Sunday 16 June 2013

Rezeki ditanganNya. Bersyukur dengan sedikit, maka nikmatnya terasa lebih indah!

Bismillahirrahmanirrahim
(In The Name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful)

Assalamualaikum w.b.t

Barakallah dan Mabrook pada yang menamatkan zaman bujang. May Allah bless yr marriage till Jannah.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Almost very wiken mmg g kenduri je laa keje nye. Seronok tengok kawan-kawan yang dah lepas. Dan tak kurang juga ada yang dah masuk anak dua! Alhamdulillah. Murah rezeki mereka :)

Alhamdulillah. Urusan beli rumah baru masuk first stage. Banyak lagi nak go tru. First experience deal dengan lawyer semua. and quite susah gak laa. S&P and valuation dah settle. tinggal yang len nak kena follow up. InsyaAllah. Harap Allah permudahkan segalanya.

Tis wik balik rumah pas keje memang super duper tired kot. After Isya' dah terbongkang tak sedarkan diri. hehhh. yang best depan tb pun jadi pot tido. tgh sedap-sedap layan cite kat tb, last-last tb yg tgk kite. kelakar. seriesss memang penat. hehh. tp the best thing is dapat bangun malam date dengan si DIA :')
Agaknya lama sgt tak date. ni laa penangan nyaa. waaa. straight the whole wik. hehh.

Tu laaa. nak g vacation. tapi tah bilaaa. ssh jugak nak travel sensorg. YES. susah coz tak pass lagi nak drive sensorg. kete pun takdop lagi -.-' aiseyhh. lagipun ssh laa nak travel sorg. parent mesti bising. kot jadi ppe tgh jalan *nauzubillah* haihh. oleh itu, segera laaa berteman wahai cik adik. Yoshhh!!

List tempat nak ziarah:
1. Mekah
2. Masjidil Aqsa
3. Korea
4. UK
5. Others - mana-mana yang lepas/ada rezeki.

p/s: InsyaAllah. step by step. Allah hum amin.

Ada duit lebih, macam-macam pun boleh buat kan. pegi sane sini, beli macam-macam, pakai mahal-mahal.
Semuanya depend on us nak urus lagu mana. Kalau nak bekira sangat, manusia nh semua serba takcukup! tapi jangan lupa. Rezeki yang Allah bagi ini luas. Luas sangat. Bukan dalam bab duit semata. Tapi nikmat kesihatan, kasih sayang, family, dan lain-lain *nak sebut satu-satu, takdapat dihitung nikmatNya* Dalam rezeki kita pun, ada rezeki org lain juga.

Kan rezeki itu hak Allah. Meskipun depan mata, kalau Allah kata bukan rezeki kita, dalam tangan pun boleh terlepas juga. Allah bagi takat tu, ada hikmahnya. Maybe kalau bagi banyak kita jadi kufur nikmat? Who's know kann. Segala yang terjadi ada sebab musabab. Jadi, belajarlah bersyukur dengan sedikit!

Teringat kata ustaz yang bagi kuliah agama time zohor lepas:
"Bab mengaji agama nh mestilaa terasa. Ibarat kikis karat dengan kertas pasir...kerana kita ini banyak dosa!"

sobbss. memang pun. apalaa sangat nak dinilai dengan amalan kita yg sedikit ini tampa rahmat dan kasih sayang Allah di akhirat nanti. Allahu robbi :'(

Ramadhan is coming. So, lets practise ape yang patut *pesanan buat diri sendiri yang mudah lupa*
Moga Allah sampaikan kita di bulan Ramadhan nanti untuk kita collect mata point berganda-ganda, lillahi ta'ala. Mohon maaf andai kata tersilap kata, perbuatan dan seumpama dengan nya. Juga halalkan yang terlebih dan terkurang. Hutang piutang boleh dituntut *if ada*

Last but not least, moga ramadhan kali ini kita dapat improve dari banyak aspek - bukan ikut budaya Ramadhan yang kita cipta sendiri e.g. Puasa = bulan makan berlebih-lebihan, shopping bagai nak rak untuk raya, pasang pelita tujuh likur yang mengarut, dan sebangainya.

YES. peringatan buat diri yang mudah lupa.

nabilahabd.rahman