Saturday 28 January 2012

Usah putus asa. Jom Istiqamah di jalanNya!

Bismillahirrahmanirrahim
(In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful)

Assalamualaikum.

Terkadang futur itu menyinggah dalam lapangan istiqamah dalam mencari keredhananNya. Adakalanya terasa lemah dalam menyampaikan kebaikan dan mengagungkn Islam. Rasa itu acap kali hadir saat jiwa dn hati dirundung keindahan dunia yg melalaikan. Resah dan gelisah umpama kelaziman. Detik itu tersedar sabar itu bukan sahaja pada mereka yang punya iman . Lihat bgaimana sabar nya musuh kita iaitu syaitan dalam meyesatkan kita dalam apa jua perjuangan. "Mereka" mengatur strategi dalam melemahkn iman kita. Diindahkn perakara yg haram. Belitan iblis itu sangat membahyakan. Awas!

Ibu Jauzi dalam kitabnya Tablisun Iblis , Iblis juga mampu menipu dan memperdayakan golongan yang berilmu, bermula daripada niat. Nauzubillah. Kadang-kadang, it's happend to us. Takutnya. Kadang-kadang bilamana hati terdetik riak dalam hati, cepat-cepatlah beristigfar dan renew niat. *kalau boleh solat taubat terus* Takuttt. Kadang-kadang rase takut sangat bile keadaan tu jadi. Takut sebab nanti jadi tak ikhlas pula. wuwuuu. Maklumlah, Iman kengkadang turun naik. Harap dapat Istiqamah, Insyaallah. Allahumma Amin :")

"Iklhas itu bukan kita yang ukur, tu biar Allah yang tentukan. Jangan sampai kita tinggalkan amalan ibadat sebab tak nak riak dengan manusia, kerana tu lah
tanda kita riak dengan Allah sebenarnya.
" ~Hlovate~

Di waktu iman tinggi, of course, kita rasa baik dan mudah melakukan semua kebaikan. Tatkala iman rendah dan nafsu tinggi, mulut dan perbuatan seperti tidak ditahan-tahan untuk melakukan dosa dan kesilapan.

Ketika itu, rase mahu mengasingkan diri untuk bersamaNya. Memohon kemaafan dan ketenangan agar Allah SWT terus melimpahkan RahmatNya.

Ada kalanya, ‘menjauhkan diri’ dari manusia dan semua adalah jalan terbaik apabila ketenangan dan koreksi diri diperlukan.

Adakala kesusahan @ kesempitan lebih banyak mengajar erti hidup dari kesenangan dan keselesaan yang mematikan hati. Itulah pilihan Ashabul Kahfi. Dari dunia yang SEMPIT ke Gua yang LUAS.

"Tarbiyyah ini bukanlah selalu indah, malahan sering sahaja menuntut jiwa dan air mata. Bagi mereka yang terbuai dengan keasyikan dan angan-angan di dalam tarbiyyah pasti akan merasakan yang indah-indah belaka. Sedangkan hakikat tarbiyyah adalah yang perit dan sakit seringnya, kerana untuk menghadirkan rasa ikhlas dalam amal, tiada yang mampu melakukannya melainkan hati yang betul betul ikhlas demi Allah taala"
Pesan Ust. Syikh, dalam satu kuliah Subuh

Kerana itu lah pentingnya tarbiayah. Tarbiayah itu seni dalam membentuk peribadi manusia, anggaplah kelemahan dan ujian hati itu sbgai " touch up" dan menyiapkan lukisan seni a.k.a. contengan pengalaman perjalanan kita semua. Tak semuanya yang gelap. Yang tak menceriakan kita itu mendatangkan kita sinergi yang NEGATIF malah ianya mampu menstabilkan warna warni imana kita dalam Istiqamah dan Tawakal padaNya.



Usah gentar jika inginkan perubahan. Lakukan perubahan. Tetapkan diri di jalanNya. Insyaallah biarlah susah sedikit. Namun pilihan yg terbaik disisi Allah itu akan hadir dek pertolongan Allah swt demi mengukuhkan jiwa kita. Insyaallah.

Lets us follow the formula made by Allah swt. Surely He showers us with his Rahmah. Allahumma aminn

No comments:

Post a Comment