Saturday 30 April 2011

Hidayah milik Allah, kerana Allah yang memegang hati-hati manusia :D

Alhamdulillah..Alhamdulillahhh Ya Allah-
Hari ini aku dapat khatam Al-Quran.tak sabar lagi menunggu Ramadhan.mesti berlumba-lumba dgn ma nak behkan dulu.hehee
dan today gak khatam salah satu buku yg bli kat PWTC hari tu.bertambah dan menguatkan semangat lah lagi nak dekatkan diri pdNya :)
dan juga harinh rambut telah dikhatamkan riwayat. hahha. tamat lah riwayat kesan degil.
settle byk gak today.sambil tgk imam muda semalam and preview today, sebak rase hati tgk isu kelahiran episod nh.
pasal kes pembuangan bayi. Ya Allah, bayi yang tak berdosa itu Ya Allah. sebaknya sgtsgt. mutiara jgn ckp lahhh. dah berjurai-jurai.
Alhamdullilah, masih dalam lindungan Nya lagi. Syukur Ya Allah kerana memelihara aku.
sesungguhnya hamba mu ini lemah dan jahil. jangan lah engkau pesongkan hati-hati kami Ya Allah setelah engkau berikan pertunjuk dan hidayah kepada kami.
seperti dlm ayatNya:

“..Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engakau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami pikul. Beri maafkan kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami..” (Al-Baqarah: 286) :")

ameen. lepas nh looking foword utk habiskan bacaan lain pula. buku hadis dah memanggil-manggil :)
and really looking foword nak start baca Al-Quran balik serta tafsir nya. hati ini sgt-sgt terpanggil. sebenarnya masa 24 hours tu cukup kalau kita manfaatkan ia dgn lebih baik.dan op cos lak kan benda yg sia-sia haruslah dielakkan (sambil remind diri sendiri). kena lah prepare mane-mane yang patot. ye lah kann everybody knows death is inevitably coming, but it never fails to catch everybody by surprise everytime one is going. tak dinafikan lahh. dulu kehidupan agak kucar-kacir. mencari definasi kehidupan, dan adakalanya tergelincir di satu persinggahan. harap-harap hijrah kita ke arah kebaikan dipermudahkan, ameen.

yessss, Hidayah itu milik Allah, kerana Allah yang memegang hati-hati manusia. tapi kita kena lah berusaha, kearah kebaikan. fake it, till you make it.ikhlas tu bukan kita yang ukur, tu biar Allah yang tentukan. Jangan sampai kita tinggalkan amal ibadat sebab tak nak riak dengan manusia, kerana tu la tanda kita riak dengan Allah sebenarnya.
"Dan bahawasanya kepada Tuhanmulah kesudahan (segala sesuatu)"
(An-Najm: 42)

Berubahlah sedikit demi sedikit :) yeee, amat susah untuk kita mengubah orang lain. kerana Allah lah yang memegang hati manusia itu. Takpee, kita berubah dulu sedikit-demi-sedikit. lebih baik daripada tak berubah langsung dan berada di takungan yang sama. kita hanya mampu berdoa (dan itu lah yang aku buat ke sekian kalinya) Alhamdulillah. walaupun sedikit baru perubahan nya, harap mampu lagi pergi lebih jauh. Living here for the hereafter. bru balance dunia, akhirat, insyaallah

Ini je lah contengan pada hari ini. Jumpe lagi Insyaallah jika dipanjangkan umurnya. Wasalam. NZ~

Guide us to the Straight Way. (Al-Fatihah: 6) 

Friday 29 April 2011

s.t.r.a.n.g.e.r :3

i met stranger on the way back home todayyy. sobsobbb.

and im tired. to be continue later :/ kbyeee


p/s: i love you, Nabilah. Be super strong women!

nikmat Allah

...Apabila salah-satu nikmat yang Allah pinjam kepada kita,
Ditarik kembali sedikit, demi sedikit.. dan sedikit... =(

Makaaaa, jangan lah kita lalai dan haruslah kita bersyukur. Dengan menggunakan nikmat yang ada..

"Sebaik-baik yang mungkin."
NZ~

Thursday 28 April 2011

Ya Allah,, permudahkan lah segala-galanya :")

Hari-hari mesti terjage di pagi nan hening - around pukul 3, 4, and 5 AM.
kenapeeee? :)

..................................
.............................
.......................
................
..........
......
...
..
.


Ya Allah, bantulah aku Ya Allah :")
aku lemah Ya Allah. Bantulah aku. aku mengharapkan belas ikhsan mu Ya Allah.
Permudahkan lah segala-galanya. Dunia Akhirat.

Ya Allah. Engkau lah Maha Mengetahui segala-galanya. Bantulah hamba mu yang lemah, hina dan kerdil ini.
aku merayu Ya Allahhhh. Engkau lah yang Maha Mendengar.



Oh Tuhanku, kau pimpilah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil tanpa pimpinan dari mu
Kau Pengasih Kau penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambamu
Selangkah ku kepadaMu Seribu Langkah kau padaku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurgaMu

Tapi tidak pula aku snaggup kenerakaMu 


Wednesday 27 April 2011

Setiap manusia, adalah bertanggungjawab keatas diri nya, dan tanggungannya =)

Narrated 'Abdullah bin Umar: Allah's Apostle said,

"Surely! Everyone of you is a guardian and is responsible for his charges: The Imam (Ruler) of the people is a guardian and is responsible for his subjects; a man is the guardian of his family (household) and is responsible for his subjects; a woman is the guardian of her husband's home and of his children, and is responsible for them; and the slave of a man is a guardian of his's master's property and is responsible for it.
Surely, everyone of you is a guardian and responsible for his charges."

(From Sahih Bukhari)

Tuesday 26 April 2011

Nikmat bersyukur padaNya :")

Dua hari aku merantau. Hehh. Dah lama tak cuti. Konon-konon nak relex kan mind :D
Perjalanan sana sini menggunakan kudrat yang ada kadang-kadang membuatkan aku bersyukur. Sgt-sgt bersyukur di atas nikmat dan kurniaan nya. Walaupun batas waktu dan ketika tidak melayakan aku untuk memiliki kenderaan sendiri seperti orang lain, tetapi aku tetap bersyukur kerana kudrat kaki ini mampu berjalan. Biarlah mereka berkata, biarlah mereka tertawa dek kerana waktu yang aku luangkan untuk menantikan public transport seakan-akan membuang masa bagi setengah orang. Tetapi aku bersyukur di atas rezeki dan rahmatNya. Biarlah aku susah sendiri, asalkan aku tidak menyusahkan orang lain (kecuali jika perlu/terdesak sahaja). Aku bersyukur Ya ALLAH :)

Ketika mata sedang sebok melihat sekeliling, mata tertancap kepada sekujur tubuh kecil di stesen LRT pagi itu. Betapa gigihnya wanita yang selayak dipanggil kakak. Meraba-raba dalam gelap, mencari jalan. Kakak itu, tidak dapat melihat. Sayu aku lihatnya. Cepat-cepat mengekorinya dari belakang. Mungkin dia memerlukan bantuan untuk berjalan. Ternyata telahan aku silap. Kakak itu cuba sedaya upaya meniti tangga untuk turun dari LRT, meskipun ramai yang seakan-akan ingin membantu. Aku sebak lagiii. Dan lagii. Tidak dapat aku bayangkan bila berada di tempatnya, bila ALLAH mencabut salah-satu nikmat yang diberikan kepada hambanya. Dan yakni, ianya satu pinjaman dari ALLAH. Kun Fa Ya Kun – yaaa, DIA boleh mengambil nikmat yang dipinjamkan sekeli mata sahaja. Malah, jasad dan roh kita adalah pinjaman daripadaNya. Bersyukurkah kita??? Tidak kah kita sedar bahawasanya ramai yang telah di tarik nikmat sedikit demi sedikit??

Terngiang-ngiang butir bicara dalam Program Tanyalah Ustaz minggu lepas:

“Haruslah kita menjauhi daripada tergolong dalam golongan Istdraj, iaitu Allah memberikan sesorang itu kemudahan, kelapangan, kesenangan, kesihatan supaya kita jauh sedikit demi sedikit daripadaNya. Ini adalah salah satu ujian daripadaNya. Iaitu Allah ingin menguji sama ada kita bersyukur tak kepadaNya. Jangan lah kita tergolong dengan orang yang Kufur Nikmat..”

Daripada Abdullah bin Abbas r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Dua nikmat yang ramai manusia terpedaya dengannya; sihat dan kelapangan.”
(Riwayat Al-Bukhari)

Harapan aku Cuma satu, agar menjadi hambaNya yang bersyukur. Insyaallah, Ameen.

"Ya ALLAH! Bantulah aku utk mengingati-Mu, bersyukur kpd-Mu dan beribadat dgn baik kpd-Mu" :")

Daripada Muaz bin Jabal r.a., beliau berkata:

"Rasulullah mengambil (memegang) tanganku pd satu hari lalu berkata: 'Wahai Muaz! Demi ALLAH, sesungguhnya aku mengasihi engkau'
Muaz berkata: 'Aku sanggup menebus diri engkau dgn Ayah & Ibu ku wahai Rasulullah, dan demi ALLAH, aku juga mengasihi engkau.
Maka Rasulullah berkata: 'Aku berwasiat kpd kamu; jgnlah kamu meninggalkan pd setiap kali selesai solat utk mengatakan,

"Ya ALLAH! Bantulah aku utk mengingati-Mu, bersyukur kpd-Mu dan beribadat dgn baik kpd-Mu"

(Riwayat Abu Daud & Al-Nasa'i)