Sunday 31 July 2011

Ramadhan Al-Mubarak everyone!

Assalamualaikum.

Lame dahh rase tak menconteng di sini. Akibat ke bzbzbzz-an, blog ini menjadi bisu seketikaa. rinduuu ^^

nak stat dari mane yee..
ohh. mari stat dgn demam bola. heh. akibat ddk dkt dgn bukit jalil, so terpakse tampa rela melalui keriuhan bola. jalan jem sgtsgt. and paling tak hengat, kena jalan kaki balik kerja. mari kita ulang "jalan kaki" ye kawan-kawan. haishhh. 1st day training Asenal tuh, bus dah terlepas. huarghh. konon nak keja bus, tggu la luar TPM. but then again stuck in bad traffic jem. goshhh. suddenly i saw Rapid bus passed by :"C
tsktskkk. mmg kesian. msg sume org taknak layan. sedih. then my rumate called tye kat mane, smpt keja bus tak. and that's stat everyting - maka air mata pun laju berjuraian sambil ckp dgn rumate. pastu buat-buat cool. dah takmoh nanges. redah gak lah stadium bukit jalil yg penuh sesak itu. dah lah sensorg. what to do. lalu kat stadium tu dgr org dok soksek "hai, tgk bola pki bj kurung kak" dlm hati sabau je lahh. ekau tak tahu ke den kne tgl dgn bus tuh. sighh. ive no choice at all. that tym nak mgrb dah. risau gak. tp gagahkan diri berjalan. kaki dah sakit gile gua cakap. sambil tu doa bebyk.
tiba di stsn bus tpi LRT tuh nmpk bus Rapit stuck in traffic jem, tak gerak-gerak. lantas dgn kekuatan yg masih berbaki, lari gak kejo bus tuh. tgk bus no. lain. bus nh tak lalu dpn umh lak. hasishh. tp die lalu dpn aptmnt tuh. redah je nek. hehh. tetibe nek, dah separuh jalan (bus tak byk gerak pon, slow je and stuck dlm jem) nmpk Rapid yg selalu lalu msk kat area umh flat. fuhh. dgn selambe nye ckp kat abg bus tuh. bang, saye nak turun bus nh, boleh tak. sebek brader tuh cool stop kat tpi jln. lalu nek lah 2nd bus tuh. hehhe. Alhamdulillah. sebek dpt nek bus tuh. pastu, half way dreba bus tu ckp die tak msk kat kwsn umh aku lak dah. hukk. dah mgrb nh. dah tuh, tak pnh balik sensorg - and bad ting, jalan kaki lak tuh. takpe lahh. mmg tak larat dah kot jalan. sian kasot ku meredah jln nh. half way pon, half lah. dah smpi ke dpn simpang tuh, aku pon turun lah jln kaki. dah la kwsn msk umh tuh agk sunyi, esply mgrb nh. mmg betol-betol tawakal pdNya je. saket kaki jgn cite lahh. hnye org yg tahu betape jauhnya jarah dr oppis ke umh sewa aku mengerti how super tabah im on that day. pastu nak nages lg sekali. suddenly tym jalan nh selisih dgn sorg laki yg pki t-shrt tertulis "DONT GIVE UP!" i was shocked. seems like Allah sent that message for me not to give up. i smiled. and walked with semangat yg berkobar-kobar utk smpi ke umh dgn cptnye. saket kaki pon tetibe hilang. heh.
dah smpi umh, agak pnt - solat and mandi. masak and makan. then rest.

honestly tatau pun musim bola that wik akibat tak minat pd bola tatau bhwa the whole and nxt wik adalah training bola for Arsenal, Chelse, Liverpool and Singapore. huarghhh. mmg merana lah for the whole wik. and mmg betol jadi kenyataan. hahhaa. so, for nxt tym jalan kaki, dah rase kebal gua ckp. hehh. how tabah im. with Allah help. ada one day on Thursday last 2wik lak pose, nak tak nak mmg la kne jln kaki. ive no choice - no buses at all. and texi pon taknak amk org. if amk mmg wasted lah money kat situ stuck dlm jem. aku pon cool and relex ahh jalan kaki. ingt smpt bukak kat umh. mmg tak dapek den nak nolong. tak sempat derr. so bile tym azan je, tbe-tbe lalu dpn kdi. syukran! so, msk kdi beli askem for breaking fasting :) (motifnye - Allah akan permudahkan urusan kita dgn cara yg kita tak sangke-sangke).

khamis lalu, lega sgt-sgt bola dah habeh. and last day aku kne jalan kaki dr opis ke umh sewa. Jumaat last day aku kat opis lame. yeyyy! aku tatau perasaan apekah itu. sedih cz nak tinggalkan bebudak. tinggalkan kije rase lega sgt. Aku yakin sgt-sgt yg ALLAH Maha Mengetahui dan Maha Mendengar. Alhamdulillah. I got new job at Bank Negara Malaysia. last day quite kelangkabot. bagai menyertai treasur hut lak kan last day tuh. lari sane-sini settlekan kije for last day. kene marah lagi :C tapi takpe. last day! and thanks a lot for the gifts that i received from students. and quite a lot responded on my mail that ive sent informing that im leaving from lecturers. See, tak salah pun buat baik kan pd sesiapa pun. Even cleaner kat oppis lame pun aku baik gak dgn diorg. nape? tak salah pun kan. they are all human being. hamba Allah. sama mcm aku. lega tau dakkk :)))
Sesungguhnya Allah mengetahui yg terbaik buat kamu. Jgnlah bersangka buruk padaNya. biarlah org buat jahat pd kita. jgn balas. jgn bersedih sayang. Allah ada. now, rasa lega sgtsgt.

Alhamdulillah, dah genap sebulan hijrah ku. Alhamdulillah juga dpt Istiqamah. tonite stat tarawih. Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan dariNye melabur utk saham akhirat. for all Muslim, I wish you Salam Ramadhan Al-Mubrak. Sorry for everyting that i did wrong, for promises that i coulnt make. Esok stat new work at new place. Alhamdulillah. Puase thn nh wif Family at new workplace. Fightingggg my dear Nabilah oklahh, mahu siap-siapkan diri p tarawih.


Rupe-rupenye last-last wik kne jln kaki supaya dpt training trawikh :") syukran!
salam ramadhan,
nabilahabd.rahman
31/7/2011
6.23 p.m.

Saturday 30 July 2011

Dear Zauj, with love.

Dear Zauj,

Be my imam for my prayers,
Be my qari and read the quran for me.
Be the one who leads me to ALLAH.

That's all I'm asking for.

p/s: Ya Allah, bilakah saatnya aku dipertemukan dgn pemilik tulang rusuk ku ini :")

zauj- I'm going to mary you one day,
nabilahabd.rahman

Sunday 24 July 2011

Adab membaca Al-Quran

Ketika membaca al-Quran, seorang Muslim perlu memperhatikan adab berikut untuk mendapatkan kesempurnaan pahala dalam membacanya. Membaca Qur’an seharusnya sudah menjadi agenda harian kita. Dengan rutin membaca , maka kita akan dimudahkan melangkah ke tahap selanjutnya yaitu , berusaha mengerti dan memahami makna dari yang rutin kita baca tersebut.

Kita usahakan program rutin membaca Alquran menjadi bagian dari kebutuhan hidup kita, sebagaimana makan dan minum. Agar Al-Qur’an memberi bekas ke dalam hati, ada adab-adab yang perlu Anda perhatikan saat membacanya.

Berikut adalah adab membaca al-Quran dari kitab At-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran oleh al-Imam an-Nawawi yang saya dapat senaraikan kepada 22 perkara, iaitu:

1. Berniat ikhlas kerana Allah SWT.
2. Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al-Quran.
3. Membaca dalam keadaan berwuduk.
4. Mengadap ke arah kiblat.
5. Memulakan dengan at-Ta’awwuz.
6. Membaca al-Quran dari Mushaf lebih utama dari membaca tanpa melihat. Walaupun begitu bagi yang ingin menghafaznya, diharuskan membaca dari hafazan tanpa melihat.
7. Membaca dengan suara yang merdu dan kuat agar dapat dihayati oleh diri sendiri dan orang lain. Al-Imam al-Ghazali ada menyatakan, jika kita bimbang akan timbul riak iaitu ingin menunjuk-nunjuk, maka membaca secara perlahan itu lebih utama. Sebaliknya jika dapat menjaga daripada timbulnya penyakit berkenaan, maka digalakkan membaca dengan suara yang nyaring – Ihya’ Ulumiddin.
8. Membaca dengan perhatian dan memahami ayat-ayat yang dibacakan.
9. Membaca dengan tadabbur dan menangis. Antara adab-adab tadabbur itu ialah memperlahankan suara apabila sampai pada ayat yang menyentuh mengenai sifat Allah SWT menurut tafsiran orang kafir. Sebagai contoh orang Yahudi mengatakan Nabi Uzair anak Allah SWT seperti yang disebutkan Allah dalam surah at-Taubah ayat 30. Contoh yang lain ialah persepsi mereka bahawa Allah SWT tidak berkuasa mengurniakan rezeki kepada hamba-Nya seperti yang difirmankan dalam ayat 64 surah al-Maidah.
10. Memuliakan al-Quran. Kita dilarang membaca al-Quran sambil ketawa ataupun sambil berbual melainkan mengenai sesuatu yang amat penting.
11. Membaca ayat dan surah mengikut susunannya dalam tertib al-Quran, yang dulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan.
12. Beramal dengan ajaran al-Quran itu.
13. Sentiasa membaca al-Quran terutama pada waktu pagi kerana Nabi SAW mendoakan keberkatan waktu itu. Diriwayatkan dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca 10 ayat, maka dia tidak akan tergolong dari kalangan orang yang lalai.” – (2085, hadis sahih mengikut syarat Muslim)
14. Berusaha menghafaz ayat al-Quran dan mengulang-ulang ayat itu supaya sentiasa mengingatinya.
15. Meletakkan sasaran untuk mengkhatamkan al-Quran itu.
16. Memanjatkan doa sebaik tamat membaca al-Quran kerana waktu itu adalah antara waktu mustajab doa.
17. Dilarang membaca al-Quran di tempat yang tidak sewajarnya seperti di dalam tandas.
18. Mengucup al-Quran kerana dikiaskan dengan mengucup Hajar al-Aswad kerana ia juga hadiah kepada Allah SWT.
19. Mewangikan al-Quran sebagaimana meletakkan wangian pada Hajar al-Aswad.
20. Meletakkan al-Quran di tempat yang tinggi.
21. Berusaha untuk menghayati isi kandungan al-Quran hingga membawa ke peringkat menangis atau menitiskan air mata.
22. Tidak memberi salam kepada seseorang yang sedang membaca al-Quran.


Sumber dari: http://www.harian-metro-online.com/22-adab-dan-petua-membaca-al-quran

Bertuahnya wanita :))))

siapa kata jadi perempuan tu senang?
nak kena tutup sana, tutup sini
tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising
perempuan, stoking pon kena pakai
cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
komfem x tahan bertutup semua
tapi, perempuan cool jek
tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?
siapa kata jadi perempuan tu senang?
tiap2 bulan, mesti ada penyakit
nak pergi kelas pon susah
kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit
cuba tengok budak lelaki , selamber jek
kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit
tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek
tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit
hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?
hati ni Allah jadikan lembut betul
cepat jek sensitif
cuba tengok orang putus cinta
selalu perempuan yg paling susah nak lupa
lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru
cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
siapa yg paling teruk menangis?
perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi
lembut tak lembut hati perempuan
tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki
hebat tak perempuan?

disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah
diorang cakap, Allah x adil
kenapa Allah lebihkan lelaki?
kenapa perempuan kena dengar cakap suami?
kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan
dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel
diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'
diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki
diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati
kesian kan kat diorang?
disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang
diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil
persoalannya sekarang
betul ke Allah x adil dengan perempuan?

betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?
betul, isteri kena ikut cakap suami
tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
x adil lagikah Allah pada perempuan?
Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan
untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu
mashaAllah, hebatnya perempuan kan?

kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat
cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio
banyak lagu pasal perempuan kan?
contohnya macam lagu SUMAIYYAH,
jarang kita dengar lagu pasal lelaki
sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia
tengok pula, bila seorang lelaki berjaya
orang akan cakap
'disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'
kita x pernah dengar orang cakap
'disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'
kan?hebat x Allah jadikan perempuan tu?
masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
perempuan senang nak masuk syurga
tengok hadis ni

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

x adil lagikah Allah dekat perempuan?
oh perempuan, sedarlah
betapa sayangnya Allah dekat kita
betapa cintanya Allah dekat kita
tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?
Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan
dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?

#copy paste ;)
#sekadar perkongsian bersama ;)

Wednesday 13 July 2011

this song stuck in my mind since yesterday. Practise make perfect =)

Ku, tujukan lagu ini
Buat penghibur hati sanubari
Moga, mendapat keredhaanNya
Moga teguh iman yang bertaktah dihati ini
Bila masa, Meragut usia
Bila waktu, Tak kenal siapa
Setiap saat itu,
Pastikan berharga nilainya
Bila disapa oleh wajah dunia
Menagih kasih, belaian manja
Usahlah terperdaya,
Kau masih berupaya
Mengharap iman dipelihara

Selamat hari lahir
Semoga berbahagia selalu,
Ku doa sejahtera
kan selamat di dunia,
dan jua di akhirat damai
..selamanyaaaa.

Teman, ku doakan kau sejahtera
di dunia dan di akhirat,
selamanya

Insyaallah. Ameen


kadangkadang rindu itu datang.hehh

Ya Allah, berilah kekuatan kpd hamba Mu ini,
nabilahabd.rahman.

Sunday 10 July 2011

kanak-kanak rebina

Pagi tadi bagun pukul 4 lebih. sakit terasa lagi :/ tatau kenape. dan mengape kerap berlaku..
Then takdapat tdo teros. Bangun wat tahajud, witir, solat sunat yang lain. Then tros tgu subuh.
Lepas subuh, cam bese mathurat, tgk tanyalah ustaz. Then tlg ma sidai ken, iron bj, etc.
sakitnya terasa lagi. tetapi masih mampu tersenyum. tak mahu makan ubat. mmg degil. sebenarnye ubat dah tak lut kot dengan sistem imun badan. so, tahan je lahh.

Hari ini kenduri kazen, kak syikin =) tahniahhhhhh.

then family dari peneng datang rumah (rawang). esok ad majlis sanding lak kat Dewan Perdana Felda.
Penat memang penat. tapi terhibur dengan telatah budak-budak yang riuh semacam. comeiii  ♥ and gewamm
wish i've mine also. but belem sampai serunya lagi. Here's some photos that ive capture during wedd time wif the kiddo yg cute miut.










cute kan macam aunty die. hahhaa. pasan. nanti kite sambung yeee.

wif ♥ bdk kecik,
Nabilah Abd. Rahman

Friday 8 July 2011

Allah. Allah. Allah

Hari ini rase tak sihat. tak larat :")
Dari pagi tadi dah rase macam nh. tapi gagahkan diri utk terus tersenyum, utk berjalan ke depan.
lately nh penat sangat badan, tak larat. tapi tahan je. taknak makan ubat. taknak sakit :c
amal masih kurang untuk berjumpa dengan Nya. Bekalan apakah yang akan ku bawa bersama Ya ALLAH.
Malunya aku bila memikirkannya. Ya Allah, berilah kekuatan utk aku Ya Allah.
Dunia ini, aku terlalu kerdil. Di mata Mu, aku terlalu hina dan lemah.
Bantulah aku Ya Allah dalam menjalani kehidupan yang penuh duri ini.

Sakit itu penghapus dosa, maka bersyukurlah :")

Kalau dosa itu berbau, sudah tentu tiada siapa yang sudi mendekati.
Nabilah Abd. Rahman
8.58 p.m.
8/7/2011
Bedroom

Monday 4 July 2011

Janji ALLAH untuk mereka yang ingin berkahwin :) a.k.a kpd sahabat saya juga!

Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.

Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…


1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai  gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?


3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah  dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.


4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)


5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.

Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan  guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).



6. Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)

Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.



7.  Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)

Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.



8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)

Agar Allah  menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.



9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)



10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?

Dipetik dari blog AkuIslam.com


p/s: Semoga kita semua mendapat pasangan yang baik, soleh/solehah. Usahlah meminta pasangan yang sempurna bilamana diri kita juga tidak sesempurna mana. Pesanan utk diri sendiri ^^
"Jadilah solehah..bukan carilah soleh. Jadilah soleh..Insyaallah akan datang solehah untuk kita."

Conclusion nye, jika mahu pasangan yang soleh/solehah, kita dahulu yang perlu mencorak diri kita ke arah itu. Insyaallah. JanjiNya pasti buat orang-orang yang bersabar. So, sabar juga lah Nabilah sayangggg ^^


11 Jenis manusia yang didoa Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.
Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.” 


Tidur Bareng Cat 300x225 11 Jenis Manusia Didoa Malaikat

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”


aprisonyang tidur dan yang khusuk saat ceramah ramadhan 475 l 300x225 11 Jenis Manusia Didoa Malaikat

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.” 

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.” 

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.” 

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.“

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”


45aMosqueInxo 300x176 11 Jenis Manusia Didoa Malaikat
9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’” 

10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.” 

11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

dipetik dari blog akuIslam.
 
ILMU untuk di kongsi bersama :)))))




Allah sentiasa sayangkan hambaNya-

Assalamualaikum. Selamat pagiiii Malaysia!

Pagi nh mission utama utk pergi ke bank Islam. sbb nak keluarkan duit, tapi lupe pin code. adusss :/
salah satu sifat yang kena di buang jauh-jauh adalah - CARELESSSSSS.
saya mempunyai penyakit ini, sejak dulu lagi. sobsobb. sedih. I've try so many way to avoid it. but sometime its still happend cause of my carelessness manner.
I cant carry wallet along cause i might forget and put somewhere. but Alhamdulillah. It never happend cause everyone around me keep reminding me :)
just sometime, I do forgot what i did or what i've talked. especially when it comes to handling stuff.
after searching for longlongggg time, kdg-kdg baru jmpe benda tuh.

but, how to avoid this thing form happend??? Guys, do you have any suggestion?

sometime i need to write down in my note book that i carry everyday in my handbag to avoid my carelessness. poor me :c tsktskkk.
Hand beg nh kdg-kdg dah jadi cam beg doremon tau dakkk.
Ada apa dengan handbeg? hahhaha. Berikut adalah list brg-brg yang perlu ada dlm handbeg saye:

1. Al-Mathurat (breakfast)
2. Panadol/myk kapal - disaat kesulitan
3. Note book - will write down everyting that can be consider as IMPORTANT
4. Payung - saya adalah seorang pejalan kaki tegar. so sediakan lah payung sebelum hujan
5. Buku - besenye buku doa yg kecik msti ada. and lite plus portable book - buku hadith ke, tafsir, novel ke.
6. Gula-gula - ohhh, sbbnye saye selalu hypo :c takot pengsan tgh jln sape nak angkat bdk demok ini
7. Makanan - besenye biskot yg pek kecik sbb selalu tak sempat breakfest time kua umh

segala mak nenek ada, tapi ini lah paling penting.hehhehee.

cerita nya berkisarkan saya ini yang mahu bershopping kerana saya rasakan nak upgrade kan skt penampilan diri yang kurang macho ini. kihkihhh.
ok. full stop. men-men byk nh bile cuti. tskkk :/ back to main point......

....saye nak ubah penampilan diri. so I need to go to shopping something which can suit me the best :))))

lately nh rase pki tshirt cam janggal. sume serba tak kena. so during my hol's lastwiken, ive done some shopping. sempatlah rembat baju ladies 4 pasang. tapi sanggat puas hati cause ssh nak cari bj muslimah yg casual - utk keje and jalan at the same time. so skg mission utama adalah mencari kasut tutup yg ala-ala kulit tapi leh bwk keje and jenjalan. so takde lah bazir sgt kan.

sejak dah ubah sedikit penampilan nh, rase sume nak kaver. Alhamdullilah. Doakan perubahan ini istiqamah dan berkekalan ke arah kebaikan ye :))))

and paling utama kena jaga byk aspek - hati dan hawa nafsu. godaan syaitan pon same.
kdg-kdg rase macam "awkward" janggal sekali dengan perubahan ini.
kdg-kdg rase cam tak selesa bila org pandang semacam.
tapi, Alhamdulillah. setakat ni bde-bde kecik tuh takpat lg meruntuhkan semua hasrat diri ini.  
Syukur ya Allah kerana engkau masih sayangkan aku, masih beri aku peluang utk berubah.
Masih lagi berada di sisi hambaMu ini ketika tangan ku tergapai-gapai merindukan kasih sayang Mu.
Rindu…rindu…rindu kalbu
Memanggil-manggil namaMu :")
 (OPIK - Ketika Cinta)
Semoga Allah bagi kekuatan utk ber"mujahadah" (berjihad) dalam melakukan transformasi yang tak seberapa ini. and saya dah tetapkan hati dgn apa-apa penerimaan org sekeliling terhadap saya :) biarlah mereka berkata-kata. Yang penting nawaitu kita, kerana Allah. Hanya Allah  dan diri kita sahaja yang tahu. Selagi ALLAH masih sayangkan kita, kita harus bersyukur, kerana Allah tak pernah menutup mana-mana pintu taubat utk hambanya.

Berubah lah, walau sedikit pun. Berubahlah selagi ALLAH berikan kita peluang untuk hidup. untuk menikmati anugerah dan nikmat Allah. Jangan sampai kita alpa dan leka dengan kehidupan duniawi yang tidak menjanjikan apa-apa. Melabur lah saham di dunia dengan melakukan amal kebaikan, agar kita dapat menuai hasilnya di akhirat kelak.

Sedih melihat situasi di sekeliling kita hari ini, kerana saya juga pernah berada di tempat mereka suatu ketika dahulu. mencari arah kehidupan akhirnya tersungkur lemah dan di pandang hina, sepi.
Umumnya masyarakat kini dipenuhi dengan tanda-tanda akhir zaman.

Ketika berhenti di R&R ptg tadi, saya melihat seorang makcik, berjubah, bertudung lengkap. tetapi sayunya apabila saya melihat dia merokok di depan mata saya sendiri. Ya ALLAH, memgucap panjang saya. berkali-kali saya melihat agar tidak tersalah pandang. sayunya. Merokok di hadapan public bagi wanita kini tidak asing lagi tambahan pula bagi seorang wanita yang selayaknya di panggil ibu berpakaian full dress menutup aurat. Astarfirullahhalazim. Semoga dia diberi hidayah untuk kembali. Insyaallah.




Biar di pandang sepi dan hina oleh manusia, asal tak jauh dari kasi sayang Allah.
Salam sayang, salam ukwah fi sabilillah,
Nabilah Abd. Rahman.
4th July 2011
1.21 a.m.

Sunday 3 July 2011

Jum'ah Mubarakah everyone!

Assalamualaikum :))))

First of all, congratulation to Imam Muda Hassan kerana menjadi juara IM Musim ke 2.
rezeki itu di tangan Allah kan :) Alhamdulillah.
After the progam end, mum text me:
"Angah, menantu ma menang"
*hehh.ma nh kelakar lahh.but i didnt reply her msg.
mestilah semua emak mengharapkan yang terbaik untuk anak mereka.
maaa, doakan anak ma nh dpt org yang dapat membimbingnya dunia akhirat ye :"))) Insyaallah.

hari nh, dah msk days two. or can be consider as 3 days - total.
Alhamdulillah. harap dapat istiqamah dalam melakukan hijrah ini.
tolong doakan saya ye :")))
and harap Allah bagi ketetapan hati, hidayah dan rahmat Nya kepada kita semua. Ameen
saya takut, saya tak kuat untuk menghadapinya. tapi saya akan berusaha untuk memperbaikinya.
Ya Allah, bagi lah kekuatan untuk hamba mu yang lemah dan hina ini dalam mencari keredhaan Mu.
aku tak kuat Ya Allah, aku memerlukan bimbingan daripadaMu :")))

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda:
"Islam bermula dalam keadaan terasing. Ia akan kembali asing seperti permulaannya. 
Maka, berbahagialah untuk orang yang terasing"
(Riwayat Muslim)

Bila kita gembira, kongsilah dengan Allah. Bila kita sedih kongsilah dengan Allah. Sesungguhnya DIA Maha Mendengar, lagi Maha Pengasih dan Penyayang
Allah is the best listener. You don't need to shout nor cry out loud because He hears even the very silent prayer of a sincere heart.
so, dont cry mydear Nabilah. Sesungguhnya, Allah bersama dengan orang yang sabar.
biarlah dipandang sepi dan hina oleh mata dunia. Manusia bolah berkata-kata, tapi Allah juga lah yang tahu apa yang tersembunyi di dalam hati kita.
so Nabilah, mesti kuatkan! fightinggggggggggggggggggg!

1st July 2011
off to somewhere-
^^ ke arah mencari keredhaan Allah.

Buat diri ini yang kerdil,
Biar sendiri hingga hujung nyawa, asal tak sepi dari kasihNya..
kerna sesungguhnya hakikat cinta, hanya Dia yang Esa..~
Nabilahhhhh :")