Sunday 4 March 2012

Hudud vs Ta'zir

APA ITU HUDUD DAN TA'ZIR? (secara ringkas)

Hudud: Jenayah-jenayah yang telah disebutkan dalam Al-Quran seperti zina, mencuri, menentang pemerintah yang adil (pemberontak) dan lain-lain lagi (ada 7 semuanya). Hukuman yang diperuntukkan adalah jelas dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran.

Ta'zir: Jenayah-jenayah yang tidak dinyatakan dalam Al-Quran seperti mengedar dadah, merempit, memalsukan wang d...an rogol. Hukuman adalah berdasarkan kebijaksanaan pemerintah seperti penjara, buang daerah, denda dan lain-lain lagi.

Ramai yang keliru tentang hudud, terutamanya yang melibatkan rogol dan zina. Zina dilakukan atas kerelaan antara 2 pihak tanpa sebarang unsur paksaan. Hukuman hudud hanya untuk kes zina yg memerlukan penuduh untuk mengemukakan 4 orang saksi yang adil. Jika gagal untuk membawa 4 orang saksi, hukuman hudud tidak boleh dilaksanakan. Tetapi bukan bermakna si pelaku boleh terus terlepas sewenang-wenangnya. Bukti-bukti lain akan dibawa untuk menyokong pertuduhan. Jika terbukti bersalah, hukuman akan dikenakan seperti penjara, denda dan sebagainya.

Manakala rogol pula tidak termasuk dalam jenayah zina kerana adanya unsur-unsur paksa tanpa kerelaan. Jadi, untuk rogol hukumannya adalah ta'zir dan bukan hudud. Ia tak memerlukan penuduh untuk membawa 4 orang saksi. Mahkamah akan menilai setiap bukti kes yang dikemukakan seperti DNA, CCTV dan sebagainya.

Jadi, jangan keliru dan mengelirukan orang lain sebelum mendapatkan penjelasan daripada yang lebih arif dan alim.

Wallahu'alam...

#Imam Muda Hasan

No comments:

Post a Comment