Saturday 28 January 2012

Rahsia Allah - Ajal Maut

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari?

Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia dimuka bumi ini 70 kali dalam sehari."

Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa.
Maka berkata Izrail:
‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.'

Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup.

Takdirnya esok hari terakhir Allah ‘pinjamkan’ nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Cinta pada dunia, dunia akan pergi.
Cinta pada manusia, manusia akan mati.
Cinta pada Allah...
...kerana DIA lah yang kekal abadi





"Kalimah syahadah yang kita lafaz tiap-tiap hari tu pon ada tanggungjawab kita ke atasnya. Nak menegakkan kebenaran syahadah. Macam orang kawin la. Habis je lafaz nikah, gedebuk tanggungjawab kat bahu." ~Fend~

Ya Allah, jangan biarkan kami sendiri ketika lalai,
nabilahabd.rahman

No comments:

Post a Comment