Saturday 28 April 2012

Binalah diri, binalah peribadi.

Orang selalu bertanya, patutkah kita meluahkan perasaan cinta kita kepada orang yang kita cintai?

Ada kata-kata ‘Islamik’ yang berbunyi: “Kalau suka, jangan luah. Kalau luah, Allah akan kurangkan kemanisan dalam cinta kita. Tetapi berdoalah kepada Allah, agar Dia memberikan yang terbaik.”

Ayat ini kelihatan Islamik. Tetapi saya tidak bersetuju dengannya. Kalau suka, jangan luah. Hem. Bagaimana kalau nak buka laci, jangan buka laci. Pelik kan jadinya? Islam bukan agama ajaib sedemikian. Islam agama realistik.

Saya berpendapat bahawa, kalau suka, kenalah ada perancangan untuk meluahkannya. Mahu tidak mahu, perasaan itu mesti diluahkan. Luah itu adalah usaha kita untuk mendapatkan orang yang kita cintai, yang kita rasa baik kepadanya.

Namun, luahkanlah dalam keadaan yang mantap, bersedia, punya wawasan dan kematangan, dengan cara yang syar’ie, dan punya perancangan masa hadapan yang baik. Sebaiknya, luahkan kepada kedua-dua ibu bapanya. Sebelum meluahkan, bincang dengan Ibu Bapa kita sendiri terlebih dahulu, dengan penjaga kita, dengan ustaz-ustazah yang rapat dengan kita. Agar luahan kita itu bukan satu perkara yang bermain-main.

Jadi sebelum luahkan itu, fikir masak-masak. Bincang betul-betul dengan famili. Berdoa mohon kemantapan dan keyakinan daripada Allah SWT. Kemudian yakinlah, dan luahlah.

Janganlah diri itu belum mampu untuk bercinta, sibuk nak meluah-luahkannya.

Tetapi di sini, pada saya, “Kalau suka, jangan luah. Kalau luah, Allah akan kurangkan kemanisan dalam cinta kita.” Adalah satu statement yang jumud. Islam bukan sedemikian.

Binalah diri, binalah peribadi. Binalah perancangan untuk meluahkan rasa cinta.

Jangan luahkannya dalam keadaan ‘berbogel’, tanpa diri punya apa-apa.

------------------------------------------------
Sila luang-luangkan masa membaca pandangan dan idea serta coretan pengalaman saya berkenaan 'cinta' di slot "Sebelum Aku Bernikah":

http://langitilahi.com/category/motivasi/sebelum-aku-bernikah


by,
Hilal Asyraf

No comments:

Post a Comment