terjaga dari tidur, Allah S.W.T akan mengira seolah-olah dia bertahajut sepanjang malam. Solat tahajut adalah pendinding daripada sihir dan buatan orang.

6. Mengambil wuduk sebelum tidur dan menunaikan solat sunat taubat.

7. Maafkan semua kesalahan orang lain kepada kita dan menghalalkan segala hutang piutang orang lain kepada kita.

8. Tidur dengan mengamalkan posisi tidur Rasulullah iaitu mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Renungan Jumaat @ 27 April 2012

Memutuskan Silaturahim, Satu Dosa Besar

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
”Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”
Hadis Riwayat al-bukhari

Huraian
i) Silaturahim bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya.

ii) Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya:” Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari.”

iii) Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan malah ia membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya.

iv) Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.

v) Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T.

Tuesday 24 April 2012

insecurities run deep.

Bismillahirrahmanirrahim
(In The Name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful)

Assalamualaikum.

Hiii. Lame tak touch down here. rinduuu :')

Banyak benda jadi. dan masa pun terus bergerak pantas, tampa kita sedarinya
*or we noe bout it, but tak amik port?

Tahhh. Hehh.

So, as life go on work environment pun change, everything change. and need to kip up fast and furious. fuhhh.

and updating myself. wuwuuu :/


insecurities run deep.

Ya Allah, lemahnya aku ini.
sobbb. sobbb.

Guide me to the right path (1:5)

nanges sensorggg. wuuu~
nabilahabd.rahman

Sakit itu anugerah, Sakit itu penghapus dosa~

Malaikat mendatangi manusia semasa sakit

Janganlah kita merungut atau bersedih apabila ditimpa sakit kerana itu adalah ujian dalam ibadah. Salah satu bukti kasih sayang-NYA adalah, Allah mengutus 4 malaikat untuk selalu menjaga kita dalam sakit. Berikut adalah penjelasannya;

“Apabila seorang hamba yang beriman menderita sakit, maka Allah memerintahkan kepada para malaikat agar menulis perbuatan yang terbaik yang dikerjakan hamba mukmin itu semasa sihat dan semasa waktu senangnya.” Ucapan Rasulullah SAW tersebut diriwayatkan oleh Abu Imamah al Bahili.

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda :"Apabila seorang hamba mukmin sakit, maka Allah mengutus 4 malaikat untuk datang padanya."

Allah memerintahkan :

1. Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah.

2. Malaikat kedua untuk mengambil rasa lazatnya makanan dari mulutnya

3. Malaikat ketiga untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah si sakit menjadi pucat lesi.

4. Malaikat keempat untuk mengambil semua dosanya , maka berubahlah si sakit menjadi suci dari dosa.


Tatkala Allah akan menyembuhkan hamba mukmin itu, Allah memerintahkan kepada malaikat 1, 2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lazat, dan cahaya di wajah sang hamba.

Namun untuk malaikat ke 4, Allah tidak memerintahkan untuk mengembalikan dosa-dosanya kepada hamba mukmin. Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah lalu berkata : "Ya Allah mengapa dosa-dosa ini tidak Engkau kembalikan?”

Allah menjawab : “Tidak baik bagi kemuliaan-Ku jika Aku mengembalikan dosa-dosanya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa-dosa tersebut ke dalam laut.”

Dengan ini, maka kelak si sakit itu berangkat ke alam akhirat dan keluar dari dunia dalam keadaan suci dari dosa sebagaimana sabda Rasulullah SAW : “Sakit panas dalam sehari semalam, dapat menghilangkan dosa selama setahun.”

Lihatlah betapa sayangnya ALLAH terhadap kita. Renunglah kembali sejauh mana ketaatan kita mematuhi perintahNya?

Thursday 12 April 2012

Alam pun turut berbicara :")


SubahanaAllah.
Damai ciptaanNya.
Angin pagi lembut menyapa mengingatkan tentang berita 'alam' yang berlaku semlm.

Alhamdulillah. Masih diberikan peluang menghirup udara pagi, untuk memperbaiki diri yang kadangkala terumbang ambing dipukul 'badai sendiri'.

Perjalananya tidak pasti. tapi aku harus melangkah menyusuri jalanNya yg terbentang luas dihadapanku ini :')

#Amaran tsunami ditarik balik. Amaran kiamat berterusan.


Moga istiqamah dijalanNya!
nabilahabd.rahman

Tuesday 3 April 2012

kita merancang, Allah merancang. dan Allah lah sebaik-baik Percancang!

I cried so loud after that. tot i am strong enuf :')

I noe you feel the same. but tis is wat have been written for us.
yes, the best.

siape kita utk melawan kuasaNya?

buat kesekian kali, me'reflect' diri sendiri lagi. masih kerdil. masih jauh dari pandanganNya.

hujungnya tak pasti. tapi janji DIA bersama, buat orang yang sabar menanti.

I cried once again.

tapi langkah itu perlu digagahi. Aku sedar, DIA yg memberi rasa itu. dan tak mungkin DIA akan menariknya kembali.
kerana segala-galanya adalah pinjaman semata-mata.

hatta, jasad ini pun pinjaman dariNya.

Aku harus melangkah. InsyaAllah, bahagia akan menanti dihujung sana.
bersama rahmat dan kasih sayangMu.

REDHA~

kerana janji Allah itu pasti. segala yang terbaik drpdNya. InsyaAllah.

Allahumma amin.

nabilahabd.rahman

Sunday 1 April 2012

Watak 'hitam' vs Watak 'putih'

"Baca Quran ni patutnya macam baca novel la. Patutnya lebih lagi daripada itu. Baca Quran ni kena ada feel. Kalau tak, tak bawak makna apa. Kalau orang baca novel tu boleh feel habis sampai nangis-nangis, baca Quran ni patutnya berkali-kali ganda lebih feel daripada itu. Patut habis tisu berkotak-kotak kalau betul-betul boleh hayati kalam Allah ni"

"Tu la. Kadang-kadang kita berlagak. Kalau baca Quran dengan tafsir, kita sentiasa je letak diri kita jadi 'watak putih' dalam Quran tu. Tapi kita lupa, cukup ke kriteria kita nak jadi 'watak putih' dalam Quran tu.? Cukup ke apa yang kita dah buat selama ini untuk dengan bangganya kata 'aku la orangnya yang disebutkan dalam ayat 'wahai orang yang beriman...', 'wahai orang Mukmin'..'golongan-golongan muhsin' tu. Yakin ke kita yang kita ni orang yang Allah sebut dalam Quran tentang orang yang diberi balasan syurga dengan nikmat tak ada limit tu? Betul amal kita cukup untuk jadi orang-orang yang Allah sebut tu?"

"Sepatutnya kita letak sekali diri kita untuk jadi 'watak hitam'. Bayangkanlah yang kita la orang yang disiksa dalam neraka yang Allah describe dalam Quran tu. Bayangkan yang kita la orang yang kena azab. Baru la kita berlumba-lumba nak lari daripada golongan-golongan itu. Kita nh sebenarnya tertipu apabila terlampau berangan sangat yang kita nh 'watak putih', sedangkan amal kita nak melayakkan kita jadi 'watak kelabu' pun tak cukup qualification"

(HLV)
---------------------------------------------

perghhh. sentappp :'(

betul lahhh. kita nh kadang-kadang berangan tak sudah. sobb :/

"...Dan Kami turunkan kepadamu al-Quran untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri"
(An-Nahl: 89)


I'm sorry, I can't be perfect.

nabilahabd.rahman

Friday 30 March 2012

Nikmat bersyukur :')

Marilah kita berfikir dan bersyukur di atas segala pemberian Allah SWT ke atas kita.

Bismillahirrahmanirrahim

Sekali lagi marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana dengan izin kurniaNya jua dapat kita bertemu lagi di alam siber ini. Mudah-mudahan dari masa kesemasa dapat kita tingkatkan hubungan kita dengan pencipta kita. Allah SWT yang Maha mengetahui tentang kejadian kita, jasmani kita, ruh kita dan juga fikiran kita. Kita tidak akan lemah sekiranya kita mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah yang Maha Kuasa Berusaha dan berdoalah.

Pada kali ini marilah kita sama-sama memikirkan tentang nikmat yang terlalu banyak yang Allah telah berikan kepada kita. Dengan hanya memerhatikan tubuh badan kita dari hujung kaki ke hujung rambut sudah cukup untuk kita bersyukur tentang nikmat yang kurniakan ini. Memang tepatlah sapertimana :

Firman Allah SWT yang bermaksud
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya”
[Ibrahim: 34]

Kesihatan badan kita, keamanan, suasana kehidupan sekeliling, suasana aman di tempat kerja kita, makanan, pakaian, udara, kawan yang baik, keluarga dan sebagainya, semuanya itu adalah nikmat Allah SWT kepada kita.

Allah SWT berfirman yang bermaksud
“Dan menyempurnakan untukmu nikmatNya lahir dan batin” [ Lukman:20]

Kita memiliki dua mata , satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki, serta banyak lagi nikmat Allah SWT yang kita perolehi. Itu antara nikmat pancaindera yang Allah SWT kurniakan untuk memudahkan kita menjalani kehidupan ini. Semua pemberiaan ini adalah nikmat yang kita tak dapat nafikan.

Firman Allah SWT yang bermaksud
“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” [Ar Rahman:13]

Fikirkan juga bahawa Allah mudahkan kita berjalan dengan kemudahan kaki yang Allah berikan kepada kita. Bayangkan sekiranya lutut kita sakit atau lumpuh, barulah kita dapat rasai nikmat kaki yang sempurna tetapi apa yang berlaku kita tidak gunakan untuk menambah kebaikan kita saperti berjalan menolong orang, berjalan pergi ke mesjid, berjalan ke majlis ilmu, jalan pergi menziarahi sahabat dan taulan, sama-sama lah kita fikirkan.

Fikirkan juga nikmat tidur dan makan yang Allah SWT berikan kepada kita…lihatlah disekeliling kita terdapat ramai manusia tidak dapat makan kerana sakit terpaksa menggunakan tiub dan sebagainya ramai yang tak dapat tidur kerana kesakitan. Syukurlah dan hargailah nikmat Allah dengan kita tambahkan amal ibadah kita.

Renungilah pula nikmat pendengaran yang sihat, penglihatan yang normal dan terhindar dari kecacatan. Juga nikmat kulit dan juga akal yang waras yang dikurniakan Allah kepada kita. Ramai manusia di luar sana yang ditempatkan di hospital pesakit mental dan sebagainya. Maka gunakan akal yang waras ini untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Sungguh bernilai nikmat yang telah Allah berikan kepada kita.

Sekarang kita persoalkan diri kita adakah kita mahu sebelah mata kita diganti dengan emas sebesar gunung? Adakah kita sanggup mengantikan telinga yang sempurna ini dengan gunung perak? Apakah kita juga sanggup untuk lidah kita diganti dengan istana megah dan kemudian dapat kita tinggal di dalam nya tanpa boleh bercakap! Banyak lagi yang kita boleh kita catitkan tetapi kita sengaja tidak memikirkan apa yang kita miliki yang mempunyai nikmat dan nilai yang cukup tinggi dan besar yang telah Allah SWT kurniakan kepada kita. Biasanya, kita selalu memikirkan apa yang kita tidak miliki.

Oleh kerana nikmat Allah SWT yang tidak ternilai yang Allah berikan kepada kita, maka marilah kita menjadi manusia yang selalu bersyukur di dalam kehidupan ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan”
[Az-Dzariyat:21]

Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Siapa yang bangun dari tempat tidurnya dalam keadaan tenang, tubuhnya sihat dan kuat serta memiliki kekuatan untuk melakukan aktiviti kehidupan dalam hari itu, maka ia telah menggengam kehidupan dunia”
[HR Tarmizi]

Rasulullah SAW juga ada bersabda yang bermaksud:
“Redalah dengan keputusan Allah maka anda akan menjadi orang yang paling kaya”
[HR Tarmizi]

Sebagai tanda kesyukuran, marilah kita berusaha untuk mengerahkan segala pemberian Allah kepada kita kepada jalan yang di redhai dan di cintaiNya, sesuai dengan apa yang disyariatkan bukan dengan cara mengabaikan perintahNya. Tinggalkan laranganNya dan jalankan kewajiban dan yang disunahkan Nya dengan penuh syukur kepadaNya. Inilah puncak perjalanan dalam agama Allah SWT.

Sekian, semoga kita sama-sama dapat mengambil peringatan.



Rujukan: Dr Ibrahim Fiqhy dan Sheikh Said Hawa.

Renungan Jumaat @ 27 March 2012

Assalamualaikum ^^

Sedikit perkongsian pada hari ini.

Dari Abdullah bin Mas’ud RA meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda :
Sesungguhnya salah satu daripada tanda kiamat ialah seseorang yang memberi salam hanya kepada orang yang dikenali sahaja.
(Riwayat Ahmad)

HURAIAN HADIS .

1. Hadis ini mengingatkan kita tentang petanda hari kiamat dan hendaklah sentiasa menyebarkan salam sesama saudara islam dan bukan hanya kepada orang yang dikenalinya sahaja. Ini adalah kerana ummat Islam itu merupakan saudara antara satu sama lain.

2. Lafaz salam merupakan doa buat saudaranya yang lain. Kalimah ‘ASSALAM ’ membawa makna sejahtera dan ‘ALAIKUM ’ membawa makna keatas kamu. Ucapan salam yang berbentuk doa ini hendaklah dilafazkan dengan sempurna dan betul, dan tidak boleh dimain-mainkan atau dianggap remeh, kerana lafaz salam yang digunakan terkandung nama ALLAH iaitu ASSALAM ( ALLAH yang MAHA sejahtera ).

3. Sesungguhnya memberi salam itu adalah sunat dan menjawabnya adalah wajib. Namun pahala memberi salam akan diberikan apabila salam yang dihulurkan dengan sempurna dan dijawab dengan sempurna.
Salam bukanlah perkataan sapaan biasa, bahkan ia adalah lambang kepada akhlak Islam ketika bertemu dalam menjalinkan silaturrahim. Akhlak ini merupakan akhlak Rasulullah SAW yang agung. Salam juga merupakan pengenalan indentiti seseorang Islam yang dapat membezakan antara orang Islam atau bukan Islam.

3. Antara kelebihan salam yang paling utama ialah ia menimbulkan kemesraan yang menjadi asas kasih sayang. Sementara kasih sayang menjadi penyebab rahmat dan keimanan dan seterusnya mendapat syurga ALLAH. Semoga ALLAH mengurniakan kesejahteraan yang berpanjangan kepada ummat Islam yang mengamalkan salam.




"..maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat (yang menjelaskan hukum-hukumNya) supaya kamu memahaminya."
(An-Nur: 61)

Jom ringankan lidah untuk memberi salam ^^

Monday 26 March 2012

39 :53, withlove :')

Bismillahirrahmanirrahim
(In The Name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful)

Assalamualaikum.

Mengantukknye Ya Allah. Nak solat Isya, and rest. sebek chow awai siket today. dah tak mampu menghadap lappy. cam nak muntah tengok. hailaahh. nak luahkan kat mereka, mereka pun tak bape mengerti. and banyak lagi masaalah yg mereka hadapi. tapi luckily mereka hanye masih mendengar celoteh kosong ini. Breakfast skip. Lunch burn. Lepas settle kerja, cpt-cpt g turun solat, even on that time kerja baru dah masuk. hehh. rase ape. tahh. down pun ade.

Jangan berputus asa daripada rahmat Allah
(Az Zumar: 53)

so lepas dapat borak denganNya, lepas dah curahkan segala, lega sikit hati nh. hanya Allah yang faham segalanya. Thankyou Allah :')

nak update bebelog, tapi jari cam krem skit. kesiannn. nh lahh one off technology effect. ecehhh, salahkan technology lak. yg kamu tak reti restkan diri tuh bakpeee?

nanti kite conteng kat sini lagi ehhh.

p/s: nak reward kat bawah nh bolehhh? kehendak vs kemahuan. sogo. sogo -.-'


nh pomm ok jugakkk


hailaa~


tataaa. nak rest.

nabilahabd.rahman

Monday 19 March 2012

Qurratu 'ain (Penyejuk mata)

Bismillahirrahmanirrahim
(In The Name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful)

Assalamualaikum.

Dah lunch? hee. ade stgh jam waktu rehat yang berbaki after makan. So i decided nak write down story last Friday.

Last Friday, keluar office 6.35pm.I tot i manage to catch the train at 6.45 pm (time as usual). Lepastuhh. tengok-tengok train delay. oklahh. menanti dengan sabar lagi :)

Dah tuhh while waiting for the train, I do some reading. Dengan kondifen bile train datang, I terus naik. hehh. taksedau tuh train p batu cave. LOL.
so, bile dah masuk tuh, Im asking around where this train heading to. ada yang cakap tatau. By the time I found out train nh ke Batu Cave, pintu tuh pun dah close. osemm benauu!

So ok lahh. I decided turun dekat next station, Putra. rupe nye train delay lagi. haiyooo. apekahhhh T__T haihh. dah lahh lately nh asal balik kene berebut dgn budak sekolah yg sedang berlibur shopping/keluar. Fine lahh. then I wait with patience (dalam hati dah ngamok.hehh). dah masuk magrib tuh ralat pulak. padahal train dah sampai Mid. lagi 3 stations je. and I assume dkt Putra station tuh takdop surau (what LOL lah aku nh pun kann). So when I checked it out, ade surau tercorok kat belakang tuh. I decided to perform Magrib prayer since Im not sure when the train will come. In fact if I can go in punn, still sempat ke tak magrib tuhh. silap haribulan delay lak tengah jalan. haru jaa magrib burn, naaa.

Even dalam hati tuh berkobar-kobar marahnye pada KTM, tapi lepas kne air wuduk tuhh, sejuk je hati. Even I heard the KTM came, tawakaltu je lahh kan. lega rasenye. marah pun hilanggg.winkk* dah settle solat tuh, ada lah beberapa org masuk surau. ada akk nh siap complaint lagi pasal KTM services lah, itu lah, ini lahh. at first aku pun mengiakan. lepastuhh baru teringat baru lepas solat. hehh. terus diam and cepat-cepat keluar. Akk tuh mengamok rupenye cz tak dapat masuk dlm train tuhh. fuhh. lega cz dah solat. If tak, mungkin jugak menjadi salah seorg mangsa yg tak dapat masuk dlm train. tapi ade betolnye akk tu marah with KTM services. delay 1 jam lebih kot. even yg dtg td KTM 6 coach. and lagi most of us kene berdiri sepanjang menunggu train tu since the seat provided is limited. manelah orng tak berasapkann. hehh.

Oklahh. tunggu punye tunggu sampai jugak next train. dapat lak duduk sebelah ibu muda with 2 org anak kecik (4thn and 3 thn lebih kurang). seronok tgk akk tuh layan anak-anak die, with patient lagi. sabau betol layan kerenah anak die si abg yang sulung tanye macam-macam. and terpakse claim down kan bile anak nye nak wat perangai. while si adik perempuan tidur dalam dakapan Ibunya. from there I can see love yang mencurah-curah dari seorang Ibu. so sempat lah borak with akk nh. dwng dari serendah ke Sg. Buluh (2 jam plus perjalanan) cuti sekolah balik kampung. ayah dwng keje. dok dengar anak sulung die ckp rindu ayah. heh.

I was imagine myself at her place one day (if ditakdirkan sempat merasainya lahh. sobbs)Insyaallah. nak jadi Ibu yang baik. yang dapat didik anak-anak dunia akhirat. I wish so. Insyaallah. membina ummah bukan senang. die punye asas binaan rumah tangga harus kukuh dulu, iaitu bermula dari Ibu Bapa.
So, carilah pasangan yang dapat bimbing kita and family dunia akhirat. cause di sana nanti kita akan dipersoalkan tentang tanggungjawap kita sebagai hambaNya, apatah lagi sebagai pembimbing keluarga. Wallahuaklam :')

p/s: Pray for me! Pray for ummah! Insyaallah.


nabilahabd.rahman
@myoffice lahh~

Saturday 17 March 2012

sayonara :')

I said: Kalau tak ready, dont do it.


Mama said: If they don't accept you at your worst, they don't deserve you at your best.


Ukhuwah said: bertemu dan berpisah kerana Allah!




Allah. Allah :")


sayonara!
nabilahabd.rahman

Monday 12 March 2012

How can you know it if you don't even try?

What if there was no lie.
Nothing wrong, nothing right.
What if there was no time?
And no reason or rhyme?
What if you should decide
That you don't want me there by your side.
That you don't want me there in your life.

What if I got it wrong?
And no poem or song.
Could put right what I got wrong,
Or make you feel I belong

What if you should decide
That you don't want me there by your side
That you don't want me there in your life.

Oooooh, that's right
Let's take a breath, jump over the side.
Oooooh, that's right
How can you know it if you don't even try?
Oooooh, that's right

Every step that you take
Could be your biggest mistake
It could bend or it could break
But that's the risk that you take
What if you should decide
That you don't want me there in your life.
That you don't want me there by your side.

----------------------------------------------

memalam nh layan coldplay. ke layan perasaan *sighhh

How can you know it if you don't even try?

kenapeee? hehh.
sedih ke. sabar lahh ye.
nak buat camane. takboleh pakse-pakse pun.


"...sebab hati itu Allah yang pegang."

nabilahabd.rahman

Friday 9 March 2012

Renungan Jumaat @ 9 March 2012

Memiliki Kemampuan Bersyukur

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan”.
(Bukhari)

Huraian:

Firman Allah SWT yang maksudnya:
“Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”
(Ibrahim:7)

Sesungguhnya setiap nikmat itu wajib disyukuri dan antara kunci rahsia dalam bersyukur yang dapat mengundang nikmat Allah yang seterusnya sebagaimana yang disebut dalam firman Allah di atas ialah:

Tidak merasa memiliki kecuali meyakini bahawa segalanya adalah menjadi milik Allah. Hal demikian dapat mengelak seseorang daripada menjadi angkuh dan sombong dengan nikmat yang ada padanya.

Selalu mengucapkan “alhamdulillah”, memuji Allah dalam segala keadaan sama ada ketika susah ataupun senang kerana nikmat yang harus disyukuri itu sebenarnya lebih banyak daripada musibah.

Mempercayai bahawa sebarang nikmat yang dikurniakan adalah jalan menuju Allah atau mendekatkan diri kepada Allah.

Tahu membalas budi dan berterima kasih dengan kebaikan yang telah diberikan oleh seseorang.


ILMU, untuk dikongsi :)

Thursday 8 March 2012

Learning is Ibadah :')

Saidina Muaz bin Jabal
"Pelajarilah ilmu pengetahuan,
sebab mempelajarinya kerana Allah
adalah tanda takut kepada-Nya.

Menuntutnya adalah ibadah,
menelaahnya adalah tasbih,
mencarinya adalah jihad,
mengajarkannya adalah sedekah,
memberi kepada ahlinya adalah pembaktian.

Ilmu adalah kawan semasa kesepian
dan teman semasa kesunyian,
penunjuk jalan kepada agama dan pendorong dalam masa kepayahan dan kesempitan"


"Allah ciptakan makhluk dengan berbagai keistimewaan. Bagi Manusia , kepala merupakan anggota jasad yang paling mulia. Bagi malaikat pula , sayap yang dipunyai merupakan anggota jasad paling mulia bagi makhluk yang dicipta dari nur(cahaya) ini. Maka apabila seorang penuntut ilmu , mahu pergi menuntut ilmu keluar dari rumahnya, malaikat bergegas turun, merendahkan sayapnya untuk dilangkahi si penuntut ilmu tersebut."
A Muslim should strive to attain

1) a strong body
2) good character
3) cultured thought
4) He should be able to earn a living
5) have pure belief
6) correct worship
7) He should be able to control his desires
8) be careful about his time
9) organized in his affairs
10) beneficial to those around him.



These comprise the duties of every Muslim as an individual.
(The Tract of the Teaching of Hasan al-Banna )

Link: http://www.onislam.net/english/shariah/refine-your-heart/advice/455586-ten-strengths-of-the-muslim-personality.html

Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah

8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"

(Hadis riwayat Anas Bin Malik)

Wednesday 7 March 2012

this-is-called-life

They said that I am under stress.

Do I look like that?

Yes. No. or Maybe.

Erkk. Maybe kot. Cz right now, I cant hide my face anymore if Im not enjoy it.
Hewww T____T

They said selalu tengok I hepi-hepi and ceria.
Yes, that’s my character.

But somehow, lately nh muke blur and blank. *Wahhh. Macam fill in the blank je. Ecehhh.


I don’t know what is wrong. I do accept changes. Yes, Alhamdulillah. Dah redha. Dah terima dengan hati yang terbuka :')
Tapi nape erkkk.
Or maybe I can’t hide some pressure that I have received somemore.

Maybe dulu I chew and digest everythingggg. Yes I do. And everything happens, I just kip it to myself.

Sorry, sebab I tatau nak pretend untuk bodek orang ke, to make others hepi while they don’t do they same.

or maybe I need to think and reflect myself back.

Yeahhh. People can say anyting. but they dont seem to understand it.


need-to-be-alone.
nabilahabd.rahman

Tuesday 6 March 2012

feel it yourself. and I promise it's osemmm!

sesungguhnya nikmat bangun di tengah malam itu tak sama dengan yang lain.
sumpah seronok. and satu nikmat yang tak boleh describe dengan terperinci.
sebelum anda sendiri merasainya :)

saat dimana bertemu dengan DIA.
saat dimana hati berbicara.
saat diantara hati dan jiwa merasakan segalanya.
saat yang paling manis.

YaAllah.
Aku seringkali terlupa. aku terleka dengan duniawi.
bantulah aku Ya Allah.
agar hati ini selalu mengingatiMu.

tiada kasih abadi yang ku dambakan selain daripada kasih sayangMu.
oleh itu Ya Allah..
ampunkanlah hambaMu ini.
jangan biarkan hati ini lalai dengan urusan duniawi. dan manusia.
jangan biarkan hati ini terleka dengan segala yang bukan menjurus kepada mengingatiMu.


Ya Rabb.
bantulah aku mencintaiMu lebih dari segalanya.
jangan biarkan hati ini kosong tampa mengingati Mu
sesungguhnya dunia adalah sementara..
dan kepadaMu lah nanti tempat aku kembali :')

yang mengharap ikhsanMu,
nabilahabd.rahman

Sunday 4 March 2012

Hikmah yang tersembunyi. Insyaallah.

Bismillahirrahmanirrahim
(In The Name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful)

Assalamualaikum.

Dear diary. Hey, lame dah tak touch down merapu here and there. Rinduuu :')

Lately nh, ujian datang tetiba. menguji kesabaran. Alhamdulillah. Aku redha dengan segalanNya. Puas dipujuk hati ini, Alhamdulillah. Akhirnya akur dengan segalanya.

Thankyouu Allah. Pasti ada hikmah yang tersembunyi.
Semoga segalanya dipermudahkan. and semoga inilah yang terbaik untuk semua. Insyaallah.

Yesterday siapkan kerja-kerja yang pending. So today keluar wif my friend. Jalan, shopping sikit kat Jalan Tar. sebek kat Sogo tak beli ape-ape. hee. Last wiken nak dijadikan cerita, pergi cari hadiah utk annversary my parent this Thursday, tapi terbeli untuk diri sendiri. hihii. Rambang mate tengok barang Sembonia nh. But then manage to get Handbag and purse for my mummy. And dad plan to buy him jam jer. tapi tetibe ma pun nak jam jugak. alahaiii ma nh. comel je~

Quite ok siket dah feeling nh. Alhamdulillah.

When Allah puts you through a trial, be glad and be thankful that he has chosen you to be put through that trial. It is the law of nature, when a person puts gold into fire, it comes out purer than it was before. Likewise, when Allah puts one through bad times, they come out of that trial a better, stronger person. Inshaa Allah.

Alhamdulilah :")

So, tomorrow kne wake up with new feeling. New mind set. and niat kerana Allah. And just realize the power of mind setting. Bila kita buat sesuatu semata-mata kerana Allah, Allah akan permudahkan segalanya. And benda yang kita buat pun akan jadi ikhlas and mudah keranaNya. Even kita tak tahu end resultnya. But still jiwa rase tenang and redha dengan apa jua keputusan. Kerana semuanya telah diniatkan semata-mata kerana Allah. How sweet kannn.

"Allah is the All-Knower of that which is in (the secrets of your) hearts”
(3:154)

Mari kita panjatkan doa yang terbaik untuk diri kita, keluarga, dan ummat Islam. Allahummaamin :)

nabilahabd.rahman.
From Tautan Hati.

Ana sebagai sahabat ingin mengingatkan kepada sahabat sekalian jika ingin mencari calon suami/isteri jangan terlalu di sukarkan. Jangan terlalu ideal dalam kriteria soleh atau solehah. Kerana kriteria dua ni, tiada garisan penamat melainkan mati. Berpadalah dalam setiap piawaian kualiti standart kita. Jangan terlalu ideal, sehingga tidak melakukan praktikal. Cukuplah dengan tahap yang sederhana sahaja....

Pesanan dari ana..
Buat sesuatu biarlah sederha, ibadah biarlah sederhana yang penting istiqamah dalam beribadah,
Allah sukakan kesederhanaan..
Sebarkan cintaNya ke seluruh alam

...............................................
I foundddd tissss. hehh

OK. Check-in done!
Thankyouuu :)

Palestin: Fakta yang Perlu Umat Islam Tahu

Penulis asal adalah Prof. Madya Dr. Mohsen Mohammad Saleh dan telah diterjemahkan oleh Dr. Hanafi Hj Dollah. Satu bahan yang mesti baca.

Di manakah Palestin ?

Palestin merupakan suatu nama yang digunakan untuk wilayah barat-daya negara Syam. Ia bersempadan dengan laut Mediteranian dan terletak di barat benua Asia. Palestin dianggap titik pertemuan Asia dan Afrika dan berdekatan dengan benua Eropah. Bahagian utara Palestin bersempadan dengan Lubnan, manakala Syria di timur laut, Jordan di timur dan Mesir di selatan. Ia berada di kawasan yang beriklim mediteranian dan keluasan Palestin di waktu kini dianggarkan seluas 27,009 km persegi.

Bumi Palestin juga dianggap salah satu penempatan tertua di dunia. Malahan penemuan ahli-ahli arkeologi telah membuktikan bahawa tempat ini merupakan penempatan pertama yang mengalami perubahan daripada kehidupan nomad kepada kehidupan tetap dan bercucuk tanam sejak 9000 tahun sebelum Masihi. Bahkan bandar tertua di dunia, Jericho telah dibina di Palestin sejak 8000 tahun sebelum Masihi dan sehingga kini masih dianggap sebagai bandar yang di datangi dan dipenuhi dengan pelbagai tamadun manusia yang gemilang.

Apakah istimewanya Palestin kepada umat islam ?

Bumi Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam hati setiap orang Islam. Jika dirujuk kepada al-Quran dan sunnah :

a) Bumi ini dianggap suci dan diberkati kerana terdapatnya Masjid al-Aqsa, sebuah masjid yang menjadi qiblat pertama untuk orang Islam dan merupakan masjid yang ke 3 paling suci bagi orang Islam. Barangsiapa yang bersolat di masjid ini akan mendapat 500 kali ganda pahala.

b) Di bumi ini jugalah kejadian Isra’ (Perjalanan Malam) berlaku, di mana Nabi Muhammad melakukan pengembaraan malam yang penuh keajaiban ke langit.

c) Bahkan ramai para anbiya? yang disebut di dalam al-Quran, telah dilahirkan, dibesarkan dan disemadikan di bumi ini (lebih 50 orang kesemuanya). Semoga Allah memberkati mereka semua.

d) Berdasarkan perspektif Islam, tempat ini merupakan padang Mahsyar selepas Kiamat dan merupakan pusat keamanan sejagat.
e) Orang yang tinggal di sana kerana Allah diibaratkan seperti orang yang berjihad di jalan Allah.

f) Bumi Palestin juga dianggap sebagai pusat untuk kumpulan-kumpulan yang sentiasa teguh menegakkan kebenaran dan hak orang Islam sehingga ke hari kiamat.



Sumber: http://www.palestinkini.info/

Kejadian dan hukum Allah berserta hikmah :')

Pernahkah kita mempersoalkan sesuatu kejadian/hukum Allah itu? Jom baca kisah Abu Nawas ini.

Satu hari, Abu Nawas duduk bersandar di bawah pokok mangga yang menghadap sebuah ladang tembikai.

Lalu berkata Abu Nawas seorang diri, "Aku tidak faham kenapa Allah ciptakan pokok yang besar untuk mangga ini sedangkan buahnya kecil sahaja. Sedangkan buah tembikai yang besar, pokoknya hanya menjalar di at...as tanah."

"Bukankah lebih elok pokok yang besar untuk buah yang besar seperti tembikai dan dan pokok yang kecil untuk buah yang kecil seperti mangga?"

Tiba-tiba jatuh sebiji mangga di atasnya lantas dia berkata. "Ya Allah, maafkan aku kerana kebiadabanku mempersoalkan ciptaan-Mu. Aku tidak tahu apa akan jadi sekiranya buah tembikai yang jatuh ke atas kepala aku dan bukan buah mangga. Sesungguhnya hanya Engkau yang mengetahui hikmah untuk setiap apa yang Engkau ciptakan.."

Hudud vs Ta'zir

APA ITU HUDUD DAN TA'ZIR? (secara ringkas)

Hudud: Jenayah-jenayah yang telah disebutkan dalam Al-Quran seperti zina, mencuri, menentang pemerintah yang adil (pemberontak) dan lain-lain lagi (ada 7 semuanya). Hukuman yang diperuntukkan adalah jelas dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran.

Ta'zir: Jenayah-jenayah yang tidak dinyatakan dalam Al-Quran seperti mengedar dadah, merempit, memalsukan wang d...an rogol. Hukuman adalah berdasarkan kebijaksanaan pemerintah seperti penjara, buang daerah, denda dan lain-lain lagi.

Ramai yang keliru tentang hudud, terutamanya yang melibatkan rogol dan zina. Zina dilakukan atas kerelaan antara 2 pihak tanpa sebarang unsur paksaan. Hukuman hudud hanya untuk kes zina yg memerlukan penuduh untuk mengemukakan 4 orang saksi yang adil. Jika gagal untuk membawa 4 orang saksi, hukuman hudud tidak boleh dilaksanakan. Tetapi bukan bermakna si pelaku boleh terus terlepas sewenang-wenangnya. Bukti-bukti lain akan dibawa untuk menyokong pertuduhan. Jika terbukti bersalah, hukuman akan dikenakan seperti penjara, denda dan sebagainya.

Manakala rogol pula tidak termasuk dalam jenayah zina kerana adanya unsur-unsur paksa tanpa kerelaan. Jadi, untuk rogol hukumannya adalah ta'zir dan bukan hudud. Ia tak memerlukan penuduh untuk membawa 4 orang saksi. Mahkamah akan menilai setiap bukti kes yang dikemukakan seperti DNA, CCTV dan sebagainya.

Jadi, jangan keliru dan mengelirukan orang lain sebelum mendapatkan penjelasan daripada yang lebih arif dan alim.

Wallahu'alam...

#Imam Muda Hasan

Friday 2 March 2012

Salam.

Sometime, thing do happens beyond our control.
hehh. sape lah kita untuk melawan takdirNya.

Kita merancang, Allah merancang.
Dan Allah lah sebaik-baik perancang :")

Thing do happen for a reasons rite. sabar. mesti ada hikmah yang tersembunyi.


Allah uji sebab DIA sayang. sebab DIA tahu kita kuat.
nabilah kuat kannn?


Dare you to move (Switchfoot) keep playing. and it's raining.

#feeling like talking to stranger. hehh


nabilahabd.rahman

Wednesday 29 February 2012

On a second thought, it aint easy.
One giga sure it ain't all breeze, it ain't all waltz.

On a second thought, again, everything takes time kann?
(HLV)

#pray for me :')

"And Allah knows what is in your mind, so fear HIM"
(2 : 235)

yes. Allah will not always give you what you want, but Allah give you what you need :)

..and we must also realize that nothing happens without a purpose. nothing. not even pain. not even broken heart, etc.



hambaNya,
nabilahabd.rahman

#p/s: pray the best for me. for ummah. for everyone :")
Insyaallah. Allahhumma amin!

Sunday 19 February 2012

Salam.

Lately nh ramai g umrah. tadi tengok pic orang kat Raudah.
Ya Allah.Rindunya. Membuak-buak perasaan nak g sana.

Ya Allah, sampaikan lah kami ke rumah ibadat Mu.
Rindunya Ya Allah.
Pilihlah kami sebagai tetamu Mu :")

sebakkk lahh pulak memalam gini. wuwuuu.

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dunia akhirat. Allahhumma amin.

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada penduduk Syira. sedih tengok hari-hari mereka dibunuh. malah ada yang dipaksa untuk menyekutukan Allah.
Ya Allah, dasyat ujian kepada mereka. tiada belas kasihan. even kanak-kanak pun dibunuh. Allah. apalah dosa mereka. sobsss :'/

Mari kita sama-sama berdoakan keselamatan dan kesejahteraan umat Islam di dunia ini.

Oh ALLAH! Give health to ill people.
Oh ALLAH! Help every Muslim in troubles.
Oh ALLAH! Give us strength to do good deeds.
Oh ALLAH! Open the doors of Your Mercy for us.
Oh ALLAH! Save us from the shadow of evil/syaitaan.
Oh ALLAH! Give every Muslim a chance to see MAKKAH & MADINAH.

Allahhumma amin :")


Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihimu di akhirat kelak.

nabilahabd.rahman.

Thursday 16 February 2012

Tuesday 14 February 2012

Motivation, where are you hiding? sighhh

feeling up sad or give up?
don't be :)

recharge yourself. You can do it!




fightinggggggggggggggg! ohhhyeaahhh. hehh


nabilahabd.rahman

Monday 13 February 2012

Solat - kunci kejayaan.

Perkongsian oleh Ustaz Wan Ali Akbar.

SOLAT, adalah antara cara manusia mengabdikan diri kepada Allah swt. Ia penting kepada manusia sebagai hamba, kerana ia menghubungkan manusia dengan penciptanya. Ia juga adalah ibadah pertama yang dihisab di hari akhirat.

Melalui solat, manusia boleh berjaya. Melaluinya juga, manusia boleh dicelakakan. Kata kuncinya adalah khusyu'. Jika manusia bersolat dengan khusyu', maka mereka akan berjaya. Sebaliknya, jika mereka bersolat dalam keadaan yang lalai, maka kecelakaan menanti mereka.

Belajar 13 rukun solat (atau sesetengah pendapat mengatakan 17 rukun), boleh dinilai oleh manusia dari segi praktis, bacaan dan hafazan. Ia zahir di mata dan pancaindera manusia. Namun, di sisi Allah, bukan itu yang dinilai. Kerana, solat dilaksanakan dengan kemampuan. Kerana itu, ada rukhsah (kemudahan), sepertimana ajaran Rasulullah saw, mengajarkan Solat Qasar ketika musafir, Solat Jama' ketika masyaqqah (kesusahan) dan kaedah solat ketika sakit bagi orang yang kekurangan keupayaan.

Yang lebih utama bagi Allah, adalah hati. Dengan menjaga hati, manusia boleh solat dengan khusyu'. Sebaliknya, jika hati tidak dijaga, kekhusyukan solat tidak dapat dijaga. Itu yang berlaku kepada kebanyakan kita. Sehingga, solat yang dilaksanakan tidak dapat mencegah yang keji dan mungkar. Walaupun ia dilaksanakan cukup 5 kali sehari semalam.

Khusyu' itu sangat mahal. Ia sangat sukar diperolehi. Oleh itu, ulama' menggariskan beberapa tip untuk mendapatkannya, antaranya; jaga kebersihan tempat solat, berpakaian bersih, serta menumpukan fikiran hanya kepada Allah.

Mari sama-sama kita bermuhasabah wahai sahabat. Berapa jam kita habiskan untuk kehidupan dunia. Berapa banyak pula masa kita habiskan untuk kehidupan akhirat?

Dalam kesibukan kita bekerja, luangkan sedikit masa untuk akhirat. Kurangkan bercakap yang sia-sia sebagai persediaan solat. Banyakkan zikir kepada Allah dan selawat ke atas Nabi saw. Putuskan rantaian hati kita buat seketika dengan kehidupan dunia. Insya'Allah kita akan mendapat khusyu'. Percayalah wahai sahabat, hanya orang yang mendapat khusyu', akan merasai kemanisan iman dan ibadah kepada Allah swt. Moga kita semua dikurniakan Allah nikmat khusyu' dalam solat. Wallahu'alam.

Source: FB Sham Kamikaze.

Thursday 9 February 2012

Contengan buat bakal Zauj' ku

Bismillahirrahmanirrahim
(In The Name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful)

Assalamualaikum wahai Zauj’

Apa kabar iman mu di sana? Mudah-mudahan masih di dalam istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang daei.

Zauj’
Bukan harta yang diminta, bukan rupa yang dicari, bukan pangkat yang dikejar, dan bukan juga kehebatan yang didambakan.

Tetapi seseorang yang dapat membimbingku ketika aku leka, yang cintakan rumahNya, mengimamkan solatku, membetulkan bacaan mengaji, mengejutkanku bersama untuk menemui Yang Esa dimalam hari, mentarbiahkan diri ini ketika alpa, serta yang dapat memimpin rumah tangga dunia akhirat.

Mungkin banyak yang ku pinta darimu zauj'
tapi percayalah aku menitik beratkan perkara-perkara ini kerana aku amat memerlukan bimbingan yang kukuh. mahukan bapa yang dapat membimbing ku dan juga zuriat yang soleh dan solehah kelak. kerana aku memerlukan sesorang yang bakal mengemudikan pelayaran sementara ini menuju ke destinasi akhir kita, yakni kampung akhirat di sana.

Zauj’
Aku tidak seperti gadis lain yang cantik bergaya, yang petah berkata-kata, yang cekap didapur, yang bijaksana menguruskan segala hal dan tidak juga sesempurna yang kau impikan.

Aku tak sehebat mereka. Aku cuma gadis biasa. Dan mungkin terlalu biasa bagi mu wahai Zauj’
Kasih sayang dariNya yang tidak pernah putus buat hambaNya yang lemah dan kerdil ini yang membuatkan aku bangkit hingga hari ini. Serta kenangan lalu yang mematangkan aku untuk lebih berfikir bahawasanya aku terlalu kerdil dibumi Allah ini.

Ketahuilah bahawa Zauj’
Aku hanya insan yang tidak lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Aku terlalu kerdil. Sesungguhnya aku memerlukan sesorang yang dapat membimbingku dunia akhirat.

Zauj’
Mungkin perjalanan kita masih jauh sebelum disatukan kerana mungkin banyak lagi yang kita perlu baiki dan belajar dalam menuju ke alam yang lebih mencabar. Bersabarlah. Bersabarlah. Bersabarlah. Sesunggunhya janji Allah itu benar. DIA yang Maha Mengetahui yang terbaik buat kita. Bila dan kenapa usah kita persoalkan.

Yang dapat ku panjatkan hanyalah doa yang tidak pernah putus dalam misi “mencari seorang yang mencintaiku kerana Allah” yang bakal menyempurnakan separuh daripada imanku.

Aku mungkin tak mampu untuk menyuarakan rasa cintaku kepada mu, wahai Zauj’ ku kerana rasa cintaku padaNya mungkin belum dapat ku berikan sepenuh hati. Andai rasa cintaku padaNya tidak sehebat mana, mana mampu untuk mencintai seseorang melebihi daripada aku mencintaiNya.

Zauj’
Andai engkau ditakdirkan untuk ku, aku redha. Aku redha kerana Allah mengetahui segala yang terbaik untuk kita. Aku hanya mampu berdoa, istiqarah agar mendapat petunjuk daripadaNya. Aku harap engkau pun begitu. Berdoalah dan sentiasa istiqarah agar DIA menunjukkan kita jalan yang terbaik. Semoga engkau dapat istiqamah sebelum tiba masanya nanti.

Andai bukan ditakdirkan untuk kita bersama, percayalah bahawasanya Allah telah menjanjikan sesuatu yang terbaik buat mu, suatu hari nanti.

Cintailah aku keranaNya. Kerana mengharapkan keredhaanNya.

Ya Allah, tetapkan lah iman kami supaya istiqamah. Jagalah hati kami agar tidak lalai dalam melakukan perintahMu. Bersihkanlah niat kami supaya mendapat keredhaanMu. Jauhkanlah kami daripada godaan syaitan, dan perkara-perkara yang boleh menghampirkan kami kepada zina mahupun maksiat. Jagalah hati kami yang lemah dan mudah alpa ini Ya Rabb daripada gangguan syaitan yang menyesatkan.

Ya Allah, berikanlah cintaMu kepada ku. Jadikanlah orang yang mencintaiMu, mencintai aku. Dan jadikanlah aku mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaanMu.

"Ya Tuhan kami, anugerahlah kepada kami, pasangan kami dan zuriat yang menyejukkan mata, dan jadikanlah kami, imam bagi orang yang bertakwa"
(Al-Furqan: 74).

Bimbinglah aku wahai Zauj’
Bimbinglah aku menuju ke Jannah :")

Allahhumma amin.

Ku akan menunggu mu bila tiba waktu itu. Waktu dimana preparation dan readiness untuk kita memikul tanggungjawap itu. Saat itu, datanglah bertemu dengan orang tua ku untuk kita bersama menuju mawaddah wa rahmah.


# terdetik hati untuk meluahkan rasa hati ini dah berkubu lama. focus utama sekarang melengkapkan diri untuk menjadi muslimah yang berkualiti. aku dan kamu harus bersedia. Aku juga ingin menjadi daei yang 'sejati'. Oleh itu aku amat memerlukan benteng yang kukuh untuk aku berpaut, membimbingku dunia akhirat dan bersama susah senang.

Zauj'
Run with me through this journey to Jannnah, will you?


Bakal Zaujah mu,
nabilahabd.rahman

Thursday 2 February 2012

Low Immunity :')

Salam.

Dear contengan bisu.

Hari nh rase upsad sesangant. tatau nape. *ofcos lahh aku je tahu kann. today rase nak nanges tau tak. dalam office pu rase tengah lap airmate dalam hati. mate opcos dah berkace-kace ditahan bagai. otw balik pun lap air mate lagi. sekarang baru berani nak keluar. wuwuuuu. nh sebab dah lame pendam sangat kot. sebab takde sape nak luahkan, so aku kongsi dengan hang je lahh ehh contengan bisu.

huarghhh. lagi satu nak nanges sebab perut pedih. sampai rumah tadi meluru makan nasi. taksempat lunch tadi. dah tuhh makan nasi dengan lauk yang sedap, tapi aku jadi sebak. sebak sebab aku makan pun bertambah-tambah pedih perut. if korang ade peluang, makan lah sedap-sedap ye. ma selalu saund bile terskip meal. "Tak gune duit banyak-banyak bile dah sakit". Yes, you are rite ma. sekarang nh pun sebu lagi perut. depan mate ade brownies, tapi apelah gune makanan yang sedap bagai bile perot dah pedih cangini. hewww T___T Kalau berterusan camgini, confirm gastrik datang balik. sighhh.

Sebak singgah lagi dalam hati. Macam-macam berlegar-lagi dalam fikiran sejak tadi. Lately nh bile jadi camnh, aku rase aku selalu tabah. Aku rase aku cukup kuat nak hadapi semua nh sensorang. tapi aku kadang-kadang alpa Ya Allah. Siapalah aku tampa bantuanMu. Hanya hamba Mu yang kerdil. Yang meminta ikhsan dan belas kasihan Mu. Ya Allah, tiada satu benda pun yang Engkau takdirkan tampa sebarang sebab. Semua terlukis hikmah disebaliknya. Ya Allah, aku lemah tampa Mu. Engkaulah yang Maha Mengetahui segalanya. Andai ini yang Engkau yang terbaik yang takdirkan untuk ku, tabahkan lah hati ku untuk melaluinya. Pimpinlah aku bersama-sama di jalam Mu. Jangan biarkan aku lalai atau bergantung kepada diri ku sendiri walau seketika jua.


"And Allah found you lost, and guided,you."
(Ad Dhuhaa: 7)


We share One soul,
We share One land,
We have One time,
To understand.

nabilahabd.rahman

Monday 30 January 2012

Responsibility vs Immunity

Bismillahirrahmanirrahim
(In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful)

Assalamualaikum.

Today dahh weng-weng sikit. but just drop by. jot down something here. Today keje 12 jam from 7.30 a.m. until 7.30 p.m. Chare takkk? hehh. Bangun lebih kurang kol 5. balik basically after magrib baru sampai rumah. so, mkn-mkn, borak, tgk tb jap. www-ing, solat, buat reading, etc than tido. Life macam tuh everyday. Thats y wiken aku tak minat sangat keluar if takde ppe yang penting pun. Full kan. So takde mase untuk bercinta apetahkann nak pujuk memujuk. Mylife is fully packed. hehh.

Walaupun belum married yet, but rase dah berat sebelah dengan responsibility. Responsibility tuhh macam jatuh gedebukk kat bahu ini. Yesss. Responsibility!

Today banyak lesson learned. yesss. banyakkk. I know, its quite rush. Quite new. Learning and catch up someting new *for me lahh kot* Time didnt wait for you.

Kadang-kadang nak termuntah pun ada. hehhh. today taksempat makan nasi. air seteguk pun tak dapat lepas tekak nh. This is life. You have to take it, or leave it. You choose!

Im thankful to Allah. caused Allah knows everything. What better for me. And dah tertulis im here. kun faya kun. Thats meant I can DO it no matter what. Yes. Harus bersyukur. Lately nh boleh dikatekan everyday mesti layan surah Ar-Rahman. Bagi aku sedar sikit nikmat bersyukur tuhh. Bukan tau complaint je kann. Memanglah manusia tak terlepas dari mengadu-domba, tapi bile dengar ayat nh, insaf lah banyak sikit bahawasenya,
"When we think we have it bad, others have it worst"

Bersyukurlahh. Atleast kite ade kerja. Bersyukurlahh. Atleast kita dapat cari rezeki yang halal. Bersyukurlahh. Atleast dengan duit yang ada tu, kita boleh balas jasa kedua ibu bapa kita. Bersyukurlahh. sebab Allah sentiase menbuka ruang dan peluang untuk kita memperbaiki diri. Bersyukurlahh. sebab dengan izinNya,semua benda yang kita buat jadi mudah dengan pertolonganNya. Bersyukurlahh. dan Bersyukurlahh atas segala nikmat yang Allah berikan :")

I've to be strong. I know. I know. Allah will always with me. Have a faith. Tawakkaltu'ala Allah. Allah sentiasa bagi Immunity. So, dont worry tauuu ^^

"Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, Jika kamu orang yang beriman"
(3: 139)


Responsibility vs Immunity
Sorry. I wont give up!



kasut dah nak masuk ICU. sorry kasut dapat tuan pejalan kaki tegar macam nh.
p/s: belanje kasut baru, plisss. hehh

willsurvive, Insyaallah :")
nabilahabd.rahman