Sunday 29 April 2012

Whatever happens, remember that Allah the Al-Mighty knows best :)

"Allah knows what’s best for us
So why should we complain
We always want the sunshine
But Allah knows there must be rain

We always want the laughter
And the merriment of cheer
But our hearts will lose their tenderness
If we never shed a tear.

Allah tests us often
With suffering and with sorrow
Allah tests us not to punish us
But to help us meet tomorrow

For growing trees are strengthened
If they withstand the storm
And the sharp cut of the chisel
Gave the marble grace and form

Allah tests us often
And for every pain Allah gives to us
Provided we’re patient
Is followed by rich again

So whenever we feel that everything is going wrong
It is just Allah’s way
To make our spirit’s strong."

Author: Unknown

Allah tak kan uji kita dengan sesuatu yang kita tak mampu, kann? :')

Bismillahirrahmanirrahim
(In The Name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful)

Assalamualaikum.

Today kecoh dengan macam- macam benda jadi. Di FB, media dan ofcoz umum hangat mengatakan tentang issue hari ini. Pada saya, tidak ada yang betul, juga tidak ada yang salah. Saya tidak menyebelahi mana mana pihak. Siapa saya untuk judge mereka? hehh.

Lately nh selalu sakit kepala. I dun noe y. sakit tu kerap menyapa. Mengingatkan kepada kematian. Ye, kematian yang pasti hadir dalam setiap benda yang bernyawa. Tersenyum sendirian memikirkan diri yang tidak punya apa-apa. Bukan bangga, tetapi sedih dengan diri sendiri yang kadang-kadang alpa dibuai waktu :/

Tadi baru lepas tengok mubi. Pasal seorng wanita yang sakit, but she commit with her life. and work. The best part is she never give up as she always motivate herself to go on with her life. but she avoid "series" relationship. I know she afraid with her life. dapat ke lelaki tu terima die, jage die, etc.

Hehh. So I did put mylife in her place. Seriesly, Im also afraid if one day it happens to me. Yess. I know, bile kita diatas, mungkin ramai yang mendekati. tapi bila kita dibawah? bila kita susah, bila kita sakit. Ade ke orang yang betul-betul ikhlas akan bersame kite. ke sebab kesian ke apetahh. Do the same people stay with us? sobbss. Mungkin ketika itu kita tidak punya apa-apa untuk dipertaruhkan lagi. When the time come, nobody with you, just remember that Allah will never leave you. NEVER :')


"Kadang Allah melapangkan kita, agar kita tidak kufur dalam kesempitan
Kadang Allah menyempitkan kita,agar kita tidak terlena dalam kelapangan
Kadang Allah melepaskan kita dari keduanya,agar kita tidak terbuai kesenangan. Indeed."



Allah tak kan uji kita dengan sesuatu yang kita tak mampu, kann? :')
nabilahabd.rahman

Saturday 28 April 2012

Binalah diri, binalah peribadi.

Orang selalu bertanya, patutkah kita meluahkan perasaan cinta kita kepada orang yang kita cintai?

Ada kata-kata ‘Islamik’ yang berbunyi: “Kalau suka, jangan luah. Kalau luah, Allah akan kurangkan kemanisan dalam cinta kita. Tetapi berdoalah kepada Allah, agar Dia memberikan yang terbaik.”

Ayat ini kelihatan Islamik. Tetapi saya tidak bersetuju dengannya. Kalau suka, jangan luah. Hem. Bagaimana kalau nak buka laci, jangan buka laci. Pelik kan jadinya? Islam bukan agama ajaib sedemikian. Islam agama realistik.

Saya berpendapat bahawa, kalau suka, kenalah ada perancangan untuk meluahkannya. Mahu tidak mahu, perasaan itu mesti diluahkan. Luah itu adalah usaha kita untuk mendapatkan orang yang kita cintai, yang kita rasa baik kepadanya.

Namun, luahkanlah dalam keadaan yang mantap, bersedia, punya wawasan dan kematangan, dengan cara yang syar’ie, dan punya perancangan masa hadapan yang baik. Sebaiknya, luahkan kepada kedua-dua ibu bapanya. Sebelum meluahkan, bincang dengan Ibu Bapa kita sendiri terlebih dahulu, dengan penjaga kita, dengan ustaz-ustazah yang rapat dengan kita. Agar luahan kita itu bukan satu perkara yang bermain-main.

Jadi sebelum luahkan itu, fikir masak-masak. Bincang betul-betul dengan famili. Berdoa mohon kemantapan dan keyakinan daripada Allah SWT. Kemudian yakinlah, dan luahlah.

Janganlah diri itu belum mampu untuk bercinta, sibuk nak meluah-luahkannya.

Tetapi di sini, pada saya, “Kalau suka, jangan luah. Kalau luah, Allah akan kurangkan kemanisan dalam cinta kita.” Adalah satu statement yang jumud. Islam bukan sedemikian.

Binalah diri, binalah peribadi. Binalah perancangan untuk meluahkan rasa cinta.

Jangan luahkannya dalam keadaan ‘berbogel’, tanpa diri punya apa-apa.

------------------------------------------------
Sila luang-luangkan masa membaca pandangan dan idea serta coretan pengalaman saya berkenaan 'cinta' di slot "Sebelum Aku Bernikah":

http://langitilahi.com/category/motivasi/sebelum-aku-bernikah


by,
Hilal Asyraf

Sunnah Nabi SAW sebelum, ketika dan selepas tidur.

Antara sunnah-sunnah Nabi Muhammad S.A.W sebelum, ketika dan selepas tidur:

1. Membaca doa sebelum dan selepas tidur. Ramai orang memperlekehkan doa masnun (doa harian) tetapi Allah menjanjikan syurga kepada orang yang mengamalkannya.

2. Jangan tidur dalam keadaan kaki menghadap ke Qiblat. Keadaan yang demikian hanyalah untuk orang yang meninggal dunia.

3. Barang siapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati pada ketika dia tidur maka ia dikira sebagai mati syahid. Apa itu tasbih Fatimah?

Subahanallah 33 kali
Alhamdulillah 33 kali
Allahuakbar 33 kali

4. Membaca 4 Qul lalau meniupkan pada tapak tangan dan menyapukan ke seluruh badan untu menghindarkan sihir dan perbuatan jahat manusia.

5. Niat untuk bangun menunaikan solat Tahajut. Sekiranya tidak terjaga dari tidur, Allah S.W.T akan mengira seolah-olah dia bertahajut sepanjang malam. Solat tahajut adalah pendinding daripada sihir dan buatan orang.

6. Mengambil wuduk sebelum tidur dan menunaikan solat sunat taubat.

7. Maafkan semua kesalahan orang lain kepada kita dan menghalalkan segala hutang piutang orang lain kepada kita.

8. Tidur dengan mengamalkan posisi tidur Rasulullah iaitu mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Renungan Jumaat @ 27 April 2012

Memutuskan Silaturahim, Satu Dosa Besar

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
”Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim”
Hadis Riwayat al-bukhari

Huraian
i) Silaturahim bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya.

ii) Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya:” Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari.”

iii) Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan malah ia membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya.

iv) Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.

v) Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T.

Tuesday 24 April 2012

insecurities run deep.

Bismillahirrahmanirrahim
(In The Name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful)

Assalamualaikum.

Hiii. Lame tak touch down here. rinduuu :')

Banyak benda jadi. dan masa pun terus bergerak pantas, tampa kita sedarinya
*or we noe bout it, but tak amik port?

Tahhh. Hehh.

So, as life go on work environment pun change, everything change. and need to kip up fast and furious. fuhhh.

and updating myself. wuwuuu :/


insecurities run deep.

Ya Allah, lemahnya aku ini.
sobbb. sobbb.

Guide me to the right path (1:5)

nanges sensorggg. wuuu~
nabilahabd.rahman

Sakit itu anugerah, Sakit itu penghapus dosa~

Malaikat mendatangi manusia semasa sakit

Janganlah kita merungut atau bersedih apabila ditimpa sakit kerana itu adalah ujian dalam ibadah. Salah satu bukti kasih sayang-NYA adalah, Allah mengutus 4 malaikat untuk selalu menjaga kita dalam sakit. Berikut adalah penjelasannya;

“Apabila seorang hamba yang beriman menderita sakit, maka Allah memerintahkan kepada para malaikat agar menulis perbuatan yang terbaik yang dikerjakan hamba mukmin itu semasa sihat dan semasa waktu senangnya.” Ucapan Rasulullah SAW tersebut diriwayatkan oleh Abu Imamah al Bahili.

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda :"Apabila seorang hamba mukmin sakit, maka Allah mengutus 4 malaikat untuk datang padanya."

Allah memerintahkan :

1. Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah.

2. Malaikat kedua untuk mengambil rasa lazatnya makanan dari mulutnya

3. Malaikat ketiga untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah si sakit menjadi pucat lesi.

4. Malaikat keempat untuk mengambil semua dosanya , maka berubahlah si sakit menjadi suci dari dosa.


Tatkala Allah akan menyembuhkan hamba mukmin itu, Allah memerintahkan kepada malaikat 1, 2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lazat, dan cahaya di wajah sang hamba.

Namun untuk malaikat ke 4, Allah tidak memerintahkan untuk mengembalikan dosa-dosanya kepada hamba mukmin. Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah lalu berkata : "Ya Allah mengapa dosa-dosa ini tidak Engkau kembalikan?”

Allah menjawab : “Tidak baik bagi kemuliaan-Ku jika Aku mengembalikan dosa-dosanya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa-dosa tersebut ke dalam laut.”

Dengan ini, maka kelak si sakit itu berangkat ke alam akhirat dan keluar dari dunia dalam keadaan suci dari dosa sebagaimana sabda Rasulullah SAW : “Sakit panas dalam sehari semalam, dapat menghilangkan dosa selama setahun.”

Lihatlah betapa sayangnya ALLAH terhadap kita. Renunglah kembali sejauh mana ketaatan kita mematuhi perintahNya?

Thursday 12 April 2012

Alam pun turut berbicara :")


SubahanaAllah.
Damai ciptaanNya.
Angin pagi lembut menyapa mengingatkan tentang berita 'alam' yang berlaku semlm.

Alhamdulillah. Masih diberikan peluang menghirup udara pagi, untuk memperbaiki diri yang kadangkala terumbang ambing dipukul 'badai sendiri'.

Perjalananya tidak pasti. tapi aku harus melangkah menyusuri jalanNya yg terbentang luas dihadapanku ini :')

#Amaran tsunami ditarik balik. Amaran kiamat berterusan.


Moga istiqamah dijalanNya!
nabilahabd.rahman

Tuesday 3 April 2012

kita merancang, Allah merancang. dan Allah lah sebaik-baik Percancang!

I cried so loud after that. tot i am strong enuf :')

I noe you feel the same. but tis is wat have been written for us.
yes, the best.

siape kita utk melawan kuasaNya?

buat kesekian kali, me'reflect' diri sendiri lagi. masih kerdil. masih jauh dari pandanganNya.

hujungnya tak pasti. tapi janji DIA bersama, buat orang yang sabar menanti.

I cried once again.

tapi langkah itu perlu digagahi. Aku sedar, DIA yg memberi rasa itu. dan tak mungkin DIA akan menariknya kembali.
kerana segala-galanya adalah pinjaman semata-mata.

hatta, jasad ini pun pinjaman dariNya.

Aku harus melangkah. InsyaAllah, bahagia akan menanti dihujung sana.
bersama rahmat dan kasih sayangMu.

REDHA~

kerana janji Allah itu pasti. segala yang terbaik drpdNya. InsyaAllah.

Allahumma amin.

nabilahabd.rahman

Sunday 1 April 2012

Watak 'hitam' vs Watak 'putih'

"Baca Quran ni patutnya macam baca novel la. Patutnya lebih lagi daripada itu. Baca Quran ni kena ada feel. Kalau tak, tak bawak makna apa. Kalau orang baca novel tu boleh feel habis sampai nangis-nangis, baca Quran ni patutnya berkali-kali ganda lebih feel daripada itu. Patut habis tisu berkotak-kotak kalau betul-betul boleh hayati kalam Allah ni"

"Tu la. Kadang-kadang kita berlagak. Kalau baca Quran dengan tafsir, kita sentiasa je letak diri kita jadi 'watak putih' dalam Quran tu. Tapi kita lupa, cukup ke kriteria kita nak jadi 'watak putih' dalam Quran tu.? Cukup ke apa yang kita dah buat selama ini untuk dengan bangganya kata 'aku la orangnya yang disebutkan dalam ayat 'wahai orang yang beriman...', 'wahai orang Mukmin'..'golongan-golongan muhsin' tu. Yakin ke kita yang kita ni orang yang Allah sebut dalam Quran tentang orang yang diberi balasan syurga dengan nikmat tak ada limit tu? Betul amal kita cukup untuk jadi orang-orang yang Allah sebut tu?"

"Sepatutnya kita letak sekali diri kita untuk jadi 'watak hitam'. Bayangkanlah yang kita la orang yang disiksa dalam neraka yang Allah describe dalam Quran tu. Bayangkan yang kita la orang yang kena azab. Baru la kita berlumba-lumba nak lari daripada golongan-golongan itu. Kita nh sebenarnya tertipu apabila terlampau berangan sangat yang kita nh 'watak putih', sedangkan amal kita nak melayakkan kita jadi 'watak kelabu' pun tak cukup qualification"

(HLV)
---------------------------------------------

perghhh. sentappp :'(

betul lahhh. kita nh kadang-kadang berangan tak sudah. sobb :/

"...Dan Kami turunkan kepadamu al-Quran untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri"
(An-Nahl: 89)


I'm sorry, I can't be perfect.

nabilahabd.rahman