Sunday 4 March 2012

Kejadian dan hukum Allah berserta hikmah :')

Pernahkah kita mempersoalkan sesuatu kejadian/hukum Allah itu? Jom baca kisah Abu Nawas ini.

Satu hari, Abu Nawas duduk bersandar di bawah pokok mangga yang menghadap sebuah ladang tembikai.

Lalu berkata Abu Nawas seorang diri, "Aku tidak faham kenapa Allah ciptakan pokok yang besar untuk mangga ini sedangkan buahnya kecil sahaja. Sedangkan buah tembikai yang besar, pokoknya hanya menjalar di at...as tanah."

"Bukankah lebih elok pokok yang besar untuk buah yang besar seperti tembikai dan dan pokok yang kecil untuk buah yang kecil seperti mangga?"

Tiba-tiba jatuh sebiji mangga di atasnya lantas dia berkata. "Ya Allah, maafkan aku kerana kebiadabanku mempersoalkan ciptaan-Mu. Aku tidak tahu apa akan jadi sekiranya buah tembikai yang jatuh ke atas kepala aku dan bukan buah mangga. Sesungguhnya hanya Engkau yang mengetahui hikmah untuk setiap apa yang Engkau ciptakan.."

No comments:

Post a Comment