Wednesday 29 February 2012

On a second thought, it aint easy.
One giga sure it ain't all breeze, it ain't all waltz.

On a second thought, again, everything takes time kann?
(HLV)

#pray for me :')

"And Allah knows what is in your mind, so fear HIM"
(2 : 235)

yes. Allah will not always give you what you want, but Allah give you what you need :)

..and we must also realize that nothing happens without a purpose. nothing. not even pain. not even broken heart, etc.



hambaNya,
nabilahabd.rahman

#p/s: pray the best for me. for ummah. for everyone :")
Insyaallah. Allahhumma amin!

Sunday 19 February 2012

Salam.

Lately nh ramai g umrah. tadi tengok pic orang kat Raudah.
Ya Allah.Rindunya. Membuak-buak perasaan nak g sana.

Ya Allah, sampaikan lah kami ke rumah ibadat Mu.
Rindunya Ya Allah.
Pilihlah kami sebagai tetamu Mu :")

sebakkk lahh pulak memalam gini. wuwuuu.

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dunia akhirat. Allahhumma amin.

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada penduduk Syira. sedih tengok hari-hari mereka dibunuh. malah ada yang dipaksa untuk menyekutukan Allah.
Ya Allah, dasyat ujian kepada mereka. tiada belas kasihan. even kanak-kanak pun dibunuh. Allah. apalah dosa mereka. sobsss :'/

Mari kita sama-sama berdoakan keselamatan dan kesejahteraan umat Islam di dunia ini.

Oh ALLAH! Give health to ill people.
Oh ALLAH! Help every Muslim in troubles.
Oh ALLAH! Give us strength to do good deeds.
Oh ALLAH! Open the doors of Your Mercy for us.
Oh ALLAH! Save us from the shadow of evil/syaitaan.
Oh ALLAH! Give every Muslim a chance to see MAKKAH & MADINAH.

Allahhumma amin :")


Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihimu di akhirat kelak.

nabilahabd.rahman.

Thursday 16 February 2012

Tuesday 14 February 2012

Motivation, where are you hiding? sighhh

feeling up sad or give up?
don't be :)

recharge yourself. You can do it!




fightinggggggggggggggg! ohhhyeaahhh. hehh


nabilahabd.rahman

Monday 13 February 2012

Solat - kunci kejayaan.

Perkongsian oleh Ustaz Wan Ali Akbar.

SOLAT, adalah antara cara manusia mengabdikan diri kepada Allah swt. Ia penting kepada manusia sebagai hamba, kerana ia menghubungkan manusia dengan penciptanya. Ia juga adalah ibadah pertama yang dihisab di hari akhirat.

Melalui solat, manusia boleh berjaya. Melaluinya juga, manusia boleh dicelakakan. Kata kuncinya adalah khusyu'. Jika manusia bersolat dengan khusyu', maka mereka akan berjaya. Sebaliknya, jika mereka bersolat dalam keadaan yang lalai, maka kecelakaan menanti mereka.

Belajar 13 rukun solat (atau sesetengah pendapat mengatakan 17 rukun), boleh dinilai oleh manusia dari segi praktis, bacaan dan hafazan. Ia zahir di mata dan pancaindera manusia. Namun, di sisi Allah, bukan itu yang dinilai. Kerana, solat dilaksanakan dengan kemampuan. Kerana itu, ada rukhsah (kemudahan), sepertimana ajaran Rasulullah saw, mengajarkan Solat Qasar ketika musafir, Solat Jama' ketika masyaqqah (kesusahan) dan kaedah solat ketika sakit bagi orang yang kekurangan keupayaan.

Yang lebih utama bagi Allah, adalah hati. Dengan menjaga hati, manusia boleh solat dengan khusyu'. Sebaliknya, jika hati tidak dijaga, kekhusyukan solat tidak dapat dijaga. Itu yang berlaku kepada kebanyakan kita. Sehingga, solat yang dilaksanakan tidak dapat mencegah yang keji dan mungkar. Walaupun ia dilaksanakan cukup 5 kali sehari semalam.

Khusyu' itu sangat mahal. Ia sangat sukar diperolehi. Oleh itu, ulama' menggariskan beberapa tip untuk mendapatkannya, antaranya; jaga kebersihan tempat solat, berpakaian bersih, serta menumpukan fikiran hanya kepada Allah.

Mari sama-sama kita bermuhasabah wahai sahabat. Berapa jam kita habiskan untuk kehidupan dunia. Berapa banyak pula masa kita habiskan untuk kehidupan akhirat?

Dalam kesibukan kita bekerja, luangkan sedikit masa untuk akhirat. Kurangkan bercakap yang sia-sia sebagai persediaan solat. Banyakkan zikir kepada Allah dan selawat ke atas Nabi saw. Putuskan rantaian hati kita buat seketika dengan kehidupan dunia. Insya'Allah kita akan mendapat khusyu'. Percayalah wahai sahabat, hanya orang yang mendapat khusyu', akan merasai kemanisan iman dan ibadah kepada Allah swt. Moga kita semua dikurniakan Allah nikmat khusyu' dalam solat. Wallahu'alam.

Source: FB Sham Kamikaze.

Thursday 9 February 2012

Contengan buat bakal Zauj' ku

Bismillahirrahmanirrahim
(In The Name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful)

Assalamualaikum wahai Zauj’

Apa kabar iman mu di sana? Mudah-mudahan masih di dalam istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang daei.

Zauj’
Bukan harta yang diminta, bukan rupa yang dicari, bukan pangkat yang dikejar, dan bukan juga kehebatan yang didambakan.

Tetapi seseorang yang dapat membimbingku ketika aku leka, yang cintakan rumahNya, mengimamkan solatku, membetulkan bacaan mengaji, mengejutkanku bersama untuk menemui Yang Esa dimalam hari, mentarbiahkan diri ini ketika alpa, serta yang dapat memimpin rumah tangga dunia akhirat.

Mungkin banyak yang ku pinta darimu zauj'
tapi percayalah aku menitik beratkan perkara-perkara ini kerana aku amat memerlukan bimbingan yang kukuh. mahukan bapa yang dapat membimbing ku dan juga zuriat yang soleh dan solehah kelak. kerana aku memerlukan sesorang yang bakal mengemudikan pelayaran sementara ini menuju ke destinasi akhir kita, yakni kampung akhirat di sana.

Zauj’
Aku tidak seperti gadis lain yang cantik bergaya, yang petah berkata-kata, yang cekap didapur, yang bijaksana menguruskan segala hal dan tidak juga sesempurna yang kau impikan.

Aku tak sehebat mereka. Aku cuma gadis biasa. Dan mungkin terlalu biasa bagi mu wahai Zauj’
Kasih sayang dariNya yang tidak pernah putus buat hambaNya yang lemah dan kerdil ini yang membuatkan aku bangkit hingga hari ini. Serta kenangan lalu yang mematangkan aku untuk lebih berfikir bahawasanya aku terlalu kerdil dibumi Allah ini.

Ketahuilah bahawa Zauj’
Aku hanya insan yang tidak lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Aku terlalu kerdil. Sesungguhnya aku memerlukan sesorang yang dapat membimbingku dunia akhirat.

Zauj’
Mungkin perjalanan kita masih jauh sebelum disatukan kerana mungkin banyak lagi yang kita perlu baiki dan belajar dalam menuju ke alam yang lebih mencabar. Bersabarlah. Bersabarlah. Bersabarlah. Sesunggunhya janji Allah itu benar. DIA yang Maha Mengetahui yang terbaik buat kita. Bila dan kenapa usah kita persoalkan.

Yang dapat ku panjatkan hanyalah doa yang tidak pernah putus dalam misi “mencari seorang yang mencintaiku kerana Allah” yang bakal menyempurnakan separuh daripada imanku.

Aku mungkin tak mampu untuk menyuarakan rasa cintaku kepada mu, wahai Zauj’ ku kerana rasa cintaku padaNya mungkin belum dapat ku berikan sepenuh hati. Andai rasa cintaku padaNya tidak sehebat mana, mana mampu untuk mencintai seseorang melebihi daripada aku mencintaiNya.

Zauj’
Andai engkau ditakdirkan untuk ku, aku redha. Aku redha kerana Allah mengetahui segala yang terbaik untuk kita. Aku hanya mampu berdoa, istiqarah agar mendapat petunjuk daripadaNya. Aku harap engkau pun begitu. Berdoalah dan sentiasa istiqarah agar DIA menunjukkan kita jalan yang terbaik. Semoga engkau dapat istiqamah sebelum tiba masanya nanti.

Andai bukan ditakdirkan untuk kita bersama, percayalah bahawasanya Allah telah menjanjikan sesuatu yang terbaik buat mu, suatu hari nanti.

Cintailah aku keranaNya. Kerana mengharapkan keredhaanNya.

Ya Allah, tetapkan lah iman kami supaya istiqamah. Jagalah hati kami agar tidak lalai dalam melakukan perintahMu. Bersihkanlah niat kami supaya mendapat keredhaanMu. Jauhkanlah kami daripada godaan syaitan, dan perkara-perkara yang boleh menghampirkan kami kepada zina mahupun maksiat. Jagalah hati kami yang lemah dan mudah alpa ini Ya Rabb daripada gangguan syaitan yang menyesatkan.

Ya Allah, berikanlah cintaMu kepada ku. Jadikanlah orang yang mencintaiMu, mencintai aku. Dan jadikanlah aku mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaanMu.

"Ya Tuhan kami, anugerahlah kepada kami, pasangan kami dan zuriat yang menyejukkan mata, dan jadikanlah kami, imam bagi orang yang bertakwa"
(Al-Furqan: 74).

Bimbinglah aku wahai Zauj’
Bimbinglah aku menuju ke Jannah :")

Allahhumma amin.

Ku akan menunggu mu bila tiba waktu itu. Waktu dimana preparation dan readiness untuk kita memikul tanggungjawap itu. Saat itu, datanglah bertemu dengan orang tua ku untuk kita bersama menuju mawaddah wa rahmah.


# terdetik hati untuk meluahkan rasa hati ini dah berkubu lama. focus utama sekarang melengkapkan diri untuk menjadi muslimah yang berkualiti. aku dan kamu harus bersedia. Aku juga ingin menjadi daei yang 'sejati'. Oleh itu aku amat memerlukan benteng yang kukuh untuk aku berpaut, membimbingku dunia akhirat dan bersama susah senang.

Zauj'
Run with me through this journey to Jannnah, will you?


Bakal Zaujah mu,
nabilahabd.rahman

Thursday 2 February 2012

Low Immunity :')

Salam.

Dear contengan bisu.

Hari nh rase upsad sesangant. tatau nape. *ofcos lahh aku je tahu kann. today rase nak nanges tau tak. dalam office pu rase tengah lap airmate dalam hati. mate opcos dah berkace-kace ditahan bagai. otw balik pun lap air mate lagi. sekarang baru berani nak keluar. wuwuuuu. nh sebab dah lame pendam sangat kot. sebab takde sape nak luahkan, so aku kongsi dengan hang je lahh ehh contengan bisu.

huarghhh. lagi satu nak nanges sebab perut pedih. sampai rumah tadi meluru makan nasi. taksempat lunch tadi. dah tuhh makan nasi dengan lauk yang sedap, tapi aku jadi sebak. sebak sebab aku makan pun bertambah-tambah pedih perut. if korang ade peluang, makan lah sedap-sedap ye. ma selalu saund bile terskip meal. "Tak gune duit banyak-banyak bile dah sakit". Yes, you are rite ma. sekarang nh pun sebu lagi perut. depan mate ade brownies, tapi apelah gune makanan yang sedap bagai bile perot dah pedih cangini. hewww T___T Kalau berterusan camgini, confirm gastrik datang balik. sighhh.

Sebak singgah lagi dalam hati. Macam-macam berlegar-lagi dalam fikiran sejak tadi. Lately nh bile jadi camnh, aku rase aku selalu tabah. Aku rase aku cukup kuat nak hadapi semua nh sensorang. tapi aku kadang-kadang alpa Ya Allah. Siapalah aku tampa bantuanMu. Hanya hamba Mu yang kerdil. Yang meminta ikhsan dan belas kasihan Mu. Ya Allah, tiada satu benda pun yang Engkau takdirkan tampa sebarang sebab. Semua terlukis hikmah disebaliknya. Ya Allah, aku lemah tampa Mu. Engkaulah yang Maha Mengetahui segalanya. Andai ini yang Engkau yang terbaik yang takdirkan untuk ku, tabahkan lah hati ku untuk melaluinya. Pimpinlah aku bersama-sama di jalam Mu. Jangan biarkan aku lalai atau bergantung kepada diri ku sendiri walau seketika jua.


"And Allah found you lost, and guided,you."
(Ad Dhuhaa: 7)


We share One soul,
We share One land,
We have One time,
To understand.

nabilahabd.rahman