Monday 12 September 2011

Andai Masih ada Rindu :")

Dan hati ini tidak mampu menidakkan rasa cinta,
Cinta yang semakin mendalami diri dan jiwa,
Ku tak bisa memejamkan rasa,
Saat ia nyata makin membara,
Membelah setiap pancaindera dan deria,
Hingga aku lemas dalam kemelutnya.

Tuhan..

Andai penantian ini ada jawapannya,
Pujuklah hati ini untuk setia dijalan yang KAU redha,
Hadirkan ketenangan agar tidak terkandas dalam kabus cinta,
Berikan pedoman agar rindu itu berpada-pada,
Iringilah Maluku berserta iman di dada,
Agar rasa kasih ini tidak mencalarkan maruah diri yang dijaga.

Tapi jika qada' dan qadar itu mengatakan sebaliknya,
Kurniai aku kekuatan untuk melaluinya,
Palingkanlah cinta ini untuk yang selayaknya,
Kerana aku insan yang tiada daya,
Maka bantulah aku melupakannya,
Jika itu takdirNYA..

Allah..

Andai masih ada rindu,
Kupohon hilangkanlah ia dari hatiku,
Kerana ketidakpastian itu mengganggu,
Perasaan ini mengecewakan insan yang menunggu,
Aku tidak rela terusan terbelenggu,
Dalam pencarian permata berharga milikMU..

Ameen.

- Artikel iluvislam.com



Dari hati yang kerdil, lagi lemah - Nabilah.

#Ya Allah, jauhkan lah aku daripada puji-pujian yang penuh tipu muslihat, kata-kata manis manusia yang melalaikan, cinta dunia yang penuh tipu daya. Ameen.

Aku akui, aku lemah. Hati ini kadang-kadang meronta ingin dikasihi, disayangi. tapi aku gagahi jua hati ini untuk bertahan, kerana cinta ku padaMu, kerana aku malu mendambakan cinta yang tidak halal, selain dariMu. Ya Allah, jadikan hati ku istiqamah dijalanMu. Engkaulah yang mengetahui segala yang terbaik buat hambaMu. Maka, tunjukan lah aku jalan yang benar. Siramilah aku dengan baja kasih sayang dan rahmatMu. Ameen. Ameen. Ameen.

titis-titis madu, kadang-kadang menjadi debu,
nabilahabd.rahman

No comments:

Post a Comment