Wednesday 9 November 2011

Bismillahirrahmanirrahim
(Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum :)

dah 2 days tak datang keje. tak masuk kelas. due to hi fever. semalam bagun je pagi, badan panas sgt-sgt. actually malam tuh pun dah rase xsedap badan. lepas habiskan kerja sekolah, teros ingat nak tido. rupenye langsung xpat tdo. lenguh sangat badan nh. as usual before tdo, Al-Mulk dulu. golek punye golek, still rase xselesa. pakai stoken, sweater, then nak tdo balik stil xdapat. risau. semua dah tido. taksampai hati lak nak kejotkan sape-sape di tengah pukul 3 pagi nh. al-mulk still playing, fatihah, doa tido, 4 qul, ayat kursi. then start to turn on yasin. Dalam hati takut, sedih, gelisah, etc. still xmoh tdo. then last tgk jam kol 4 lebih...pastu terlelap tampe sedar. only sedar bile ma kejotkan kol 5.

Memang tak larat sangat. g klinik amik ubat. pastu tdo berpeluh-peluh. wif flu lagi. soh adik kol ma, mintak ma balik, cz xlarat sangat. sebek kebetulan adik cuti cz studi week for SPM. ada lah orang tgk-tgk kan aku jugak, letak kain basah kat kepala, bagi makan ubt. kol 12 lebih terjaga. cz ma and abah balik. Ya Allah, Alhamdulillah. so ma lah yang jage. demi anaknye ini. aku mmg jarang demam. tapi once dah demam cam parah je sikit. so ma bagi makan nasi, jerangkan air panas, suapkan makan, etc. coz mmg dah taklarat bangun pun. kecuali solat, and rest balik. masuk toilet pun ma tgu, takot aku pengsan #kasihnya ibu. heh. touchingkannnn.

pagi nh bangun cam dah kebah sikit. tapi rase mual and pening. g tunggu bus untuk g ktm. cz abah outstation. tgh tgu bus tuh, ada nyonya nh tetibe mintak RM 1 utk tambang bus. aku pun musykil, takkan nak nek bus die tak bawak duit. pelik. aku tye die, takbawak duit ke? die cakap tak ade duit sambil sengeh-sengeh. curious jadinye aku. sambil menayangkan kat aku beg kecil yang dibawanya yang mengandungi sehelai baju. aku turut tersenyum walaupun aku tak nampak pun baju tuh. pastu sampai seorg remaja India, lalu nyonya nh pun mtk duit kat die, tapi bdk tuh ckp takde duit.aku memerhatikan je. nak bagi, but ak kene observe dulu. Tetibe mate aku ternampak kawan die g mintak duit kat seorng mamat nh. and mamat nh pun bagilah makcik nh RM1. Lalu kawan nyonya nh dgn hepinye dtg dkt nyonya nh cakap die dah dapat duit. musykil. nh sindiket ke ape. #hati duhai hati, kau selalu berperangsaka terhadap manusia. Lalu bus pun datang, aku nek dlu while observing nyonya nh. bile time nyonya nh nek, die ckp baya nanti kat driver bus tuh sambil senyum-senyum. aku pun tak bape nak amk port sgt, cz macam nak muntah. sampai je kat ktm, dah beli tiket, tapi still rase tak sedap badan nak termuntah. dalam hati berdoa,
"Ya Allah, janganlah kau bebani aku dengan sesuatu yang aku tidak terdaya"
plastik dah stand by takot muntah. then lepak kat kedai depan tuh, takot termuntah. badan dah peluh gile-gile, even kipas laju kot kat situ. tambah pulak baru lepas ujan. lepas ddk dekat kerusi tuh, cam ok skt. aku gagahkan diri utuk nek ktm. ddk je dalam ktm, sebek ktm xjalan lagi. rase nak muntah again. aku pun berlari keluar dari ktm. and masuk toilet. tak larat sangat time tuh. muke dah pucat gile. peluh banyak. #nh sebab aku tak bagi duit kat nyonya tuh ke. maybe. haishh.

Allah datangkan ujian dengan pelbagai bentuk, dalam apa juga keadaan. Redhalah atas ketentuan dari Nya. Setiap sesuatu, pasti ada hikmahnya.

then tampe lengah-lengah lagi terus tahan cab utk balik rumah. kunci rumah pulak takde. kat adik aku. die g sekolah. aku pun g lah klinik dlu. sampai klinik, doc cakap blood presure aku rendah (expected dah). sebab tuh darah tak sampai kat otak. die stuck kat kaki, jadi sejuk je bdn, tapi still berpeloh-peloh. during checking, doc advice me on food taken, air, ubat,etc (dengan nada tegas). when i want to explain more, she seem not listen to me. (which i think not so good to ignore ur patient at least at this condition kot. at least u have to consider that patient is not stabil and not feeling well at the time). sokay. just listen to her with less interruption. when i want to pay the bill, i asked her whether I can drink 100 plus or not. she then replied "OK. u can take it. but actually u dont have too coz we already supply antibiotik, and others". How about Air Cap Badak? still try memenangi hatinye - api tak boleh lawan dengan api. mengalah bukan bererti kalah. hehh. "Air Cap Badak lagi lah tak boleh minum. U dah makan ubat, g minum air Cap Badak kenape". Then slowly I asked her why? "Ehhh, u search lah sendiri kat Internet" suddenly I feel ...(what?) bukan nak marah, but I dont think that the appropriate and rite answer. at least berlapik sikit pun ok. not to direct. then I replied "hmm. OK" without see her face #when I think bout it later, rase sebesalah pun ada - EGO mmg takdapat lari dari manusia kan. tapi cam tak patot kot doc cakap cam gitu. hmm. Suddenly the doctor then replied and explained to me. Mungkin die perasan air muke aku berubah kot cakap camtuh depan 2 org staff klinik tuh yang ada kat kaunter "Air Cap Badak tuh dari China. Di dah letak benda asing dalam tuh. dulu kerajaan dah band bende tuh, but still takdapat control cz orang luar yang bawak masuk. Minum bende tu selalu boleh jadi side effect lame-lame. bla bla blaaa..." (the rest of conversation mmg aku tak bape nak dengar cz I didnt pay attention at all. mungkin sebab berkecil hati). I asked the staff to gave me resit quickly, while she still nagging at me. bukan pe, I pun nak cepat, rase pening tu still ade. nak rest. while half tuh mmg pun maleh dah nak dengar #cepatkan mood manusia boleh berubah.haishh. lastly I just said Thanks je kat doc tuh. maleh nak pjgkan jalan cerita drama.

Aku contact ma lepas balik, and msg adik mtk kunci. Ma soh mtk tolong jiran aku, tolong hantarkan. tapi aku jadi segan gile kot nak mintak tolong dengan lelaki. kalau boleh buatlah sendiri dulu. and last choice when worst come to worst, baru mintak tolong. tapi ma soh gak mtk tolong daripada nak tggu adik balik kol 2+ nanti. tapi segan kot nek kete 2 orang (mengomel je keje aku). takpe lah, tawakal. aku pun dengan muke seposen mintak tolong pakcik tuh hantar ke sekolah adik aku. kebetulan die nak g keje. Alhamdulillah die kate ok boleh je. aku pun nek kete die, tapi agaknye die pasan aku malu-malu ayam, die cakap bagi isyarat dok belakang je. aku pun ON je. dalam kete sunyi sepi. aku pun takde idea nak cakap pe. so bek diam. sampai je sekolah adik amk kunci, then tros blah, masuk rumah makan ubat. then tertido. fuhfuhhhh.

Lesson today -
jangan cepat ubah persepsi kat orang.
dun judge a book from its cover.
EGO must GO!
Berbaik sangkalah kepada semua orang. Even orang tuh not so OK with
us, sokay. take it from positive side. and jangan lupa doakan mereka.
"Bila kita doakan benda yang baik kat orang lain dalam keadaan mereka tidak mengetahuinya, maka malaikat akan mendoakan benda yang sama untuk kita juga"
dan sabar itu penting. usaha ikhtiar and tawakal :)
Lastly,
jangan jadi perjudis.
Last but not least,
Sentiasa bersangka baik pada Allah. segala yang terjadi ada Hikmahnye

Salah satu kelebihan sakit ialah ia dapat mengangkat darjat seseorang di sisi Allah. Sebuah hadis riwayat al-Tirmizi daripada Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya balasan pahala yang besar diperoleh melalui ujian yang besar. Kalau Allah mencintai seseorang, pasti Allah akan memberikan ujian kepadanya. Sesiapa yang redha menerima ujian Allah, maka baginya keredhaan-Nya. Dan sesiapa yang kecewa menerimanya, nescaya ia akan menerima kemurkaan-Nya."

Apabila cubaan dan penyakit menimpa orang yang memiliki hubungan yang baik dengan Allah, lalu ia mampu bersabar, nescaya semuanya itu menjadi tanda kebaikan dan tanda cinta kasih daripada Tuhannya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Kalau Allah menginginkan kebaikan bagi seseorang hamba, maka Allah percepatkan seksaan di dunia."
(Hadis Riwayat al-Tirmizi)

p/s: sorry entri kali nh panjang sedikit.

semoga sakit ini menjadi kifarah penebus dosa-dosa ku yang lampau,
nabilahabd.rahman
hamba Allah.

No comments:

Post a Comment