Wednesday 28 September 2011

Bila rasa lemah menjelma kembali….


Sememangnya rasa lemah atau rasa ‘down’ atau rasa ‘futur’ itu kadangkala menyapa diri. Setiap yang bernama insan pasti akan berhadapan dengan ujian di dalam hidupnya. Kadang-kala ujian dan diikuti dengan ujian yang datang bertimpa-timpa yang mungkin menyebabkan kita sukar untuk bangkit kembali.

1. Ujian ini boleh membuatkan kita semakin kuat daripada sebelumnya
2. Kadang-kala kita boleh pintas bangkit semula ke kekuatan yang sama
3. Kadang-kala ujian ini boleh membuatkan kita rebah tersungkur
4. Kadang-kadang dengan satu ujian sahaja kita boleh hilang arah dan boleh membuat keputusan yang luar biasa

Andainya kita bangkit semula, maka syukur kepadaNya kerana kita berjaya melepasi ujian ini dan bakal menyaksikan bahawa kita akan menjadi insan yang lebih tabah dan lebih berjaya di masa depan.

Namun jika gagal bangkit, kita bakal melalui jalan buntu mahupun membuat laluan baru yang penuh berliku dan tidak mustahil ianya mungkin bertentangan dengan arus perjalanan yang pernah kita lalui sebelum ini.

Adakah sinar mentari di hari esok? Bagaimana kita akan menghadapinya?

Kita harus menghadapi setiap ujian yang ditempuhi dengan bersangka baik kepada Allah swt. Sudah pasti di sana ada hikmah dan kebaikan di dalam setiap perkara yang berlaku yang mungkin tidak kita ketahui maksudnya.

Firman Allah swt yang bermaksud :
“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – [Surah Al-Baqarah, 2: 216]

Seterusnya kita boleh menghadapi ujian ini dengan:
1. Beristighfar dan berdoa memohon pertolongan daripada Ilahi
2. Bermuhasabah diri, ujian ini mungkin juga disebabkan kesilapan atau dosa-dosa kita sendiri
3. Menyuarakan rasa hati kepada ke dua orang tua kita atau ‘orang lama’ atau tokoh yang kita kenali
4. Berbincang dan meluahkan perasaan dengan pendidik atau ‘murabbi’ kita
5. Berkongsi permasalahan dengan teman atau kenalan yang rapat
6. Jangan ikutkan sangat perasaan down dan emosi diri
7. Menyebukkan diri dengan kegiatan dan aktiviti luar yang sihat

Masih bersedih ?

1. Ambillah sedikit masa di sebelah keheningan malam untuk bertadabbur dengan ayat-ayat Allah swt sebelum tidur.
2. Bersolat taubat dan menginsafi kesalahan diri
3. Masuk tidur lebih awal di dalam keadaan berwudhu
4. Bangun di awal pagi untuk mendapatkan ketenangan bermunajat kepada Ilahi
5. Bersolat tahajjud sambil menyatakan rasa atau hasrat hati kepada Ilahi di dalam sujud yang terakhir dengan rasa penuh rendah diri dan berharap kepadaNya.

Ingatlah akan janji Allah swt di dalam al Quran yang bermaksud,

” … Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” –

( Surah At-Talaq, 65: 2-3)

Masih adakah harapan untuk bangkit kembali?

Bukankah semua ujian ini datangnya dari Allah swt? Ada kemungkinan besar bahawa Allah swt menyimpan sesuatu yang lebih baik untuk kita yang tidak kita ketahui apa yang bakal berlaku selepas ini. Jadi, kepada siapakah lagi yang harus kita harapkan jika tidak dikembalikan kepadaNya kerana Dia adalah yang Maha Berkuasa dan Penyelesai kepada semua masalah serta ujian-ujian kehidupan.

Jom ! Mari kita bangkit agar terus jadi kuat….!


Copyright from Dr Zainur Rashid Zainuddin blog spot

Monday 26 September 2011

A day without it, make me bit down :c

Bismillahirrahmanirrahim
(Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum.

Today was a bit kelangkelibut. I started a day with kepala yang serabut and meroyan. Ahaaa. Know what? I didnt read Mathurat this morning. And mayb that one of reasons y myday turn down - as it was kelangkelibut from morning and end. Actually, I dun have mud today. Not because it's monday blues. neither not wiken had just finished. but mayb im too tired #alasan. keluar jenjalan on wiken tak sedau diri takpe pulak. hew hew. but it was my 1st time wiken on "Raya" im out from home. wiken before this dok umah diam-daim ok. #still backup diri. hmm.

And from this morning, I keep talking with myself. and finishing thing #but not all finished. Lots of works need to be settle up before holiday next wik. And I didnt buy my sunglasses yet. and maybe not. cause I need to save a lot of money to make thing happen. I keep talking cause I need to reduce my nebes, and motivate my self. #then who else do you thing will do that to me? hehhh. Argggghhhhhhhhhhhhh. Rase nak jerit kuat-kuat!


Crazy, much?

Rationale behind all this? Keje sekolah kene submit tomorrow. And I didnt have any idea to start it right now.blur. and the clock is tickinggg so fast.
I'm shaking bro. I'm shaking.

Ok, gila dah. Nak stat skang. Kbai.
Semoga Allah mempermudahkan segalanya, Insyaallah.


p/s: Lesson lerned - jangan tinggal Mathurat sebagai breakfast anda!

Nabilah Abd. Rahman

Zauj' sudikah kiranya kamu menemaniku mengunjungi Baitulharam - Nabilah

This entry meant to be post yesterday, but due to Internet prob, HERE its today!

--------------------------------------------------------------------------

Bismillahirrahmanirrahim
(Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum.

Apa kabar iman mu hari ini? Harap-harap sihat, dan sentiasa sihat untuk bermujahadah di jalanNya. Me too. Doakan iman kita sama-sama sihat dan sentiasa istiqamah dijalanNya ye :") Iman kita nh kadang-kadang ada naik turun nya. So, beware my dear friends! Wiken nh mcm-mcm program sebab syawal dah nak berlabuh. Me too, baru wiken nh lah keluar jalan.

Lately nh macam terpanggil nak join usrah. nak bersihkan hati yang kotor ini :") and ofcoz nak tambah ilmu agama yang cetek dalam diri ini. Ada juga dok jenguk usrah online, tapi tak same ann dengan yang f2f nye. Hope dapatlah join one day nanti. Insyaallah.

Ok topic pada hari ini adalah berkenaan dgn Rumaah Ibadat yang paling best - Mekah. Jumaat hari tuh, dah masuk gaji. pastu berkira-kira nak saving. ada benda nak buat. hehh. senanye teringin sangat-sangat nak g Mekah. nak datang ke rumah Allah :") selalu tengok kat tb je. Harap-harap sempatlah sampai kan. Rindu rumah Allah, even takpenah g, tapi hati sebak bile pk pasal tuh. Lagi-lagi tengok Kaabah, even dalam tb pun. Harap=harap sampailah hajat ke sana. Insyaallah. Doakan kita semua dapat g sane ehh. And oleh kerana itu, saya plan nak saving duit gaji siket-siket. sebab nak g sane. takdapat g UK pun takpe lahh. boleh cancel kasi chance g Mekah dulu.

Kalau time pose ada tunjuk solat tarawikh kat Mekah. Dah tuh, mesti meleleh je air mate. #sebakkk kot. rase hina sangat dimataNya. rase kerdil. rase tak layak.
tapi Allah still terima kita. still bagi kita peluang dijalanNya. Guide me to the straight way (Al-Fatihah: 6)Allah takpernah jemu untuk mendengar rintihan kita. Cuma kite je, kadang-kadang ditimpa mud jemukan. Ya Allah :")
Kita rase kita dah cukup baik, tetapi senanye banyak manekah iman kita? Solat pun kadang-kadang terlepas pandang diakhir waktu. dah tuh, kadang-kadang nak cepat lahh. Bila tgk rakaman solat terawikh dari Mekah, baru kita tahu ramai lagi umat Islam di seluruh dunia. Layakah kita digelar soleh dan solehah?
Ya Allah, bantulah hambaMu ini dalam mencari keredhaanMu. Ameen.

Ok, tu je impian pada kali ini. Harap-harap Allah jemput sebagai tetamu Rumah Ibadat yang dirindui oleh semua umat Islam. Insyaallah :")

And, doakan saya dapat pergi sane ehhh kengkawan! Tqqqq.


p/s: Alhamdulillah, semalam baru beraya! (Sabtu)


Zauj' sudikah kiranya kamu menemaniku mengunjungi Baitulharam -
Nabilah Abd. Rahman
25 Sept 2011 (Sunday)

Sunday 18 September 2011

Ramadhan ohh Ramadhannnnn :')

Bismillahirrahmanirrahim
(In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful)

Assalamualaikum.

Hoyeahhh. Me, myself and I am not sure whatever have I done these three days back. As usual, I would say to myself - How time flies so FAST without eventually realizing that I've wasted it too much. #sighh. Blogging has never been a persevered habit of mine. #sukee. tapi kenkadang malas nak writing. hehh. And of course akan ade Ups and Downs nye, but as all of you might have noticed, Downs lah lagi banyak. #sebab symptom pemalas. I guess I simply blogged whenever I felt like writing. #ecehh-cehhh, macamlah ada org baca ini belog. hee. Lagi pun blog ini for ref jer. Untuk renungan diri sendiri especially.

Senanye nak writing everyday, but sometime I dun have much time to do so. Lastwik everyday sampai rumah malam. hehh. Im not feeling good enuf this lately. Last Wednesday, Ive vomit again. and again. at my office. Thanks to Allah, and my manager - who sent me back to Rawang. Maybe I feel little bit tired - and didnt manage my time well. and mayb someting i didnt it wrong without realize bout it. #mayb juga teguran dariNya.

Ada dua maksud Allah mendatangkan ujian iaitu pertamanya ujian itu didatangkan sebagai penghapusan dosa dan keduanya untuk peningkatan darjat disisi Allah.

Ada benda yang I did realized after Ramadhan. Kenape amalan kita sedikit down compare to in Ramadhan month? Yessss, I know, Satan have go out from the jail. but what about ourself? tak kan kite turut berubah kot? Ya Allah, tetapkanlah hati kerdil ini untuk terus Istiqamah di jalanMu. Memang iman ada ups and downs nyer. Tapi cane ehh nak tetapkan hati kite nh? Dah lah lemah, mudah tergoda dengan pujuk rayu syaitan lagi T__T Astarfirullahhalazim.

Bila mana perasan itu datang, marilah kita sama-sama melawan nya. Paling obius is reading Al-Quran. Dulu ketika Ramadhan, mayb 5-7 surah dapat dihabiskan dalam masa 1 day. Bila berlalunya Ramadhan, 1 surah pun kadang-kadang kita tak mampu untuk habiskan :') Takkan kita bernawaitu semata-mata khatam Al-Quran je kot?
Kadang-kadang, bilamana mud malas tuh datang, terpaksa lawan dan kuatkan hati. Ambil juga Love letter from Allah, lihat, pegang and baca. Atleast sikit pun jadilah. Kan Allah lebih suka amalan yang sedikit, tetapi dilakukan secara berterusan? Kamon guys, kamonnnn. Bangunlah dari godaan duniawi! #Note to myself.

Senangkan nak dapat pahala. dengan melihat Al-Quran pun dah dapat pahala. tu belum lagi memegang, mendengar org lain baca, apatahlagi kita yang membacanya. Allah, Allahhh :") Tak biase? Memang mula-mula rase janggal, kekok, pelik - but after a while, nanti akan jadi sebati. and you'll find the most peaceful moment in you life when you close to Allah. Insyaallah.

"Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang" (Al-Ra'd: 28)



"O ALLAH! there is nothing easy except what you make easy and you make the difficulty easy if it be your will. then whenever u've try, put your trust to Allah. Allah loves those who put their trust to Him" (3:159)

#Semoga Allah berikan kita ketenangan, kemudahan dalam melakukan ibadatNya. Dan dipermudahkan hari-hari kita, di dunia, mahupun di akhirat nanti. Ameen.

Remember five - before FIVE,
Nabilah Abd. Rahman.

Monday 12 September 2011

Andai Masih ada Rindu :")

Dan hati ini tidak mampu menidakkan rasa cinta,
Cinta yang semakin mendalami diri dan jiwa,
Ku tak bisa memejamkan rasa,
Saat ia nyata makin membara,
Membelah setiap pancaindera dan deria,
Hingga aku lemas dalam kemelutnya.

Tuhan..

Andai penantian ini ada jawapannya,
Pujuklah hati ini untuk setia dijalan yang KAU redha,
Hadirkan ketenangan agar tidak terkandas dalam kabus cinta,
Berikan pedoman agar rindu itu berpada-pada,
Iringilah Maluku berserta iman di dada,
Agar rasa kasih ini tidak mencalarkan maruah diri yang dijaga.

Tapi jika qada' dan qadar itu mengatakan sebaliknya,
Kurniai aku kekuatan untuk melaluinya,
Palingkanlah cinta ini untuk yang selayaknya,
Kerana aku insan yang tiada daya,
Maka bantulah aku melupakannya,
Jika itu takdirNYA..

Allah..

Andai masih ada rindu,
Kupohon hilangkanlah ia dari hatiku,
Kerana ketidakpastian itu mengganggu,
Perasaan ini mengecewakan insan yang menunggu,
Aku tidak rela terusan terbelenggu,
Dalam pencarian permata berharga milikMU..

Ameen.

- Artikel iluvislam.com



Dari hati yang kerdil, lagi lemah - Nabilah.

#Ya Allah, jauhkan lah aku daripada puji-pujian yang penuh tipu muslihat, kata-kata manis manusia yang melalaikan, cinta dunia yang penuh tipu daya. Ameen.

Aku akui, aku lemah. Hati ini kadang-kadang meronta ingin dikasihi, disayangi. tapi aku gagahi jua hati ini untuk bertahan, kerana cinta ku padaMu, kerana aku malu mendambakan cinta yang tidak halal, selain dariMu. Ya Allah, jadikan hati ku istiqamah dijalanMu. Engkaulah yang mengetahui segala yang terbaik buat hambaMu. Maka, tunjukan lah aku jalan yang benar. Siramilah aku dengan baja kasih sayang dan rahmatMu. Ameen. Ameen. Ameen.

titis-titis madu, kadang-kadang menjadi debu,
nabilahabd.rahman

Sunday 11 September 2011

Sundayyyyyyyyyyyyy! yeahhhh. and tommorow is Monday :)

what did i do today:

1. Reading - after subuh as usual.
2. Online - read other blogs and check fb #post status, and leave it alone.
3. Watched Tanyalah Ustaz - if ada kesempatan.
4. Reading books - try to finish it.as soon as possible.
5. Sleep - krohhhkrohhh#
6. Eat - biscuit "raya"
7. Sleep - again. and again.
8. Watched TV's program.
9. Sleep. Did I mentioned sleep? #sighhh
10. Layan tetamu - yang datang raye, walaupun aku malas keluar raya.

I really dont know why I feel so lazy since early morninggg. hummm. Mayb wiken adalah mase untuk aku berrehat-rehat. kot. hee. and mayb juga aku banyak berfikir tis lately - membuatkan aku letih. kot. #assumption je.

Feeling lonely?




Dont be :)

#Allah didn't promise life would be easy, but Allah promise to be with us, with every steps, with Allah by our side. Insyaallah.


"...Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta. tetapi yang buta ialah hati yang ada di dalam dada."
(Al-Haj: 46)

Bahagiakah aku? :")

bahagia itu bukan destinasi
yang belum pasti
bahagia itu ada setiap hari
dinikmati oleh hati

bahagia anugerah Ilahi
berhak dimiliki
buat siapa yang mencari
dengan petunjuk hakiki

bahagia perlu diciptakan
bukan sekadar diangankan
dalam setiap keadaan
dalam setiap kesempatan

usah terus sengsara
bahagiamu di depan mata
ciptakanlah bahagia
dan sebarkan bahagia

FATIMAH SYARHA

Saturday 10 September 2011

How fast time flies T_______T

Assalamualaikum,

Baru balik kerja. Hari ini saya kerjaaaa. hehhh. nak settlekan benda-benda penting di opis before big day come. huhhh. bedebauuuu.
Ya Allah, permudahkanlah segalanya nanti, Insyaallah. Ameen.

Tempat baru, kena rush skt, catch up banyak benda. learn new thing, how to handle thing, people, problems, etc. tapi best gakk. yang paling best, takde mase dah untuk men-men, apatah lagi untuk krohkrohhh# hehhh. caye takkk?

mase memang digunakan sepenuhnya. even nak tgk hp pun kadang-kadang taksempat.sighh* well, bukan taksempat mane pun, cume takdop apo-apo kat hp nh.hehh
kengkadang, nak p toilet pun terkejau-kejau. tapi Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik. Thankyouuuu Allah.

"Rezeki yang kita dapat, memadai dengan usaha yang diberi."

Harap-harap dapat kerja dengan berkat, jujur dan amanah. Ameen. Rezeki yang kita dapat nh, Allah akan persoalkan. Especially for men - nak bagi anak bini makan. so please makesure rezeki itu halal. mmglah duit tuh dari sumber yang halal. tapi pernahkah kita terfikir adakah kita melakukanya kerja dengan amanah? - tak curi masa (if tercuri, kne makesure ganti). Agar gaji yang kita dapat berkat, barulah anak-anak menjadi insan yang berguna (soleh dan solehah). Insyaallah.
#warm reminder for myself too.

ohhh. memandangkan sekarang musim raya, tapi takde feeling nak raya sangat. hehh. tatau nape. balik kerja pun pas isyak, lepak jap, then tito. heh. pepagi kne bangun awal pulak. time pose until today, selalu tgk paper. tgk salam perantauan. bestkannn. best ke p obersea? tatau lahh nape dari sekolah dulu bile org tanye nak g negare mana, mesti jawap UK. hehhh. tapi lately nh terpikir nak wat umrah lahh. Insyaallah, nak kumpul duit dulu.

Here's some pictures during raya at hometown, Kedah Darul Aman. enjoyyyy!


#riang ria aidilfitri


#how i miss those day :")


#pengacau wawaaaa


#first time, okyyy. hehhh. acahh jer. and lastlyyyy


#with kazen yang bujang lagi *huuu. yang lain sume pun dah tawen. heh


ohhh ye, saye baru beli buku. yeyyy. suke. and hadiah bdy dah completed. dah ada tafsir al-quran versi english, hp (cikai je, but ok lahh). and wish to have sunglasess for next month before holiday! yeyyy. byk merapu today. kbye.


Insan Kerdil di bumiNya,
nabilahabd.rahman

Tuesday 6 September 2011

Makna bacaan dalam solat :)

p/s:- masih belum terlambat untuk kita memperbaiki diri.
Marilah kita renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat.

Maksud atau Makna Bacaan Dalam Solat

Takbiratul-Ihram / Takbir
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Bacaan ketika doa Qunut
Ya Allah, Tunjukilah aku bersama-sama dgn org yg engkau tunjuk.
Dan sihakanlah aku bersama orang-orang yang Engkau sihatkan
Dan pimpinlah aku bersama orang-orang yang engkau pimpinkan
Dan berkatilah aku bersama orang-orang yang Engkau berikan kurnia
Lindungilah aku dari bencana yang Engkau takdirkan
Sesungguhnya Engkaulah yang mengtakdirkan dan tiada Engkau yang ditakdirkan
Bahawa tiadalah akan terhina orang yang Engkau pimpin
Dan tidaklah akan mulia orang yang Engkau musuhi
Maha Mulia Engkau, wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau
Maka bagi-Mu segala puji di atas apa yang Engkau tentukan
Aku memohon keampunan kepadaMu dan aku bertaubat kepadaMu
Dan selawat ke atas jungungan kita Muhammmad
Dan juga ke atas keluarganya, sahabatnya diiringi dengan kesejahteraan

Monday 5 September 2011

Tiada Duka yang Abadi

Tiada Duka Yang Abadi by Opick

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini


# repeat every single time. The lyric meant so much :")

Alhamdulillah Ya Allah kerana berikan aku kekuatan. I tot dah rebah kat tempat kerja tadi. badan lemah sangat, but tahan daripada makan ubat *ohhh, taksuke nye!
tadi vomit banyak sgt, and luckly sempat sampai di toilet kat opis. and dad did pick me up today. again vomit kat dalam kete. sakit itu kan penghapus dosa. moga dengan ini, dapat membersihkan serba sedikit dosa-dosa lalu.

Semoga Allah sentiasa memberikan aku kekuatan, menjadi hambaNya yang Redha dan Istiqamah dalam melakukan suruhan Nya. Insyaallah. Ameen.
Need to take rest ^^
Doakan kesihatan saye yee ^^ Jzkk.

HambaMu,
Nabilah Abd. Rahman

Saturday 3 September 2011

Jodoh (sudah tertulis, Insyaallah)

Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari kita, lalu DIA datangkan
guruh dan kilat... Puas kita menangis...menunggu dan mencari ke mana
hilangnya matahari kita... Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi
yang indah :)

“Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.” (Petikan dari Genta Rasa blog)

Petang nh, buat sedikit reading. Apa yang kita miliki hari ini tak semetinya akan menjadi milik kita utk selamanya. Justeru itu, kita haruslah Redha dengan ketentuanNya. Selalu lah berdoa agar menjadi redha:
Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa redha, yang istiqamah dalam mencintaiMu :")
Yesss, janji ALLAH itu pasti. Bersabarlah wahai sayang!

"Dan bahwasanya dialah yang menciptakan berpasangan laki-laki dan perempuan"
(An Najm:45)

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah"
(Adz Dzaariyaat:49)


"Hawa dijadikan daripada rusuk kiri Adam. Bukan daripada tangan untuk dijadikan penjunjung, bukan daripada kaki untuk dijadikan pengalas. Tapi daripada sisinya untuk dijadikan teman hidup. Dekat dengan lengan untuk dilindungi dan dekat dengan hatinya untuk dikasihi."


Seorang kawan saya bakal melangsungkan perkahwinan. Barakallahu lakuma..Bestnye, beruntungnya dia dapat wanita solehah. Allah berfirman "Wanita-wanita baik, untuk lelaki-lelaki yang baik. Dan lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik (An-Nur: 26) soso true. Alhamdulillah. Moga kita semua dikurniakan pasangan yang baik, Insyaallah.

“Apabila seseorang dikurniakan wanita solehah,bererti dia telah dibantu menyempurnakan separuh daripada agamanya. Maka takutlah kepada Allah terhadap separuh yang lain.”

- Hadith Ar-Rasul, riwayat At-Tabrani -

Kadang-kadang, kita terlalu bersedih kerana sesuatu perkara. Ditinggalkan seseorang. sape kate ianya mudah. hehhh. but from my experience, back to Allah :") DIA mengetahui segalanya yang nyata dan tersembunyi. Allah kadang-kadang menjauhkan seseorang itu daripada hidup kita atas sebab untuk melindungi kita. SO, berhenti mengejarnya~
Kalau tertulis dia untuk kita, Insyaallah akan bersatu jugaa :) (pesanan buat seseorang, jangan sedih-sedih lagi ye adik!)

“Barangsiapa yang Meninggalkan Sesuatu Karena Allah, Niscaya Allah akan Menggantikan dengan sesuatu yang Lebih Baik darinya.”

p/s: Walaupun ianya perit, bermujahadah la wahai muslimat kerana Allah tidak akan pernah menzalimi dirimu. Waktunya pasti akan tiba dengan izinNya. Yakinlah!

Nabilah Abd. Rahman
030911 @ bedroom
6.30 p.m.

Rindunye Ramadhan :”)

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum :)

Selamat pagiiiiii. Hehhh. Tetibe nak tuleh entri dikeheningan pagi ini. Senanye terkenangkan Ramadhan yang telah berlalu meninggalkan kita.
Rinduuuuuuu sgt :”)
Rindu nak terawikh. Tu yang terpalingggg rindu kot. Bile dgr imam cakap “Allah hum sallialaik muhammad” seperti DIA memanggil-manggil kita. And we did reply “Sallawahualikh” Sayuuuuu and sebak. Ramdhan adalah bulan penuh keberkatan, bulan seribu bulan. Persoalanya, adakah amalan kita diterima? Ya Allah, kau terimalah amalan kami yang sedikit ini, sesungguhnya, kami mengharapkan kerehdaan dan rahmatmu….

Ramadhan tahun nh best, cz bile g tarawikh tahun nh, pehujung ramadhan, orang still ramai kat masjid kat Rawang nh. Syukur dengan nikmat kesihatan dan kemudahan yang Allah berikan pada kita. And best cz akhir-akhir Ramadhan dapat pecut menghabiskan sisa-sisa 10 malam terakhir Ramahdan. Alhamdulillahhhh. Harap-harap, Allah panjangkan dan berkatkan umur kita untuk terus beribadat dengan istiqamah dan semoga kita bertemu dengan Ramadhan yang akan datang, Insyaallah.

Ramadhan pergi dan berlalu sekejap je. And if we do realized, masa sekarang pun dah bergerak pantas. Bumi ini seolah-olah tak tahan dengan manusia. Yessss, this is fact. And since kerak bumi terangkat haritu, pergerakan bumi pun dah jadi lain – mase bergerak pantas tampa kita sedari. We did realize that weather pun dah up and down rite now. And mostly cuaca panas. Panas oleh kerakusan manusia. Sobbbsobbbb T____T

Rindu kan nak bangun pepagi, before sahur, tahajud & witir, then continue tros subuh and ngaji. If sempat, dgr kuliah subuh. Besttttttt ^^ alhamdulillah, dapat khatam al-quran tahun nh. Lepas nh nak continue dgn tafsir balik. Senanye bile kita bace al-quran with tafsir lagi dabel best. Cz baru kita faham apa yang kita baca =)
Kalau kita nak cakap dgn Allah tru solat. If kita nak dgr Allah bercakap tru Al-Quran. Sungguh tak tipu nh, realise tension wa cakapppp. Ketenangan yang tak kan kita dapat dimana – mana. Yessss, so so true! Kita tak kan dapat mencintai orang lain sepenuh hati sebelum kita mencintai diri kita sendiri. Dan kita tak kan dapat mencintai diri kita sendiri sebelum kita mencintai Allah.

”Beribadatlah, sehingga kamu berasa letih untuk bersedih” – again, so so true! Sometime I do feel like that, sedih or emo or boring. Tapi, back to Allah, everything will go well with Allah. Kekadang tuh, hp nh bersarang je. Betri hp pun takyah cas bebayak kali. Sekali cas tahan 3 days. Hahahhaaa. Memalam before tido, if sunyi dengar lagu. Tapi skg dah tak layan lagu pelik-pelik lahhh. Hehhh. Lagu nasyid gak yang sedap. *out of topic daaaa. Back to mission-

Eidul fitri bermaksud, kemenangan, - dimana kita berjaya mengawal nafsu sepanjang bulan Ramadhan. Dan juga bermaksud penyucian – dimana pada hari itu, kita minta maaf dari orang lain, 0-0 lah jawapanye.Raya tahun ini, macam biase je. Alhamdulillah, everything goes well and as planned. Dah besau nh, takde ape yang meriah benau pun. Raye kat kedah and peneng. Takde excited dgn lemang or ketupat (sebab mmg tak makan pun). So g umah org, balun kerepek and makanan berat *if ada mkanan berat lah. If tak mcm bese je, kuih pun tak bpe sgt. Tapi suke kuih tradisional – batang buruk, kuih sepit, etc. And this is my first time bagi duit raye kat org *excited jugak lahhh. Hehh. But dah takdpt duit raye cz dah besau. Only from my dad and atok je bagi, and sedare rapat. And the best part of raye, only budak-budak yang dapat tafsirkan. Hehhh, cz time nh lah mereka dpt duit rayeeeee. Yeyyyyy!

Dikesempatan yang ada ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan “Selamat Hari Raya, Maaf dipinta atas kesalahan yang dilakukan secara terang mahupun yang tersembunyi. Halalkan segalanya, and maaf andai janji tidak dapat dikotakan. Sesungguhnya, diri ini sanggat jahil dan lemah. Silalah inform and tuntut hutang if saya terlupa yee. Sangat-sangat dialu-alukan. *just wish je. Even though org tak bace blog saye (or secare tepatnye tak mengetahui kewujudan blog ini) tapi sokay, just for my ref je – Contengan perjalanan cari Tuhan can be as memory, one sweet day. Insyaallah.
Akhir kata, penutup bicara, Ramadhan dah berlalu, marilah kita sama-sama rebut peluang berpuasa 6 di bulan Syawal ini. Mohhhhhh kite gerak. Wasalam.

Daripada Abu Aiyub al-Ansari r.a, Nabi s.a.w. bersabda:
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian ia ikuti pula dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, nescaya ia mendapat ganjaran puasa setahun"
(Riwayat Muslim)



Salam Lebarannnn. Peace ^^
Nabilah Abd. Rahman
3rd Sept 2011
4.52 am @ bedroom