Saturday 29 October 2011

Manjada wa jada :)

Bismillahirrahmanirrahim
(Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum semuaaaa!

tadi petang singgah kedai depan. dah lame tak jenjalan ke kedai cari buku. selepas belek-belek setengah jam, akhirnye keluar dengan membawa 4 buah buku. takpelahh melabur sikit untuk ilmu :) buku karya Fatimah Syarha & Pahrol Mohd Juoi, etc jadi pilihan hati kali ini. and im looking forward utk beli buku Notes to the Prime Minister: The Untold Story of How Malaysia Beat the Currency Speculators. Isu politik bukan sebab utama okkk. lagipun, undi adalah rahsie. hehh. Lepas attend central banker punye kelas kne lah update pape yang ptot. Lagipun, its more on economic.

Last wik paling mencabar diri. agak bertungkus lumus jugak belajar. even takbape paham sangat, tapi belajar lahh jugak. dan belajar lagi. hmm. senanye otak pun dah lame tak belajau bende berat-berat, jadi karat skt. as usual, pepagi masuk opis jap, cek pape yang patot. then g lepak kat hujung corner.

takpelahh. just prepare the best. prepare pape yang patot. Manjada wa jada :)

masuk je exam, agak ketaq tengok arrgmnt sume. fuhhh. mak datok, cam exam PTD apo. hehh.


bukak je paper, teros tangkap kapalaaaa. layan oooiii. apadahh dgn calculus -.-" kire duit pun takpass. hew hewww. aku pun jawaplah pape yang patot. tgk-tgk 2 jam lepas tuh, ramai dah angkat kaki keluar. especially scholar. tsk tskkk. takpe lahh. sabau jer. aku pun buat dengan kondifen. kemain. Ya ok, buat dulu. yang tatau dah tuhh, tembak je lahh. Alhamdulillah, boleh jawap atas pertolongan Allah. #kalau di ikotkan diri, tak de lah sebijak mane. Hanya pertolongan Allah je - memudahkan segalanya. Alhamdulillah.

"Verily, after each difficulties, there will be relief"
(Al-Insyirah: 5-6)

Alhamdulillah. Thankyouuuu Ya Rabbb :)

petang tuh mmg dah pening lalat lepas exam. malam pas isya, tido lah utuk melegakan kesakitan sedikit. terjaga dlm 11 lebih, makaihhh. poning lagi. tangkap kapala betoi exam tadi, lalu den pun tangkaplah panadol 2 bijik. lepas mkn tuhh, badan rase len, rase seram sejuk. Ya Allah. dah tiba ke mase? :") saket sangat kepala. dan kesakitan itu makin menjadi-jadi.

"Ya Allah, janganlah kau ambil nyawa aku ketika amalan ku ini masih sedikit. ketika aku baru bertatih mengenal-Mu. ketika diri ini masih rindu mengenal-Mu"

time tuh rase bedebar. sedih pun ada. mengucap bebanyak. bace surah-surah yang patot. takut sangat if Allah ambil nyawa ketika itu. takot sebab amalan kurang :")
mati itu pasti. ya, setiap yang bernyawa pasti akan mati. dan tidur itu adalah mati sementara. Alhamdulillah, pagi tadi sedar-sedar masih diberi peluang untuk bernafas, untuk menambah amalan seketika yang mampu. Alhamdulillah. dah ok siket, even kepala berdenyut skt, tapi Alhamdulillah ok skt demi skt.

Thank you Allah. kerana kesakitan itu penghapus dosa. kerana kesakitan itu mengingatkan aku tentang kematian. kesakitan itu mengajar aku supaya lebih memperbaiki diri yang kerdil ini. kesakitan itu mendekatkan lagi aku padaMu :")
justeru itu, dikesempatan yang ada, saya nak mintak maaf banyak-banyak atas kesalahan yang dilakukan di dalam keadaan sedar, atau di luar kawalan. halalkan segalanya yang terlebih dan terkurang. jikalau saya ada berhutang, silalah beritahu saya. takot terlupa. #hutang bukan nya wang ringgit semata-mata, tetapi janji pun dikira hutang jika tidak dilunaskan. takutkan jika difikir-fikirkan. kot-kot kita terlupa, dan tiada siapa pula mengingatkan. sampai sini dulu ye. nanti kite cite lagi. doakan kita semua istiqamah dalam melakukan ibadah padaNya. Insyaallah.

"Dosa yang menyebabkan engkau menangis, lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takabur"

nabilahabd.rahman
hamba Allah.

No comments:

Post a Comment