Thursday 9 February 2012

Contengan buat bakal Zauj' ku

Bismillahirrahmanirrahim
(In The Name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful)

Assalamualaikum wahai Zauj’

Apa kabar iman mu di sana? Mudah-mudahan masih di dalam istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang daei.

Zauj’
Bukan harta yang diminta, bukan rupa yang dicari, bukan pangkat yang dikejar, dan bukan juga kehebatan yang didambakan.

Tetapi seseorang yang dapat membimbingku ketika aku leka, yang cintakan rumahNya, mengimamkan solatku, membetulkan bacaan mengaji, mengejutkanku bersama untuk menemui Yang Esa dimalam hari, mentarbiahkan diri ini ketika alpa, serta yang dapat memimpin rumah tangga dunia akhirat.

Mungkin banyak yang ku pinta darimu zauj'
tapi percayalah aku menitik beratkan perkara-perkara ini kerana aku amat memerlukan bimbingan yang kukuh. mahukan bapa yang dapat membimbing ku dan juga zuriat yang soleh dan solehah kelak. kerana aku memerlukan sesorang yang bakal mengemudikan pelayaran sementara ini menuju ke destinasi akhir kita, yakni kampung akhirat di sana.

Zauj’
Aku tidak seperti gadis lain yang cantik bergaya, yang petah berkata-kata, yang cekap didapur, yang bijaksana menguruskan segala hal dan tidak juga sesempurna yang kau impikan.

Aku tak sehebat mereka. Aku cuma gadis biasa. Dan mungkin terlalu biasa bagi mu wahai Zauj’
Kasih sayang dariNya yang tidak pernah putus buat hambaNya yang lemah dan kerdil ini yang membuatkan aku bangkit hingga hari ini. Serta kenangan lalu yang mematangkan aku untuk lebih berfikir bahawasanya aku terlalu kerdil dibumi Allah ini.

Ketahuilah bahawa Zauj’
Aku hanya insan yang tidak lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Aku terlalu kerdil. Sesungguhnya aku memerlukan sesorang yang dapat membimbingku dunia akhirat.

Zauj’
Mungkin perjalanan kita masih jauh sebelum disatukan kerana mungkin banyak lagi yang kita perlu baiki dan belajar dalam menuju ke alam yang lebih mencabar. Bersabarlah. Bersabarlah. Bersabarlah. Sesunggunhya janji Allah itu benar. DIA yang Maha Mengetahui yang terbaik buat kita. Bila dan kenapa usah kita persoalkan.

Yang dapat ku panjatkan hanyalah doa yang tidak pernah putus dalam misi “mencari seorang yang mencintaiku kerana Allah” yang bakal menyempurnakan separuh daripada imanku.

Aku mungkin tak mampu untuk menyuarakan rasa cintaku kepada mu, wahai Zauj’ ku kerana rasa cintaku padaNya mungkin belum dapat ku berikan sepenuh hati. Andai rasa cintaku padaNya tidak sehebat mana, mana mampu untuk mencintai seseorang melebihi daripada aku mencintaiNya.

Zauj’
Andai engkau ditakdirkan untuk ku, aku redha. Aku redha kerana Allah mengetahui segala yang terbaik untuk kita. Aku hanya mampu berdoa, istiqarah agar mendapat petunjuk daripadaNya. Aku harap engkau pun begitu. Berdoalah dan sentiasa istiqarah agar DIA menunjukkan kita jalan yang terbaik. Semoga engkau dapat istiqamah sebelum tiba masanya nanti.

Andai bukan ditakdirkan untuk kita bersama, percayalah bahawasanya Allah telah menjanjikan sesuatu yang terbaik buat mu, suatu hari nanti.

Cintailah aku keranaNya. Kerana mengharapkan keredhaanNya.

Ya Allah, tetapkan lah iman kami supaya istiqamah. Jagalah hati kami agar tidak lalai dalam melakukan perintahMu. Bersihkanlah niat kami supaya mendapat keredhaanMu. Jauhkanlah kami daripada godaan syaitan, dan perkara-perkara yang boleh menghampirkan kami kepada zina mahupun maksiat. Jagalah hati kami yang lemah dan mudah alpa ini Ya Rabb daripada gangguan syaitan yang menyesatkan.

Ya Allah, berikanlah cintaMu kepada ku. Jadikanlah orang yang mencintaiMu, mencintai aku. Dan jadikanlah aku mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaanMu.

"Ya Tuhan kami, anugerahlah kepada kami, pasangan kami dan zuriat yang menyejukkan mata, dan jadikanlah kami, imam bagi orang yang bertakwa"
(Al-Furqan: 74).

Bimbinglah aku wahai Zauj’
Bimbinglah aku menuju ke Jannah :")

Allahhumma amin.

Ku akan menunggu mu bila tiba waktu itu. Waktu dimana preparation dan readiness untuk kita memikul tanggungjawap itu. Saat itu, datanglah bertemu dengan orang tua ku untuk kita bersama menuju mawaddah wa rahmah.


# terdetik hati untuk meluahkan rasa hati ini dah berkubu lama. focus utama sekarang melengkapkan diri untuk menjadi muslimah yang berkualiti. aku dan kamu harus bersedia. Aku juga ingin menjadi daei yang 'sejati'. Oleh itu aku amat memerlukan benteng yang kukuh untuk aku berpaut, membimbingku dunia akhirat dan bersama susah senang.

Zauj'
Run with me through this journey to Jannnah, will you?


Bakal Zaujah mu,
nabilahabd.rahman

1 comment:

  1. Assalamualaikum
    Masha Allah, izinkan ana share..?

    ReplyDelete