Sunday 1 January 2012

Jalan mujahadah itu kadang-kadang "pahit" ... kerana..

Jalan mujahadah tuh kadang-kadang ku rasa kan "pahit" untuk ku lalui..
Terasa laluan ku penuh berduri.

Ditinggalkan, diuji, disindir, dipinggirkan..
tapi dalam kesusahan itu, aku amat yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama ku.
setiap saat, setiap masa..

Kadang-kadang, aku terjatuh ketika cuba untuk berlari di jalanNya.
Aku cuba bangun, dan berjalan kembali tampa belari.
Tapi kadang-kadang hati ini tidak cukup kuat untuk diuji.
Aku tersungkur kembali walaupun tidak berlari.

Ya Allah. kadang-kadang aku tidak mampu menghadapi semua ini seorang diri.
Aku lemah Ya Allah. Aku lemah tampa bantuanMu :")
Aku tak mahu give-up Ya Allah.
Jangan lah kiranya Engkau biarkan aku seorang diri,
tampa rahmat dan kasih sayangMu.

Aku takut ya Allah..
Aku baru bertatih dijalanMu.
Aku takut, aku takut ditinggankan sendirian tampaMu.

Ya Allah.
Janganlah kiranya Engkau pesongkan hati ini.
Tetapkan lah hati kecil ini.
Supaya istiqamah dijalanMu.

Kadang-kadang tiada siapa yang sudi menghulurkan bantuan untuk aku terus mengorak langkah. Tapi aku tahu, Engkau tetap setia di sisi ku.
Memerhatikan ku.
Menemani ku.
Mengisi hari-hari suram ku.

Tiada apa lagi yang ku mahukan dalam dunia ini.
Hanya rahmat, hidayah dan kasih sayang Engkau yang ku dambakan ketika ini.
Walaupun dipandang sepi oleh manusia.
Tapi Engkau tetap tidak berganjak dari hidup Ku.

Cukuplah Ya Allah.
Hanya Engkau yang aku perlukan.
Tempat aku bergantung harap.
Tempat aku mengadu.
Tiada lain yang aku perlukan.

Kasih sayang dan rahmatMu melebihi segalannya.
Aku sentiasa bersyukur kerana dipilih olehMu,
untuk menerima hidayah ini.
Bagiku, ianya cukup besar sekali nilainya.
Engkau Maha Pengasih Ya Allah.
Engkau tidap pernah meminggirkan ku walaupun banyak manapun dosa yang aku lakukan selama ini.
Engkau Pengasih, Engkau Penyayang.


Ya Allah,
Ampunkan aku kerana sering mengadu domba kepadaMu.
Aku lemah ya Allah. lemah tampa bantuanMu
Ya Rabb,
Maafkan aku bilamana hati ini alpa terhadapMu.
Jalan mujahadah itu kadang-kadang ku rasakan "pahit" ...
kerana aku tahu,
..........................
Syurga itu sanggat indah telah Engkau sediakan,
kepada Hamba-hamba Mu yang bersyukur terhadap Mu.

Thankyouu Allah for everything!

p/s: doakan saya istiqamah :")


kadang-kadang hati kecil ini sering terleka.
Ya Allah, tetapkan lah hati ini dijalanMu.
nabilahabd.rahman

No comments:

Post a Comment