Monday 30 May 2011

ohh Nabilah :)

kalau depress nak buat ape?? +.+
makan ok ke, nyanyi, melalak. hahhaaa.
bukan-bukan.
depends on yourself.
me? im prefer kip it to myself. dun put burden to the others.
but wut if i cant carry the burden?

takat nh maleh nak pk, mkn je kot. release ke? a bit. huarghhh.
nak nagesssss boleh tak. sobsobbbb :"(
takat nak tangkap leleh tuh, pejadahhh.

"When you loss your way, to Allah you should turn.
  As He promised, He always be there"

be strong baby. nope-nope-nope. be superduper strong!
always. sabar lahh. Allah selalu bersama dengan orang yang sabar.

Ya Allah, kuatkan iman ku, tabahkan lah hati ku :")
Permudahkan lah segala-galanya dunia akhirat.

p/s: luka physical, tak sama dengan luka mental-
     Sekian.

Sunday 29 May 2011

hari ini, hari ahad :D

Lately nh byk kenduri-kendara kan?bestnye. rase mcm bru pas men pondok-pondok, kawen-kawen dgn jiran sebelah rumah. hehhh. tu zaman kecik-kecik dulu. skg dah besa. masing-masing segan gile kot kalau jumpe. kalau boleh nak lari, atau pakai topeng muke - sailormoon pun cute gak. haishhh. malu tahap gaban lah kalau terpakse jumpe tuh. hihihiii. ye lah, zaman comot-comot dah berlalu. skg dah lain tau. ohh yes, you are now 20+ tihehhee. membe lame jmpe pom ckp aku dah lain. trueeeee.
"zaman berubah, orang pun berubah gak kan"

Dulu zaman kanak-kanak, penuh dgn keseronokkan. main tak hinggat dunia. men hujan, msk hutan, mandi sungai, etc. sume dlm tangan. hehhh. Aku belajar lah kat sekolah agame tuh - SRA Darul Ulum, Klang.
tp belajar ape aku pon dah ingat-ingat lupe. dulu mcm tak penting sgt. tau nak suke-suki je. skg, menyesal beb tak belajar agame betoi-betoi dulu.hurmmm. ape nak buat, mase tak boleh diputarkan kembali.

Zaman kanak-kanak berlalu pantas meninggalkan kita, masuk pula alam baru yang dikenali sebagai alam remaja. REMAJA gituuuuuu. darah muda membuak-buak. nak try itu ini. tp plg cikai - drug, smoke and drink, tak pnh sentuh lagi lahh takat nh. takat nakal-nakal bodo gitu. plg kuat pom, adalahhh *******
tapi takdeee lah takat bahayekan kesihatan public, hanya nakal remaja jee. ye lahh. name pon zaman jahiliah. zaman nak kenal diri sendiri.
tapi ada satu tahap tu, yang mana aku telah jatuh tergelincir - i feel lonely, empty.
kat sini lah aku belajar cari diri sendiri. cari tuhan - Allah. aku kenal ayat-ayatNya. syukur. sempat lagi aku bangun dan tersedar dr zaman remaja yang beronak duri. dari situ, aku belajar segalanya. dan berubah sedikit demi sedikit. dulu freehair je keluar. Pergi sekolah buat syarat,time suke, pakai lah tudung. time rase otak xbetol, kimsalam je lah. tapi sejak dekat dgn Allah, rase terjage sikit. Alhamdulillah, Allah jage kita kan? nak g sidai bju dpn rumah pon nak pakai proper. nape? simple je, Allah Maha Melihat :)

Zaman Uni pula menjelma. bru nak kenal alam mix dgn org. hehh. ok lah. so far, sume boleh jage lagi. under control. semua berjalan lancar. solat jemaah on lah jugak, walaupon kdg-kdg off waktu bz & etc. dengar ceramah - on. mungkin sebab time tu banyak involve dgn student program, jadi fasi, wing captain, etc so kenalah tunjukkan teladan yang baik kan. ngee.
sampailah satu tahap, yang aku mmg terlupa dan terleka. sedih sgtsgt bile pk balik. tapi sgtsgt bersyukur, kerana Allah masih sayangkan aku. Allah bagi ujian, bagi hamba-hambanya.

Daripada Abdullah bin Abbas r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Dua nikmat yang ramai manusia terpedaya dengannya; adalah sihat dan kelapangan"
(Riwayat al-Bukhari)

dan itu lah yang terjadi. Alhamdulillah, Allah masih sayangkan aku lagi. DIA bagi aku peluang untuk bangkit dr zaman kegelapan.sume yang berlaku adalah daripada kesilapan dan kekalifan diri sendiri. kini aku bangkit kembali. doa tak pernah putus. tapi Allah Maha Mengetahui. semua yang terjadi nh, ada hikmah. Yuppp. percayalahhhh. if tak, aku pun tak de kat sini. mungkin masih dalam zaman bersuka-suki lagi. Alhamdulillah, masin-masing dapat menerima dengan hati yang terbuka. paling penting, doa tak pernah putus - dulu, kini, dan selamanya.Yakin lah pada Qada-Qadar Allah. sekarang, kene lebih banyak 3T (tawaduk, tabah dan tawakal) dan sabar itu pentingggggg. Insyaallah. kadang-kadang, bila teringat, cepat-cepat balik padaNya.

"Ya Allah, Tuhan yang membolak-balik kan hati kami. Janganlah kau bolak-balik kan hati kami setelah kau berikan hidayah dan petunjuk kepada kami. Ampunilah kami. Maafilah kami hambaMu yang hina, lagi kerdil ini" 

kdgkdg, tiap kali solat tuh, rase malu pada Allah, rasa kerdil. dan hina sangat pada mataNya. even mase tgh tulis entri ni pon, air mata jgn ckp lah. sedih bila ingat Allah. sedih, hiba dan terharu kerana Allah masih ingat pada hambaNya ini. walapun dosabergelen-gelen, tp Allah sayang pada umatnya.

belum terlambat lagi untuk berubah. berubah lah sebelum terlambat. sebelum dtgnya 5 dari 5.
isyhhh. kene stop dulu, dah tacingggg lebih-lebih. basah laptop nh tak kesah. tapi aku jadi sayu :")


*to be continued. ILY Nabilah. Be strong!

Things're not as simple as they look like~

Assalamualaikum.
Semoga semuanya baik-baik belaka. dah lame tak mecoret di sini. rinduuuu :")
byk benda yg berlaku lately nh, yg menguji kesabaran, juga ketahanan mental & fizikal.
tapi, ianya sedikit sebanyak mengajar kita menjadi kuat dan tabah.
yes. yesss. yessssss. you have to be strong Nabilah. Super Duper Strong Women!
tapi kadang-kadang terasa macam nak jadi Incredible Hulk pulak. hihii. boleh serang mahluk pemusnah. tapi apakan daya. fantasi wujud di mana-mana. ngeeee. bersabarlah, Allah mengetahui segalanya. Insyaallah :) kadang-kadang terasa macam nak share burden nh kat orang lain. tapi orang lain pun kadang-kadang ada masaalah masing-masing, kan?
Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya (Al-Baqarah : 286)

sering kali manusia diuji dgn pelbagai jenis ujian - sakit, dugaan, masaalah, etc.
kita sering mengeluh kesah. dan menjadi lumrah hidup manusia utk mengadu domba.
ujian juga adalah satu penghapusan dosa sebenarnya. (dosa dah bergelen-gelen :"c hmmm)
tatau sama ada diterima tak doa yang dipanjatkan hari-hari. tapi, yakinlah bahawasanya Allah itu Maha Adil, Maha Mendengar, Maha Melihat. Allah tahu lahir dan batin manusia. means, apa yang tersirat dihati kita walau sedetik pon Allah tahu. betapa besarnya kuasa Allah. Subahannallah.

Teringat pesanan rakan ketika di sekolah dahulu:
" Jika kita Happy, kongsi lah dengan Allah,
  dan jika kita Sedih, kongsi lah dengan Allah juga.
   Sesungguhnya, Allah Maha Mendengar." 

This is soso true!!! Allah dengar apa yang kita cakap tuh :)
How? through Prayer - Doa


p/s : I took a step back, cause I felt that I wasnt good enough for you.


Sunday 22 May 2011

Rajin bersedekah, diluaskan rezeki =)

ASMA’ menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda (kepada Asma):
“Nafkahkanlah dan janganlah kamu menyempitkan sedekah sehingga menyebabkan Allah menyempitkan (tidak mengeluarkannya) untuk kamu. Dan janganlah kamu menyembunyikan sesuatu dalam bungkusan yang kerananya Allah memutuskan berkatnya dan kesuburannya.” 
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Allah melarang kita daripada mempunyai sifat kedekut, suka mengumpulkan harta dan tidak menafkahkan harta berkenaan ke jalan Allah.
Orang yang bersedekah adalah orang yang tahu akan kebaikan pada masa depan kerana Allah berjanji bahawa pintu rezeki hamba-Nya akan sentiasa diluaskan jika seseorang itu banyak bersedekah.

Rezeki- Allah ganti derma kamu

Saba [39] Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dan menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki.




Tuesday 3 May 2011

la tahzan :")

Kepada semua sahabat-sahabat yang sedang diuji, yang telah diuji & yang belum diuji.. sedarilah bahawa jika anda tidak hidup hanya dalam batasan hari ini saja, maka akan celaru fikiran Anda, akan kacau semua urusan, dan akan semakin menggunung kesedihan dan kegundahan diri Anda.

1.Jangan Bersedih... Cinta Allah dan Rasulullah menjamin kebahagiaan.
2.Jangan Bersedih... Redha Dengan anugerah Allah membuat anda kaya di dunia.
3.Jangan Bersedih... Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas.
4.Jangan Bersedih... Semata-mata disebabkan anda berbeza dengan orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri.
5.Jangan Bersedih... Bila disakiti, dicela, direndahkan atau dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa.
6.Jangan Bersedih... Sesungguhnya setelah kesusahan akan ada kemudahan.
7.Jangan Bersedih... Kerana kesedihan anda akan membuat musuh anda gembira.
8.Jangan Bersedih... Atas perilaku manusia terhadapmu tetapi perhatikanlah perilaku mereka terhadap Allah.
9.Jangan Bersedih... Allah tidak akan mensia-siakan pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya.

Wahai sahabat-sahabat, janganlah bersedih, dunia ini terlalu hina untuk ditangisi.

Love Letters :")

sayu sangat baca tafsir nh. sayuuu :")
air mata nh sgtsgt murah, dan sama laju dgn hujan kat luar sane tuh.
terasa nak pelok and tidur bersamanyaa.

All the verses in the Quran are like personal love letters from God to us :) soso true!

Ya Allah, please forgive me for the wrong Ive done.
Please guide me and protect me along the straight path.


dah pukul 1.18 am
03042011

p/s: coretan pagi tadiiii

Monday 2 May 2011

It felt so wrong, like I dont belong..

Assalamualaikum,

nak ckp someting..tp..tah lahh

<empty><empty>
<empty><empty>
<empty><empty>


NZ~

Sunday 1 May 2011

...bantulah hamba-Mu ini, Ya Allah~

Dari semalam aku dok berkira-kira hadiah bdy sendiri for tis year. hahhaa. walaupun lambat lagi bl 10 tuhh, tapi peduli apee ehh, tapi tak kisah lah
utk diri sendiri jugak kan. lgpon nak kenalah plan budget. bln 4 budget lari gile. atleast blh lah kumpul duit each month starting for now for my bdy present. ngeee

Antara list hajat dihati semperna bdy tahun 2011
1. HP coz nak hp nh dah lme since belajar dlu. tp takde lah lame benau. cume sbb utama nak lbh function
2. Spend time for myself - treat makan sedap-sedap ke, or shopping (huarghh, lame dah tak shopping)
3. nak kasot lebih selasa (crocodile) - reason nye slalu blk keje jln kaki, so nak lah yg selesa skt. lenguh kaki mak aihh, ssh nak habaq kdg-kdg.nak bli dressing shoe tak mampuss lah pulok -.-"
4. nak travel- insyaallah
5. Tafsir Al-Quran in English and BM - tatau lah ade ke tak kt mesia nh. tapi nak cari lahh. and kena cari jugakkk!

lastly lepas kira-kira aku lagi dessperate betui nak memiliki hat yang num 5 tuh :)

1. HP coz nak hp nh dah lme since belajar dlu. tp takde lah lame benau. cume sbb utama nak lbh function
2. Spend time for myself - treat makan sedap-sedap ke, or shopping (huarghh, lame dah tak shopping)3. nak kasot lebih selasa (crocodile) - reason nye slalu blk keje jln kaki, so nak lah yg selesa skt. lenguh kaki mak aihh, ssh nak habaq kdg-kdg.nak bli dressing shoe tak mampuss lah pulok -.-"4. nak travel- insyaallah
5. Tafsir Al-Quran in English and BM - tatau lah ade ke tak kt mesia nh. tapi nak cari lahh. and kena cari jugakkk!

biaq p lah mahai skt, janji berguna. mmg lah dah ad beberapa tafsir. tp in BM. and i hope to get it in english and BM.
(maa, abah, ayongg - hang paa dengaq tak??) hahhaa. jawapan nye, kumpui dwet, pakat beli lah sendiri

pagi nh pas subuh, cambese lah tadarus Al-Quran beramai-ramai (aura bln pose lak dok umh pepagi nh,selalu bace sensorg di rmh sewa takde lah semeriah cenggini)
then cam bese, Al-Mathurat, tgk Tb - Tanyalah Ustaz (Ustaz Halim Din) dgn tajuk nya Cinta kepada Allah :)
Antara perkongsian pagi ini:
CINTA KEPADA ALLAH
1. Read Al-Quran
2. Amalkan sunah-sunah Nabi S.A.W.
3. Zikrullah (bgn mlm)
4. Suka kepada kebaikan (kelazatan Iman - kejar kebaikan) berbuat baiklah sesama manusia - hsbnd&wife, ank-ank, saudara sesama islam, org luar

jangan lah kita jadi orang yang..
1. Cinta dunia, lupa Akhirat
2. Cinta harta, lupa Hisab
3. Cinta makhluk, lupa Khalid (Allah)
4. Cinta dosa, lupa Taubat
5. Cinta gedung mewah, lupa pd gedung kecil (Kubur)

Daripada Anas r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu, sehinggalah ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya sendiri."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dulu pepagi pas subuh macam rajin je tito blk. ble dah berjinak-jinak dgn tanyalah ustaz last year, mmg best lah program nh. lgpun tido lps subuh kan tak bape elok.
pepagi nh lah rezeki masuk :) di murahkan rezeki, insyaallah. semoga hijrah ini berkekalan, walaupun sedikit-demi-sedikit ameen.
Then pasnh mandi dan menjalani rutin harian. Dhuha dah memanggil-manggil :) paling sukee lah kat Dhuha ini, tp try baiki and improve yg lain gak insyaallah.
Sebelum undur diri, nak share makna doa solat Dhuha:

"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha waktu Dhuha-Mu, cahayanya cahaya-Mu, keindahannya keindahan-Mu, kekuatannya kekuatan-Mu, Ya Allah, sekiranya rezekiku ada di langit, maka turunkannya, jika ada di bumi, keluarkannya. Jika adanya jauh maka perdekatkannya, dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran Dhuha-Mu, cahaya-Mu, kekuatan-Mu dan kesucian-Mu, berikanlah kepadaku sebagaimana Kamu berikan kepada hamba-hamba-Mu yang Soleh. Dan Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga-keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan. Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekelian Alam."