Saturday 14 January 2012

the chosen one :")

Bismillahirrahmanirrahim
(In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful)

Assalamualaikum genggg!
Semoga wiken nh dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, Insyaallah. For me, wiken = beristirehat = buat benda yang kita suke. yesss. ape yang anda suka. me? one of my fav is reading lah kott. Iqra' (Read). he he. mesti cakap kite tak de life kann -.-" hehhh.

Sedikit ilmu untuk dikongsi bersama today *senanye nk share smlm tp tak sempat:
(dari kuliah rakaman Ustaz Zahzan - sori tak dapat post kat sini, tatau nape. heww)

Topic: Bagaimana nak mendapat cinta Allah

Kadang-kadang, kita terlalu sebok mengejar dunia, mengejar harta, pangkat, pasangan, etc. Tapi kita kadang-kadang lupa pada cinta yang Maha Esa. Kite selalu tanya kenapa orang tak cintakan kite, kenape orang benci kita. Kenapa? Maybe kasih sayang Allah kpd kite barangkali or confirm sudah tidak ada. Allah dah cakap
Siapa yang cinta kepada Allah, Allah akan hantarkan orang untuk cintakan kita

Kerana kita tak sayang Allah, Allah menjadikan kite tak penting. Bile Allah jadikan kite xpenting, orang tak pandang kite, lalu orang keliling menjadikan kite juga tidak penting dalam hidup mereka. Kita terlalu sibuk nak dapatkan cinta makhluk, tapi kita terlupa cinta pada Allah yang paling utama. Allah. Allah. Persoalannya, bagaimana kita nak mendapatkan cinta Allah?

Allah cinta kpd mereka ini, antara sifat-sifatnya:
1. Orang yang amat rendah diri (berlemah-lembut) kepada orang yang beriman

2. Orang yang tegas kpd org yg xberiman / kafir
Jangan biarkan agama diperkotak-katikan oleh orang bukan Islam. Tidak gentar kepada apa yang Allah telah tetapkan walaupun orang mencela- if ada kikis rase itu

3. Orang yang berjihad untuk Agama Allah (Islam).
Jihad di sini dengan pelbagai bentuk. Jika anda seorang penyanyi, sebarkan keindahan Islam. Jika anda seorang pendidik, ajarkan ilmu yang bermanfaat dunia akhirat. Jika anda mampu menulis, tulislah / berpesan-pesan lah pada benda-benda yang baik. Kita semua mampu berjihad dengan segala kudrat yg termampu. Gunalan peluang/kemampuan yang ada untuk menyumbang ke jalan Allah. Mudah-mudahan sumbangan kecil ini mampu mengetuk hati-hati rakan-rakan kita, orang lain, keluarga yang dahagakan Islam serta menampung amalan kita ketika dihitung di Padang Mahsyar kelak. Insyaallah.

5. Allah mencintai orang yang melakukan ibadah fardu.
Solat, puasa, zakat, haji (kalau berkemampuan). Well, if kita nak cinta Allah lebih, kita buat pula perkara sunat pula. Apa dia perkara sunat? Antaranya sedekah (bukan wang $$$$ je, tp senyuman, tenaga yang diberi pun dikira sedekah), solat sunat, puasa sunat, bersugi b4 solat, jage kebersihan, etc. lagi? banyak sangat. boleh refer amalan-amalan sunat yang Rasulullah s.w.t suka buat pula ye. Actually harituh ada beli buku "Amalan 24jam dalam kehidupan Rasulullah s.w.t." by Zulkarnain Dollah". nipis je buku tuh, tak rugi bace kot. RM 4 je :)

6. Banyakkan membaca surah Al-Ikhlas.
Siapa yang cintakan Nabi, maka perbanyakkanlah berselawat. Siapa yang cinta Allah, baca dan yakinlah tentang makna bacaan surah ini. pahalanya sama seperti membaca 3x = satu quran

7. Bacalah ayat ini di pagi hari:
"Rodi tu billah hirob ba, wa bil islammidina. Wa bi Muhammaddin nabi ya wa rasulla"
(Aku redha Allah sebagai Tuhanku, aku redha Islam sebagai agamaku dan Muhammad sebagai Nabi dan Rasulku)

Ustaz Dr Hj. Zahzan~

Semoga ilmu yang sedikit nh dapat bagi manfaat kepada semua yang membacanya. ohh, btw, if nak tengok video ceramah Ustaz Zahzan nh, boleh lah tengok kat utube under his name tajuk Tafsir Al-Quran: Mencari cinta Allah bahagian 1 & 2. I will post it kat fb. kat cn tak boleh nak upload lak. xpe, nt enjoy listening it okokokk.

Alhmdulillah. Menjadi insan pilihan Allah kerana diberikan hidayah dalam Islam dan berada di jalan yang diredhaiNya. Thankyou Allah for choosing me. Alhamdulillah. Im the chosen one, atas segala nikmat yang diberikanNya selama ini. Jadi gunakan lah nikmat yang diberkan sebaik yang mungkin ke arah kebaikan. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur. Insyaallah.




#btw, tenkiu very much ma for the crab soup. he he. semoga Allah membalas jasa baik dan kasih sayang ma yang tak ternilai menjage org sakit ini ^^

the chosen one,
nabilahabd.rahman

No comments:

Post a Comment