Monday 24 October 2011

Jangan menangis sayang :”)

Tika di uji, jangalah kamu bersedih.
Kuatkan hati, kuatkan iman, teguhkan pendirian.
Bahawasanya, Allah sentiasa bersama kamu dikala sunyi dan diwaktu gembira.

Tika hadirmu tidak dirasai,
Janganlah takut oleh bayangmu sendiri.
Biar nama mu tidak dikenali, asalkan dirimu tidak jauh dari kasih sayangNya.

Tika kamu bertatih. Dan jatuh kembali. Mengharap genggaman ikhsan orang lain,
Namun tiada yang menyapa. Usahlah gentar usahlah ragu,
Bangun. Dan maralah ke hadapan, kerana DIA bersama kamu.

Tika disapa pandangan manusia yang rakus,
Biarkan mereka. Jangan tergugat oleh kealpaan diri.
Berdirilah dijalan ISTIQAMAH.

Tika kamu rebah, menanti waktu,
Maka tetapkan lah hati mu pada yang satu,
Nescaya engkau tidak terpesong dari jalanNya.

"Ya Allah, tiada tempat untuk aku mengadu selain dariMu. Berilkanlah aku kekuatan untuk melalui segalanya ini. Ya Rabb, janganlah kau pesongkan hati ini yang lemah menagih kasih sayangMu. Jangan kau biarkan aku terkapai-kapai tampa rahmatMu. Aku lemah. Aku jahil tampa bimbingan dariMu.
Aku sunyi. Aku rindu pada Mu.

Ya Allah.
Acapkali hati ini merintih padaMu. Namun engkau tak pernah jemu mendengar permintaan ku. Kadangkala aku malu padaMu. Namun, tiada siapa yang lebih layak untuk aku meminta. Ya Allah. Tabahkan lah aku dalam melalui segalanya ini. Permudahkanlah urusan ku Ya Allah. Hanya kepadaMu tempat aku meminta
"

Hati kadang-kadang sunyi. Tapi ingatlah janjiNya.
Bahawa DIA tidak pernah mensia-siakan kita
:”)
nabilahabd.rahman

p/s: petang ini, rase sedih. rase sunyi. rase rindu pdNya.

No comments:

Post a Comment