Sunday 26 June 2011

rumah idaman >.< hihiii



I draw this sketch while waiting for the bus after transit from LRT Bukit Jalil.
If ada rezeki, nak rumah camgini. Atleast ada portion utk solat, and of coz Mini Library :D
Ilmu itu sgtsgt lah berguna, dan amalan nh samapi akhirat tau. tau. 

Barangsiapa berjalan untuk menuntut ilmu,
maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. 
                                                                                                       (H.R. Muslim)

and kalau dapat rmh yg dkt surau or masjid o tmpt-tmpt kuliah agama lagi bagussss. 
pastu ope tak nak lah rmh di tgh kota - keadaan sibuk sgt lah. environment kejiranan pun takde :( taksyok langsung and environment membesar pun tak ok sgt (cewahh, dah plan utk anak-anak gitu) ha-ha-ha.

p/s: ok lahh. dah abes verangan. nak start wat kije skt. Lebiuuuuu Nabilah!





i lebiu maaaaa!

Dear maaaa,
Angah tau ma kuatkan.
semoga Allah merahmati ma, dimana jua ma berada.
and im soso thankful to Allah, to have you.
and semoga Allah bagi ketabahan dan kekuatan utk ma dalam melalui ujian hidup ini.
Angah tau, ma sedang di uji. bersabarlah maaa.
Sesungguhnya, Allah ada bersama dengan org yang bersabar ini.

I couldnt imagine my life without you.
everywiken angah balik bukan sebab homesick. bukan sebab apa-apa.
tapi rasa lain kalau xjumpa ma dlm waktu yg lama.
Ma lah penghibur luka lara, teman bicara yg setia menanti, penyejuk hati sanubari.
If i could stay with you, for all the time. dalam perut ma yang sejuk dan damai itu.

Dulu masa angah sakit, ma pujuk dan tak puas-puas ckp if Allah boleh pindahkan sakit angah kat ma, mesti ma dah tanggung semuanya :"(  ma jage angah time angah saket, msk operation theater (OT) and sampai semuanya selamat kan.
Alhamdulillah. tp betapa besarnya pengorbanan ma kat angah, kat kami adik beradik.
maa, even duit berjuta-juta pun tak kan dapat membalas segala pengorbanan ma abah kat dunia nh.
Apa yang ma rasa, apa yang ma tanggung, semuanya tersimpan kemas dlm lubuk hati ma.
Kadang-kadang bila ma nanges, angah jadi sayuuuu :c bersabarlah maaa.
Moga ma ditempatkan di syurga Jannah satu hari nanti, Insyaallah.

Time angah kat asrama dulu, ma la pembakar semangat angah utk berjaya. untuk maju dan tak mudah give-up. Ma byk sabar dgn kerenah kami. Ma la segalanya utk angah.
Mungkin rmi di luar sana yang hidup selesa, mewah dan sentiasa gembira. Tapi bagi angah, ma la harta yang tak ternilai buat angah. You are the GREAT mum ive ever had.
Untuk mu maaa, ku titipkan doa disepanjang perjalanan hidup ku. Insyaallah.
No one will replace you. You are super duper strong women ive ever know.
your patience, your kindness, your everyting, makes you as my role idol.
I would like to be same as you.
Doakan angah berjaya, di dunia, dan di akhirat. Insyaallah.

pesan-berpesanlah kamu :)

Syeikh Abdul kadir Al Jailani berkata:

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku
kufur dan berbuat buruk.

dari seorang sahabat - ukwah fi sabillilah

~peringatan buat diri~

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Melazimi membaca Al-Qur'an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari.

Ketiga:Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh

Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman

Keenam: Jaga wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'.

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.

Kelapan : Perbaharui Azam dan Tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT

Kesembilan : Sentiasa ceria dan berfikiran positif kerana itulah watak seorang mukmin sejati

Kesepuluh : Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT kerana disitulah terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT

untuk adik tersayang :)

Sajak – Aminah Qutbh

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,
tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-MU,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-MU.

Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah,
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.

Warkah Hawa buat Sang Adam,imam pembangkit iman ♥♥♥


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Selawat dan salam buat kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW.

Asslamu'alaikum...

ADAMKU,
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum
Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua
Jika kau benar maka benarlah aku
Jika kau lalai,maka lalailah aku
Wahai Adam,kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu
Akalmu sembilan,nafsumu satu. Akalku satu,nafsuku beribu.
Oleh itu,Adam pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa
Sering tergelincir ditolak nafsu dan konco-konconya.

ADAMKU,
Aku suka kalau kau mengimami solatku pada setiap waktu
Akanku aminkan doamu agar kelak luas syurgaku
Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku bertahajud bersamamu
Agar nanti diberkati Ya Rabbi
Kenalkan aku pada majlis-majlis agama
Ajarilah aku yassin dan memahami al-Quran
Kau ajaklah aku mengalunkan jantung kitabullah di malam jumaat penuh barakah
Khabarkan padaku tentang fardhu-fardhu yang patut aku tahu
Bimbinglah aku dengan amar ma’ruf nahi munkar.

ADAMKU
Ajari aku agar menjadi isterimu yang solehah
Didiklah aku supaya menjadi permata di kaca lembah
Selimutkanlah aku dengan iman dan taqwa ke jalan Allah
Ingatkan aku supaya hormat,tunduk dan patuh padamu setiap waktu
Tolonglah aku Adam agar aku tidak beku
Bantulah aku agar otakku tidak buntu
Selamatkanlah aku daripada seksa api neraka yang tidak tegar aku tanggung
Pimpinlah aku menuju Nur Al-Jannah
Tarbiahlah aku supaya kelak aku calon srikandi solehah
Bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah
Moga aku dapat menjadi secerdik Aisyah Humairah Rasulullah
Setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah
Sezuhud dan sepatuh Rabiatul Adawiyah
Sekuat iman umpama taatnya Sumayyah
Seikhlas dan semurni hati Halimatus Saadiah
Dan segagah dan seteguh Nailah al-Farashiyah yang tegar mesti tangan bermandi darah membela Khalifah Allah


Seindah hiasan adalah wanita solehah
Moga aku hiasan terindah dalam hidupmu Adamku




The world and all things in it are precious, and the most precious thing in the world is a virtuous woman :)
p/s: moga aku menjadi salah seorg daripadanya, Insyaallah. Ameen.

Sunday 19 June 2011

have to improve it -

Bile nak berubah nh Nabilahhhh????

Solat - mmg lah 5 kali yang wajib. dah cantik. tapi cantik kan lagi dgn solat di awal waktu :)
Mathurat - every morning as a breakfest (usually while waiting for a bus)
Dhuha - if ad kesempatan, kena buat. selalu wiken je lahh :"(
Reading Al-Quran - after solat, usually magrib and subuh. if wiken byk mase skt compare to hari kerja. if tak baca sehari, rase lain lah kan. same mcm mathurat (release tensionnn beb)
Tahajud - try to make it everyday by selip early and wake up early :)
Pakaian - berjaga-jaga and improve it by day.
Puasa sunat - at least isnin and khamis, boleh kannn?

and the latest one, solat sunat Wuduk - nanti kubur kita jadi wangiiii.

Saturday 18 June 2011

hepi fathers day, Abah - encik Abd. Rahman Abdullah

Malam nh rajin lah sgt nak menulis. hee.
just nak wish selamat hari bapa je.





tengssss a lot for everyting.
susah payah jase ma abah akan dikenang selamanyaaaa. Insyaallah
takde ape-ape pon kat dunia nh boleh dibayar atau ditukar ganti dgn pengorbanan kalian semua membesarkan angah. sungguh terharuuuuu :")

teringat lagi everywiken abah and ma selalu amk angah pas kelas jmt ptg semate-mate nak blk umh sgt kan.
sayu je bile pikir. tp Alhamdullilah, pengorbanan ma abah terbalas jugak. i did remember on my convocation day that u both are so excited compare to me. cause I noe, even though Im a champion on that day, but u guys yang lebih layak pakai selendang tuh (huu. sedih-sedih)

tampa jasa baik kalian dalam mebesarkan, mendidik, mendoakan anak mu ini - tiada lah saya di sini.
(haish. tacingg lah if ckp psl mak bpk nh) :"(
walaupon byk kesalahan yang angah lakukan, tp angah try jadi anak yang baik ye ma abah.
mintak maaf dunia akhirat, and halalkan segalanya

Angah doakan kalian sabar dan tabah dalam mendidik kami. Angah tau dugaan yang kalian sedang hadapi sekarang. semoga Allah beri kekuatan pada ma abah. dan semoga Allah mempermudah kan segala urusan kalian dunia akhirat, Insyaallah. Ameen. doa angah takpernah putus utk kalian. lebiuuu~

haritu tgk Halaqah - pasal ibu ayah. Ustazah tuh cakap, every morning, when we wake up, kita doa lah camgini
"Ya Allah, kau bantulah aku menjalankan tanggungjawap dgn baik, ikhlas dan amanah kepada kedua-dua ibu bpa ku. kerana redha Mu, bergantung pada keredhaan mereka."
so each time pas solat, amalkan lah doa nh gak. and it give impact gak lah. everytime bile dwng soh wat ppe, mesti diam and wat teros. tp kdg2 terlepas gak lah kan. ppe pon kite sume try baiki diri kan :)


and selamat hari bapa buat semua yang bergelar bapa. you guys rox!

Redha.

Bila Allah cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.

Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu.


Bila Dia tak memakbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.


Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan. 


"Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya.."

Apa-apa pun, kita kena redha dgn apa jua ketentuannya. Kerana, Allah lebih mengetahui segala yang terbaik utk kita, Insyaallah :)

Amanah.

Tajuknye macam simple je kan. but how to keep it?
sometime it can be hard to do it. and to finish it.

since last week, we have visiting lecturers (Prof.) from Iraq.
I did try to assist them well. even though we face some difficulties - in term of communication, but we still try to give the best that we can. but somehow, I feel bit disappointed if I cant give the best.
As people always say, "Customer, is always right"
so true. but sometime :)

al-kesahnya bermula dari one of lecturer nh yg die slalu refer kat ak if anyting.
he promise to treat me for lunch on last Thursday.
then, i'd agreed. but then i forgot that ive promised to fasting on that day. but ive already told him that i'd agreed.

on Thursday morning, when i woke up at 5 a.m. for tahajud, praying and reading al-quran, i did sahur - cause last nite dah niat. tp cam tak sedap hati gak lah cz dah janji secara tak sengaja.
suddenly tis morning, i didnt saw him. so i did continued my fasting.

ptg tuh around 4 ke 5 lebih (i couldn't remember the exact time) tetibe je lecturer tuh dtg tros kat aku.
tekezut gak lah. he bring along his friend. and he did apologize for that. he explained to me that he didnt feel well today. he asked for apologize for many time. and also his friend helped him to explained for me. they did came just to informed and apologized for that ONLY. then after talked to me about that, they went back.
i didnt expect that much cause im also fasting on that day. what im trying to show here is on how someone keep "AMANAH" :")

its look SIMPLE to make promises. but how we gonna keep it well?
dari situ, cam sedar, byk lagi amanah aku yang tak tertunai.
harap-harap boleh berubah. even siket demi siket pon takpe lahh. Insyaallah.
i might forget but please help me by reminding me each time
"tolong ingat kan aku"

p/s: btw, he gave me two chocolate :) and i ate it for my break fast.
and someone gave me 1 box of Ferrero Rocher last week. tengsss.

Sunday 5 June 2011

rinduuuu :"(

hari ini saya nak btw, yang saya sayangkan semua orang. dan saya rindu kalian semua. u are part of my life.
tenkiu guys. and especially to my parent. and family.

the crucial and most special one, Allah :)
and our prophet S.A.W.

tu je nak cakap. tetibe rindu semua orang. kelaka ke. hihiii. sungguh. tak tipu. tapi cam malu nak bitau kat orang len. nak ckp teragak-agak gak.

ohh. lupe nak cakap. yang saya dah jumpe tafsir al-quran english version di MPH. and ill get it soon. Insyaallah. my birthday is around october. so, just nice lah kannn. nak collect duit utk my second bdy present lg. hehehee. ohhh. melampau. ye lahhh. dah lame tak g shopping since last bln 2 hari tuhh. dah takde org nak bwk shopping :c sadissss. ohh. rindu jugakk semua saat itu *sad part.

Insyaallah. Allah know everyting =)
bersabarlah wahai hati, sesungguhnya janji Allah itu pasti.

and td bru beli buku baru. hope to finish it soon. buku bertajuk "Hebatnya cara Rasululluah mendidik" by Razali Saaran. rite now tgh otw habehkan "denyut cinta medik" by Dr. Hadi. baru tau yang kita boleh jamak kan solat dlm waktu-waktu tertentu. bagus lah buku ini. suke. ngee.
there are some waiting list buku-buku yang menanti utk dibaca :
1. Solusi (keluaran bulan ini) - tajuk dia pasal hasad dengki (semoga dijauhkan,ameen)
2. 300 Hadis bimbingan ~ke arah mencari keredaan Allah~ by ustaz zahzan & ahmad hassan
3. Mukmin profesional - celik mata hati by Pahrol Mohamah Juoi

dan banyak lg senanyee. behkan ikot keutamaan dlu. dlm hand beg msti ada buku utk dibaca. mathurat, and doa-doa of coz. and buku mini yang senang di bawa.

esok kerja. and hari isnin. yeyyy! positive mind thinking sayang =)
working is ibadah. ingat tuhhh.
okk. g tido yeee. rehatkan mind.

p/s: hope to hear good news, soon. Insyaallah. plis pray for me! Ameen.
       ILY soso much my dear Nabilah. Fightinggggggg! <3

Saturday 4 June 2011

The world and all things in it are precious, and the most precious thing in the world is a virtuous woman.

dah tak boleh lena pas nangesss. and dah pukul 4 lebih dah. terjage dgn sebaknye td, membuatkan aku berpikir macam-macam. pk zaman dulu-dulu especially, pk ma abah, pk sume orang yang aku sayang dalam dunia ini. kadang-kadang boleh rase tak bersyukur pula dgn nikmat Allah. teralpa dalam melayari hidup ini.

"The world and all things in it are precious, and the most precious thing in the world is a virtuous woman"

tapi aku tak diketogorikan dlm kategori itu selayaknya. masih banyak dan jauh yang perlu di baiki, di ubah. sedangkan basic aurat pun tak sesempurna mana. selalu aku melihat perempuaan yang bertudung litup - manis, redup mata memandang, sopan langkahnya. ptg td ketika otw balik rumah naik LRT, asik memerhatikan seorang wanita yang selayaknya ku gelar kakak, yang bertudung litup - aurat atas ke bawah terjaga. bisik ku dalam hati "suatu hari, akan ku jadi seperti mu". Insyaallah.

Islam itu indah. tak membebankan umatnya. bukan dengan menutup aurat itu tak cantik, tak boleh bergaya. Silakannn. tapi haruslah berpada-pada. silap sedikit, boleh menempah dosa - dan bukan jadi amalan lagi. Aurat wanita dikira semua, kecuali dua tapak tangan dan muka. simple kan.so, sape kata bertudung kita tak boleh bergaya? Make up pun boleh, tapi jgn lah tebal nauu cam nak casting opera cina. selayaknya, tipis. berpada-padalah. bagi yang sudah bersuami, selayaknya berhias utuk para suami sahaja. bukan nya kat rumah selekeh, kat luar cantik bergaya.

Kadang-kala, aku rasa tak layak bagi lelaki di luar sana. mungkin salah satu sebabnya.
"Perempuan baik adalah untuk lelaki baik.
Dan perempuan jahat itu selayaknya mendapat lelaki yang jahat"

Mana satu kategori aku. hmmm. aku try utuk berubah. untuk menjadi lebih baik. dan aku juga memerlukan seorang pembimbing - seorang suami yang dapat membimbing aku menjadi lebih baik, dunia akhirat. mungkin masih awal memikirkan pasal "sang suami" sedangkan diri tak de lah selengkap mana. tapi, ini lah hakikat hidup manusia. ingin dikasihi dam mengasihi. tapi aku memerlukan seorang lelaki yang dapat membimbing ku dunia akhirat. sebab aku lemah, aku kerdil, aku hina.
tidak terlintas memikirkan mahu mencari bakal suami nanti orang yang segak bergaya, kaya kebendaan. tetapi aku mahukan seorang lelaki yang sederhana. cukuplah. yang akan memimpin dan membimbing aku dan keluarga kami kelak.bukan dari segi harta yang dicari, bukan dari segi paras rupa yang dilihat, tatapi agama.

p/s: Ya Allah, aku mencintainya kerana agamaMu. Jika hilang agamaMu padanya, maka hilanglah cintaku padanya. Ameen. Let's pray for the best. and Allah know the best-

Ya Allah :"(

Terjage pd pukul 3 pagi. tapi hanya mampu menangis sahaja. tampa buat apa-apa. sebakkkkk :"(
tak dapat buat tahjud, witir pada ketika ini di sebabkan keuzuran diri.
1 Rejab pun menyusuri dan berlalu pergi/

hati meronta-rota, mengenangkan dosa lalu. Ya Allah. banyaknyaaaa.
sedih lagi.
adakah Allah maafkan aku?



p/s: rindu mathurat, duha, tahajud, witir, hajat dan taubat di ketika ini :"(
Hello. lame tak bersiaran. di sebabkan masaalah tenet takdee. takleh lah update selalu. cume bile kat rmh je on call. hehh. byk gak nak cecite.