Friday 30 March 2012

Nikmat bersyukur :')

Marilah kita berfikir dan bersyukur di atas segala pemberian Allah SWT ke atas kita.

Bismillahirrahmanirrahim

Sekali lagi marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana dengan izin kurniaNya jua dapat kita bertemu lagi di alam siber ini. Mudah-mudahan dari masa kesemasa dapat kita tingkatkan hubungan kita dengan pencipta kita. Allah SWT yang Maha mengetahui tentang kejadian kita, jasmani kita, ruh kita dan juga fikiran kita. Kita tidak akan lemah sekiranya kita mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah yang Maha Kuasa Berusaha dan berdoalah.

Pada kali ini marilah kita sama-sama memikirkan tentang nikmat yang terlalu banyak yang Allah telah berikan kepada kita. Dengan hanya memerhatikan tubuh badan kita dari hujung kaki ke hujung rambut sudah cukup untuk kita bersyukur tentang nikmat yang kurniakan ini. Memang tepatlah sapertimana :

Firman Allah SWT yang bermaksud
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya”
[Ibrahim: 34]

Kesihatan badan kita, keamanan, suasana kehidupan sekeliling, suasana aman di tempat kerja kita, makanan, pakaian, udara, kawan yang baik, keluarga dan sebagainya, semuanya itu adalah nikmat Allah SWT kepada kita.

Allah SWT berfirman yang bermaksud
“Dan menyempurnakan untukmu nikmatNya lahir dan batin” [ Lukman:20]

Kita memiliki dua mata , satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki, serta banyak lagi nikmat Allah SWT yang kita perolehi. Itu antara nikmat pancaindera yang Allah SWT kurniakan untuk memudahkan kita menjalani kehidupan ini. Semua pemberiaan ini adalah nikmat yang kita tak dapat nafikan.

Firman Allah SWT yang bermaksud
“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” [Ar Rahman:13]

Fikirkan juga bahawa Allah mudahkan kita berjalan dengan kemudahan kaki yang Allah berikan kepada kita. Bayangkan sekiranya lutut kita sakit atau lumpuh, barulah kita dapat rasai nikmat kaki yang sempurna tetapi apa yang berlaku kita tidak gunakan untuk menambah kebaikan kita saperti berjalan menolong orang, berjalan pergi ke mesjid, berjalan ke majlis ilmu, jalan pergi menziarahi sahabat dan taulan, sama-sama lah kita fikirkan.

Fikirkan juga nikmat tidur dan makan yang Allah SWT berikan kepada kita…lihatlah disekeliling kita terdapat ramai manusia tidak dapat makan kerana sakit terpaksa menggunakan tiub dan sebagainya ramai yang tak dapat tidur kerana kesakitan. Syukurlah dan hargailah nikmat Allah dengan kita tambahkan amal ibadah kita.

Renungilah pula nikmat pendengaran yang sihat, penglihatan yang normal dan terhindar dari kecacatan. Juga nikmat kulit dan juga akal yang waras yang dikurniakan Allah kepada kita. Ramai manusia di luar sana yang ditempatkan di hospital pesakit mental dan sebagainya. Maka gunakan akal yang waras ini untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Sungguh bernilai nikmat yang telah Allah berikan kepada kita.

Sekarang kita persoalkan diri kita adakah kita mahu sebelah mata kita diganti dengan emas sebesar gunung? Adakah kita sanggup mengantikan telinga yang sempurna ini dengan gunung perak? Apakah kita juga sanggup untuk lidah kita diganti dengan istana megah dan kemudian dapat kita tinggal di dalam nya tanpa boleh bercakap! Banyak lagi yang kita boleh kita catitkan tetapi kita sengaja tidak memikirkan apa yang kita miliki yang mempunyai nikmat dan nilai yang cukup tinggi dan besar yang telah Allah SWT kurniakan kepada kita. Biasanya, kita selalu memikirkan apa yang kita tidak miliki.

Oleh kerana nikmat Allah SWT yang tidak ternilai yang Allah berikan kepada kita, maka marilah kita menjadi manusia yang selalu bersyukur di dalam kehidupan ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan”
[Az-Dzariyat:21]

Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Siapa yang bangun dari tempat tidurnya dalam keadaan tenang, tubuhnya sihat dan kuat serta memiliki kekuatan untuk melakukan aktiviti kehidupan dalam hari itu, maka ia telah menggengam kehidupan dunia”
[HR Tarmizi]

Rasulullah SAW juga ada bersabda yang bermaksud:
“Redalah dengan keputusan Allah maka anda akan menjadi orang yang paling kaya”
[HR Tarmizi]

Sebagai tanda kesyukuran, marilah kita berusaha untuk mengerahkan segala pemberian Allah kepada kita kepada jalan yang di redhai dan di cintaiNya, sesuai dengan apa yang disyariatkan bukan dengan cara mengabaikan perintahNya. Tinggalkan laranganNya dan jalankan kewajiban dan yang disunahkan Nya dengan penuh syukur kepadaNya. Inilah puncak perjalanan dalam agama Allah SWT.

Sekian, semoga kita sama-sama dapat mengambil peringatan.



Rujukan: Dr Ibrahim Fiqhy dan Sheikh Said Hawa.

Renungan Jumaat @ 27 March 2012

Assalamualaikum ^^

Sedikit perkongsian pada hari ini.

Dari Abdullah bin Mas’ud RA meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda :
Sesungguhnya salah satu daripada tanda kiamat ialah seseorang yang memberi salam hanya kepada orang yang dikenali sahaja.
(Riwayat Ahmad)

HURAIAN HADIS .

1. Hadis ini mengingatkan kita tentang petanda hari kiamat dan hendaklah sentiasa menyebarkan salam sesama saudara islam dan bukan hanya kepada orang yang dikenalinya sahaja. Ini adalah kerana ummat Islam itu merupakan saudara antara satu sama lain.

2. Lafaz salam merupakan doa buat saudaranya yang lain. Kalimah ‘ASSALAM ’ membawa makna sejahtera dan ‘ALAIKUM ’ membawa makna keatas kamu. Ucapan salam yang berbentuk doa ini hendaklah dilafazkan dengan sempurna dan betul, dan tidak boleh dimain-mainkan atau dianggap remeh, kerana lafaz salam yang digunakan terkandung nama ALLAH iaitu ASSALAM ( ALLAH yang MAHA sejahtera ).

3. Sesungguhnya memberi salam itu adalah sunat dan menjawabnya adalah wajib. Namun pahala memberi salam akan diberikan apabila salam yang dihulurkan dengan sempurna dan dijawab dengan sempurna.
Salam bukanlah perkataan sapaan biasa, bahkan ia adalah lambang kepada akhlak Islam ketika bertemu dalam menjalinkan silaturrahim. Akhlak ini merupakan akhlak Rasulullah SAW yang agung. Salam juga merupakan pengenalan indentiti seseorang Islam yang dapat membezakan antara orang Islam atau bukan Islam.

3. Antara kelebihan salam yang paling utama ialah ia menimbulkan kemesraan yang menjadi asas kasih sayang. Sementara kasih sayang menjadi penyebab rahmat dan keimanan dan seterusnya mendapat syurga ALLAH. Semoga ALLAH mengurniakan kesejahteraan yang berpanjangan kepada ummat Islam yang mengamalkan salam.




"..maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat (yang menjelaskan hukum-hukumNya) supaya kamu memahaminya."
(An-Nur: 61)

Jom ringankan lidah untuk memberi salam ^^

Monday 26 March 2012

39 :53, withlove :')

Bismillahirrahmanirrahim
(In The Name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful)

Assalamualaikum.

Mengantukknye Ya Allah. Nak solat Isya, and rest. sebek chow awai siket today. dah tak mampu menghadap lappy. cam nak muntah tengok. hailaahh. nak luahkan kat mereka, mereka pun tak bape mengerti. and banyak lagi masaalah yg mereka hadapi. tapi luckily mereka hanye masih mendengar celoteh kosong ini. Breakfast skip. Lunch burn. Lepas settle kerja, cpt-cpt g turun solat, even on that time kerja baru dah masuk. hehh. rase ape. tahh. down pun ade.

Jangan berputus asa daripada rahmat Allah
(Az Zumar: 53)

so lepas dapat borak denganNya, lepas dah curahkan segala, lega sikit hati nh. hanya Allah yang faham segalanya. Thankyou Allah :')

nak update bebelog, tapi jari cam krem skit. kesiannn. nh lahh one off technology effect. ecehhh, salahkan technology lak. yg kamu tak reti restkan diri tuh bakpeee?

nanti kite conteng kat sini lagi ehhh.

p/s: nak reward kat bawah nh bolehhh? kehendak vs kemahuan. sogo. sogo -.-'


nh pomm ok jugakkk


hailaa~


tataaa. nak rest.

nabilahabd.rahman

Monday 19 March 2012

Qurratu 'ain (Penyejuk mata)

Bismillahirrahmanirrahim
(In The Name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful)

Assalamualaikum.

Dah lunch? hee. ade stgh jam waktu rehat yang berbaki after makan. So i decided nak write down story last Friday.

Last Friday, keluar office 6.35pm.I tot i manage to catch the train at 6.45 pm (time as usual). Lepastuhh. tengok-tengok train delay. oklahh. menanti dengan sabar lagi :)

Dah tuhh while waiting for the train, I do some reading. Dengan kondifen bile train datang, I terus naik. hehh. taksedau tuh train p batu cave. LOL.
so, bile dah masuk tuh, Im asking around where this train heading to. ada yang cakap tatau. By the time I found out train nh ke Batu Cave, pintu tuh pun dah close. osemm benauu!

So ok lahh. I decided turun dekat next station, Putra. rupe nye train delay lagi. haiyooo. apekahhhh T__T haihh. dah lahh lately nh asal balik kene berebut dgn budak sekolah yg sedang berlibur shopping/keluar. Fine lahh. then I wait with patience (dalam hati dah ngamok.hehh). dah masuk magrib tuh ralat pulak. padahal train dah sampai Mid. lagi 3 stations je. and I assume dkt Putra station tuh takdop surau (what LOL lah aku nh pun kann). So when I checked it out, ade surau tercorok kat belakang tuh. I decided to perform Magrib prayer since Im not sure when the train will come. In fact if I can go in punn, still sempat ke tak magrib tuhh. silap haribulan delay lak tengah jalan. haru jaa magrib burn, naaa.

Even dalam hati tuh berkobar-kobar marahnye pada KTM, tapi lepas kne air wuduk tuhh, sejuk je hati. Even I heard the KTM came, tawakaltu je lahh kan. lega rasenye. marah pun hilanggg.winkk* dah settle solat tuh, ada lah beberapa org masuk surau. ada akk nh siap complaint lagi pasal KTM services lah, itu lah, ini lahh. at first aku pun mengiakan. lepastuhh baru teringat baru lepas solat. hehh. terus diam and cepat-cepat keluar. Akk tuh mengamok rupenye cz tak dapat masuk dlm train tuhh. fuhh. lega cz dah solat. If tak, mungkin jugak menjadi salah seorg mangsa yg tak dapat masuk dlm train. tapi ade betolnye akk tu marah with KTM services. delay 1 jam lebih kot. even yg dtg td KTM 6 coach. and lagi most of us kene berdiri sepanjang menunggu train tu since the seat provided is limited. manelah orng tak berasapkann. hehh.

Oklahh. tunggu punye tunggu sampai jugak next train. dapat lak duduk sebelah ibu muda with 2 org anak kecik (4thn and 3 thn lebih kurang). seronok tgk akk tuh layan anak-anak die, with patient lagi. sabau betol layan kerenah anak die si abg yang sulung tanye macam-macam. and terpakse claim down kan bile anak nye nak wat perangai. while si adik perempuan tidur dalam dakapan Ibunya. from there I can see love yang mencurah-curah dari seorang Ibu. so sempat lah borak with akk nh. dwng dari serendah ke Sg. Buluh (2 jam plus perjalanan) cuti sekolah balik kampung. ayah dwng keje. dok dengar anak sulung die ckp rindu ayah. heh.

I was imagine myself at her place one day (if ditakdirkan sempat merasainya lahh. sobbs)Insyaallah. nak jadi Ibu yang baik. yang dapat didik anak-anak dunia akhirat. I wish so. Insyaallah. membina ummah bukan senang. die punye asas binaan rumah tangga harus kukuh dulu, iaitu bermula dari Ibu Bapa.
So, carilah pasangan yang dapat bimbing kita and family dunia akhirat. cause di sana nanti kita akan dipersoalkan tentang tanggungjawap kita sebagai hambaNya, apatah lagi sebagai pembimbing keluarga. Wallahuaklam :')

p/s: Pray for me! Pray for ummah! Insyaallah.


nabilahabd.rahman
@myoffice lahh~

Saturday 17 March 2012

sayonara :')

I said: Kalau tak ready, dont do it.


Mama said: If they don't accept you at your worst, they don't deserve you at your best.


Ukhuwah said: bertemu dan berpisah kerana Allah!




Allah. Allah :")


sayonara!
nabilahabd.rahman

Monday 12 March 2012

How can you know it if you don't even try?

What if there was no lie.
Nothing wrong, nothing right.
What if there was no time?
And no reason or rhyme?
What if you should decide
That you don't want me there by your side.
That you don't want me there in your life.

What if I got it wrong?
And no poem or song.
Could put right what I got wrong,
Or make you feel I belong

What if you should decide
That you don't want me there by your side
That you don't want me there in your life.

Oooooh, that's right
Let's take a breath, jump over the side.
Oooooh, that's right
How can you know it if you don't even try?
Oooooh, that's right

Every step that you take
Could be your biggest mistake
It could bend or it could break
But that's the risk that you take
What if you should decide
That you don't want me there in your life.
That you don't want me there by your side.

----------------------------------------------

memalam nh layan coldplay. ke layan perasaan *sighhh

How can you know it if you don't even try?

kenapeee? hehh.
sedih ke. sabar lahh ye.
nak buat camane. takboleh pakse-pakse pun.


"...sebab hati itu Allah yang pegang."

nabilahabd.rahman

Friday 9 March 2012

Renungan Jumaat @ 9 March 2012

Memiliki Kemampuan Bersyukur

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan”.
(Bukhari)

Huraian:

Firman Allah SWT yang maksudnya:
“Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”
(Ibrahim:7)

Sesungguhnya setiap nikmat itu wajib disyukuri dan antara kunci rahsia dalam bersyukur yang dapat mengundang nikmat Allah yang seterusnya sebagaimana yang disebut dalam firman Allah di atas ialah:

Tidak merasa memiliki kecuali meyakini bahawa segalanya adalah menjadi milik Allah. Hal demikian dapat mengelak seseorang daripada menjadi angkuh dan sombong dengan nikmat yang ada padanya.

Selalu mengucapkan “alhamdulillah”, memuji Allah dalam segala keadaan sama ada ketika susah ataupun senang kerana nikmat yang harus disyukuri itu sebenarnya lebih banyak daripada musibah.

Mempercayai bahawa sebarang nikmat yang dikurniakan adalah jalan menuju Allah atau mendekatkan diri kepada Allah.

Tahu membalas budi dan berterima kasih dengan kebaikan yang telah diberikan oleh seseorang.


ILMU, untuk dikongsi :)

Thursday 8 March 2012

Learning is Ibadah :')

Saidina Muaz bin Jabal
"Pelajarilah ilmu pengetahuan,
sebab mempelajarinya kerana Allah
adalah tanda takut kepada-Nya.

Menuntutnya adalah ibadah,
menelaahnya adalah tasbih,
mencarinya adalah jihad,
mengajarkannya adalah sedekah,
memberi kepada ahlinya adalah pembaktian.

Ilmu adalah kawan semasa kesepian
dan teman semasa kesunyian,
penunjuk jalan kepada agama dan pendorong dalam masa kepayahan dan kesempitan"


"Allah ciptakan makhluk dengan berbagai keistimewaan. Bagi Manusia , kepala merupakan anggota jasad yang paling mulia. Bagi malaikat pula , sayap yang dipunyai merupakan anggota jasad paling mulia bagi makhluk yang dicipta dari nur(cahaya) ini. Maka apabila seorang penuntut ilmu , mahu pergi menuntut ilmu keluar dari rumahnya, malaikat bergegas turun, merendahkan sayapnya untuk dilangkahi si penuntut ilmu tersebut."
A Muslim should strive to attain

1) a strong body
2) good character
3) cultured thought
4) He should be able to earn a living
5) have pure belief
6) correct worship
7) He should be able to control his desires
8) be careful about his time
9) organized in his affairs
10) beneficial to those around him.



These comprise the duties of every Muslim as an individual.
(The Tract of the Teaching of Hasan al-Banna )

Link: http://www.onislam.net/english/shariah/refine-your-heart/advice/455586-ten-strengths-of-the-muslim-personality.html

Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah

8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"

(Hadis riwayat Anas Bin Malik)

Wednesday 7 March 2012

this-is-called-life

They said that I am under stress.

Do I look like that?

Yes. No. or Maybe.

Erkk. Maybe kot. Cz right now, I cant hide my face anymore if Im not enjoy it.
Hewww T____T

They said selalu tengok I hepi-hepi and ceria.
Yes, that’s my character.

But somehow, lately nh muke blur and blank. *Wahhh. Macam fill in the blank je. Ecehhh.


I don’t know what is wrong. I do accept changes. Yes, Alhamdulillah. Dah redha. Dah terima dengan hati yang terbuka :')
Tapi nape erkkk.
Or maybe I can’t hide some pressure that I have received somemore.

Maybe dulu I chew and digest everythingggg. Yes I do. And everything happens, I just kip it to myself.

Sorry, sebab I tatau nak pretend untuk bodek orang ke, to make others hepi while they don’t do they same.

or maybe I need to think and reflect myself back.

Yeahhh. People can say anyting. but they dont seem to understand it.


need-to-be-alone.
nabilahabd.rahman

Tuesday 6 March 2012

feel it yourself. and I promise it's osemmm!

sesungguhnya nikmat bangun di tengah malam itu tak sama dengan yang lain.
sumpah seronok. and satu nikmat yang tak boleh describe dengan terperinci.
sebelum anda sendiri merasainya :)

saat dimana bertemu dengan DIA.
saat dimana hati berbicara.
saat diantara hati dan jiwa merasakan segalanya.
saat yang paling manis.

YaAllah.
Aku seringkali terlupa. aku terleka dengan duniawi.
bantulah aku Ya Allah.
agar hati ini selalu mengingatiMu.

tiada kasih abadi yang ku dambakan selain daripada kasih sayangMu.
oleh itu Ya Allah..
ampunkanlah hambaMu ini.
jangan biarkan hati ini lalai dengan urusan duniawi. dan manusia.
jangan biarkan hati ini terleka dengan segala yang bukan menjurus kepada mengingatiMu.


Ya Rabb.
bantulah aku mencintaiMu lebih dari segalanya.
jangan biarkan hati ini kosong tampa mengingati Mu
sesungguhnya dunia adalah sementara..
dan kepadaMu lah nanti tempat aku kembali :')

yang mengharap ikhsanMu,
nabilahabd.rahman

Sunday 4 March 2012

Hikmah yang tersembunyi. Insyaallah.

Bismillahirrahmanirrahim
(In The Name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful)

Assalamualaikum.

Dear diary. Hey, lame dah tak touch down merapu here and there. Rinduuu :')

Lately nh, ujian datang tetiba. menguji kesabaran. Alhamdulillah. Aku redha dengan segalanNya. Puas dipujuk hati ini, Alhamdulillah. Akhirnya akur dengan segalanya.

Thankyouu Allah. Pasti ada hikmah yang tersembunyi.
Semoga segalanya dipermudahkan. and semoga inilah yang terbaik untuk semua. Insyaallah.

Yesterday siapkan kerja-kerja yang pending. So today keluar wif my friend. Jalan, shopping sikit kat Jalan Tar. sebek kat Sogo tak beli ape-ape. hee. Last wiken nak dijadikan cerita, pergi cari hadiah utk annversary my parent this Thursday, tapi terbeli untuk diri sendiri. hihii. Rambang mate tengok barang Sembonia nh. But then manage to get Handbag and purse for my mummy. And dad plan to buy him jam jer. tapi tetibe ma pun nak jam jugak. alahaiii ma nh. comel je~

Quite ok siket dah feeling nh. Alhamdulillah.

When Allah puts you through a trial, be glad and be thankful that he has chosen you to be put through that trial. It is the law of nature, when a person puts gold into fire, it comes out purer than it was before. Likewise, when Allah puts one through bad times, they come out of that trial a better, stronger person. Inshaa Allah.

Alhamdulilah :")

So, tomorrow kne wake up with new feeling. New mind set. and niat kerana Allah. And just realize the power of mind setting. Bila kita buat sesuatu semata-mata kerana Allah, Allah akan permudahkan segalanya. And benda yang kita buat pun akan jadi ikhlas and mudah keranaNya. Even kita tak tahu end resultnya. But still jiwa rase tenang and redha dengan apa jua keputusan. Kerana semuanya telah diniatkan semata-mata kerana Allah. How sweet kannn.

"Allah is the All-Knower of that which is in (the secrets of your) hearts”
(3:154)

Mari kita panjatkan doa yang terbaik untuk diri kita, keluarga, dan ummat Islam. Allahummaamin :)

nabilahabd.rahman.
From Tautan Hati.

Ana sebagai sahabat ingin mengingatkan kepada sahabat sekalian jika ingin mencari calon suami/isteri jangan terlalu di sukarkan. Jangan terlalu ideal dalam kriteria soleh atau solehah. Kerana kriteria dua ni, tiada garisan penamat melainkan mati. Berpadalah dalam setiap piawaian kualiti standart kita. Jangan terlalu ideal, sehingga tidak melakukan praktikal. Cukuplah dengan tahap yang sederhana sahaja....

Pesanan dari ana..
Buat sesuatu biarlah sederha, ibadah biarlah sederhana yang penting istiqamah dalam beribadah,
Allah sukakan kesederhanaan..
Sebarkan cintaNya ke seluruh alam

...............................................
I foundddd tissss. hehh

OK. Check-in done!
Thankyouuu :)

Palestin: Fakta yang Perlu Umat Islam Tahu

Penulis asal adalah Prof. Madya Dr. Mohsen Mohammad Saleh dan telah diterjemahkan oleh Dr. Hanafi Hj Dollah. Satu bahan yang mesti baca.

Di manakah Palestin ?

Palestin merupakan suatu nama yang digunakan untuk wilayah barat-daya negara Syam. Ia bersempadan dengan laut Mediteranian dan terletak di barat benua Asia. Palestin dianggap titik pertemuan Asia dan Afrika dan berdekatan dengan benua Eropah. Bahagian utara Palestin bersempadan dengan Lubnan, manakala Syria di timur laut, Jordan di timur dan Mesir di selatan. Ia berada di kawasan yang beriklim mediteranian dan keluasan Palestin di waktu kini dianggarkan seluas 27,009 km persegi.

Bumi Palestin juga dianggap salah satu penempatan tertua di dunia. Malahan penemuan ahli-ahli arkeologi telah membuktikan bahawa tempat ini merupakan penempatan pertama yang mengalami perubahan daripada kehidupan nomad kepada kehidupan tetap dan bercucuk tanam sejak 9000 tahun sebelum Masihi. Bahkan bandar tertua di dunia, Jericho telah dibina di Palestin sejak 8000 tahun sebelum Masihi dan sehingga kini masih dianggap sebagai bandar yang di datangi dan dipenuhi dengan pelbagai tamadun manusia yang gemilang.

Apakah istimewanya Palestin kepada umat islam ?

Bumi Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam hati setiap orang Islam. Jika dirujuk kepada al-Quran dan sunnah :

a) Bumi ini dianggap suci dan diberkati kerana terdapatnya Masjid al-Aqsa, sebuah masjid yang menjadi qiblat pertama untuk orang Islam dan merupakan masjid yang ke 3 paling suci bagi orang Islam. Barangsiapa yang bersolat di masjid ini akan mendapat 500 kali ganda pahala.

b) Di bumi ini jugalah kejadian Isra’ (Perjalanan Malam) berlaku, di mana Nabi Muhammad melakukan pengembaraan malam yang penuh keajaiban ke langit.

c) Bahkan ramai para anbiya? yang disebut di dalam al-Quran, telah dilahirkan, dibesarkan dan disemadikan di bumi ini (lebih 50 orang kesemuanya). Semoga Allah memberkati mereka semua.

d) Berdasarkan perspektif Islam, tempat ini merupakan padang Mahsyar selepas Kiamat dan merupakan pusat keamanan sejagat.
e) Orang yang tinggal di sana kerana Allah diibaratkan seperti orang yang berjihad di jalan Allah.

f) Bumi Palestin juga dianggap sebagai pusat untuk kumpulan-kumpulan yang sentiasa teguh menegakkan kebenaran dan hak orang Islam sehingga ke hari kiamat.



Sumber: http://www.palestinkini.info/

Kejadian dan hukum Allah berserta hikmah :')

Pernahkah kita mempersoalkan sesuatu kejadian/hukum Allah itu? Jom baca kisah Abu Nawas ini.

Satu hari, Abu Nawas duduk bersandar di bawah pokok mangga yang menghadap sebuah ladang tembikai.

Lalu berkata Abu Nawas seorang diri, "Aku tidak faham kenapa Allah ciptakan pokok yang besar untuk mangga ini sedangkan buahnya kecil sahaja. Sedangkan buah tembikai yang besar, pokoknya hanya menjalar di at...as tanah."

"Bukankah lebih elok pokok yang besar untuk buah yang besar seperti tembikai dan dan pokok yang kecil untuk buah yang kecil seperti mangga?"

Tiba-tiba jatuh sebiji mangga di atasnya lantas dia berkata. "Ya Allah, maafkan aku kerana kebiadabanku mempersoalkan ciptaan-Mu. Aku tidak tahu apa akan jadi sekiranya buah tembikai yang jatuh ke atas kepala aku dan bukan buah mangga. Sesungguhnya hanya Engkau yang mengetahui hikmah untuk setiap apa yang Engkau ciptakan.."

Hudud vs Ta'zir

APA ITU HUDUD DAN TA'ZIR? (secara ringkas)

Hudud: Jenayah-jenayah yang telah disebutkan dalam Al-Quran seperti zina, mencuri, menentang pemerintah yang adil (pemberontak) dan lain-lain lagi (ada 7 semuanya). Hukuman yang diperuntukkan adalah jelas dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran.

Ta'zir: Jenayah-jenayah yang tidak dinyatakan dalam Al-Quran seperti mengedar dadah, merempit, memalsukan wang d...an rogol. Hukuman adalah berdasarkan kebijaksanaan pemerintah seperti penjara, buang daerah, denda dan lain-lain lagi.

Ramai yang keliru tentang hudud, terutamanya yang melibatkan rogol dan zina. Zina dilakukan atas kerelaan antara 2 pihak tanpa sebarang unsur paksaan. Hukuman hudud hanya untuk kes zina yg memerlukan penuduh untuk mengemukakan 4 orang saksi yang adil. Jika gagal untuk membawa 4 orang saksi, hukuman hudud tidak boleh dilaksanakan. Tetapi bukan bermakna si pelaku boleh terus terlepas sewenang-wenangnya. Bukti-bukti lain akan dibawa untuk menyokong pertuduhan. Jika terbukti bersalah, hukuman akan dikenakan seperti penjara, denda dan sebagainya.

Manakala rogol pula tidak termasuk dalam jenayah zina kerana adanya unsur-unsur paksa tanpa kerelaan. Jadi, untuk rogol hukumannya adalah ta'zir dan bukan hudud. Ia tak memerlukan penuduh untuk membawa 4 orang saksi. Mahkamah akan menilai setiap bukti kes yang dikemukakan seperti DNA, CCTV dan sebagainya.

Jadi, jangan keliru dan mengelirukan orang lain sebelum mendapatkan penjelasan daripada yang lebih arif dan alim.

Wallahu'alam...

#Imam Muda Hasan

Friday 2 March 2012

Salam.

Sometime, thing do happens beyond our control.
hehh. sape lah kita untuk melawan takdirNya.

Kita merancang, Allah merancang.
Dan Allah lah sebaik-baik perancang :")

Thing do happen for a reasons rite. sabar. mesti ada hikmah yang tersembunyi.


Allah uji sebab DIA sayang. sebab DIA tahu kita kuat.
nabilah kuat kannn?


Dare you to move (Switchfoot) keep playing. and it's raining.

#feeling like talking to stranger. hehh


nabilahabd.rahman