Tuesday 27 December 2011

Ketika bangun tidur. Jom kita amalkan :)

1. Usap wajah yang terkesan bekas tidur dengan telapak tangan. Menurut Imam Nawawi dan al-Hafiz Ibnu Hajar, perbuatan ini dianjurkan berdasarkan hadis riwayat Muslim :

"Rasulullah s.a.w. bangun tidur kemudian duduk sambil mengusap bekas tidur dari wajah dengan tangannya"

2. Berdoa ketika bangun tidur:

"Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah Dia menidurkan kami, dan kepada-Nya kami dibangkitkan."
(Riwayat al-Bukhari)

3. Bersiwak a.k.a membersihkan gg/ bersugi/ gosok gg

"Apabila Rasulullah s.a.w. bangun malam, Baginda membersihkan mulutnya dengan bersiwak"
(Muttafaq 'alaih)

4. Mengeluarkan atau menyemburkan air dari hidung setelah menyedutnya (tidak terlalu dalam).

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Apabila seorang di antara kamu bangun tidur, maka berbuatlah demikian tiga kali, kerana sesungguhnya syaitan bermalam dihujung (rongga) hidungnya."
(Muttafaq 'alaih)

5. Mencuci tangan tiga kali. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Apabila salah seorang daripada kamu bangun tidur, janganlah memasukkan tangan (keseluruhan) ke dalam bekas air sebelum mencucinya tiga kali."
(Muttafaq 'alaih)



Sumber Majalah Gen-Q Vol.01, Isu 05

No comments:

Post a Comment