Sunday 6 November 2011

Hari raya korban. Apa erti pengorbanan bagi anda?

Bismillahirrahmanirrahim
(Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum :)

Bersyukur Kehadrat ilahi kerana dengan kurniaan nikmat iman dan islam, nikmat hidup dan berfikir kita masih lagi dipertemukan oleh Allah pada hari raya Aidil Adha pada tahun ini, dimana pada hari ini merupakan hari yang cukup bersejarah untuk kita kenang bersama. Pada setiap 10 Zulhijjah, seluruh umat Islam menyambut kedatangan hari kebesaran Islam iaitu Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban. Pada hari itu, umat Islam mengadakan solat sunat hari raya di samping menyembelih binatang ternakan seperti unta dan lembu untuk dikorbankan.

Sebelum menyambut Aidiladha ini, adalah lebih elok jika kita mengetahui dan mengimbas kembali serba sedikit tentang sejarah ibadah korban. Kita semua sedia maklum bahawa sejarah disyariatkan ibadah korban ini bermula dengan peristiwa penyembelihan nabi Allah Ismail Alayhissalam oleh ayahandanya nabi Ibrahim. Hal ini berikutan wahyu yang diperintahkan oleh Allah kepada Nabi Ibrahim didalam mimpinya.

Pada usia emas, 80+ Nabi Ibrahim terus berikhtiar dan memohon kepada Allah supaya dikurniakan cahaya mata. Masa semakin pantas berlalu, ketika itu usia nabi Ibrahim semakin meningkat. Ternyata tuhan tetap menangguhkan zuriat dan terus menguji nabi Ibrahim dalam usianya yang semakin tua. Nabi Ibrahim tetap terus menerus berdoa dan memohon kepada Allah supaya dikurrniakan lagi seorang anak.

Setelah sampai kepada pelaksanaan Allah, nabi Ibrahim dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Ismail. Ketika itu nabi Ibrahim cukup bersyukur dan bergembira kerana Allah mengabulkan permintaannya walaupun disaat-saat baginda tua. Akan tetapi,langit tidak selalunya cerah kerana, mendung pasti bertandang,bahkan nabi Ibrahim selepas itu mendapat perintah Allah melalui mimpi supaya menyembelih anaknya Ismail.

Nabi Ibrahim dan nabi Ismail menurut perintah Allah dengan ikhlas. Keikhlasan dan ketaatannya diberi imbalan oleh Allah, Allah menyelamatkan nabi Ismail dengan memerintahkan malaikat turun lalu menggantikannya dengan seekor kibas. Peristiwa korban itu memberikan teladan, untuk meraih kemuliaan pastilah dilalui dengan pengorbanan.

INFO:
Ibadat korban telah disyariatkan oleh Allah pada tahun kedua Hijrah.
Firman Allah S.W.T:
“Sesungguhnya kami (Allah) telah memberi engkau (wahai Muhamad)kebaikan yang banyak. Maka Sembahyanglah* engkau kerana Tuhanmu dan sembelihlah (korbanmu)”.
(Surah Al-Kautsar Ayat 1-2)

* Sembahyang yang dimaksudkan di dalam ayat di atas ialah sembahyang sunat hari raya korban ( Aidil Adha). Hukum berkorban: Sunat Muakkad(dituntut) bagi yang berkemampuan.

#reference: from kuthbah raya pagi tadi and reading blog's.


Besar sungguh pengorbanan Nabi-nabi kita dahulu. so, apa erti pengorbanan bagi anda?
sekadar meraikan, atau melaksanakan nya? :)

For me, pengorbanan menuntut segalanya. Menghindarkan dan meninggalkan kenikmatan (tipu daya dunia), serta berusaha mencari akhirat. Bukan bermaksud meninggalkan terus urusan dunia okk. but we have to balance between dunia akhirat :)

Yet, I stil merangkak-rangkak mencari hidayahNya. Betol, nak berubah bukannya mudah. but once hati dah diketuk, grap it! takot peluang untuk kita, tiada lagi :c
I didnt start with drastic change. but I start it off slowly :)
start balik mencari ilmu-ilmu agama (reading, kuliah, ceramah, etc) - ye, dah tua bangka baru nak cari kann. tapi bersyukur sangat padaNya kerana memilih aku yang lemah dan hina ini untuk dibimbing. Alhamdulillah.

Ya Allah, aku tak ada apa-apa Ya Allah. Bimbinglah aku. Pilihlah kami jangan Engkau biarkan, dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami. Jangan kau biarkan kami terkapai-kapai jauh dari rahmat Mu, Ya Rabb
:")

Salam Eidul Adha buat semua. Maaf zahir batin dari saya & keluarga :) Marilah kita teruskan usaha kita, berkorban and strive for Jannah. Insyaallah. Amin. Btw, congrats kepada mereka yang dapat puasa sunat. siapa yang tak sempat tuh, next year Insyaallah boleh try lagi ehhh. dun-give-up! hee.

lets start saving & planning for better future life (dunia akhirat). kamonnnn!
nabilahabd.rahman
Manjong, Perak.

No comments:

Post a Comment