Saturday 30 April 2011

Hidayah milik Allah, kerana Allah yang memegang hati-hati manusia :D

Alhamdulillah..Alhamdulillahhh Ya Allah-
Hari ini aku dapat khatam Al-Quran.tak sabar lagi menunggu Ramadhan.mesti berlumba-lumba dgn ma nak behkan dulu.hehee
dan today gak khatam salah satu buku yg bli kat PWTC hari tu.bertambah dan menguatkan semangat lah lagi nak dekatkan diri pdNya :)
dan juga harinh rambut telah dikhatamkan riwayat. hahha. tamat lah riwayat kesan degil.
settle byk gak today.sambil tgk imam muda semalam and preview today, sebak rase hati tgk isu kelahiran episod nh.
pasal kes pembuangan bayi. Ya Allah, bayi yang tak berdosa itu Ya Allah. sebaknya sgtsgt. mutiara jgn ckp lahhh. dah berjurai-jurai.
Alhamdullilah, masih dalam lindungan Nya lagi. Syukur Ya Allah kerana memelihara aku.
sesungguhnya hamba mu ini lemah dan jahil. jangan lah engkau pesongkan hati-hati kami Ya Allah setelah engkau berikan pertunjuk dan hidayah kepada kami.
seperti dlm ayatNya:

“..Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engakau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami pikul. Beri maafkan kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami..” (Al-Baqarah: 286) :")

ameen. lepas nh looking foword utk habiskan bacaan lain pula. buku hadis dah memanggil-manggil :)
and really looking foword nak start baca Al-Quran balik serta tafsir nya. hati ini sgt-sgt terpanggil. sebenarnya masa 24 hours tu cukup kalau kita manfaatkan ia dgn lebih baik.dan op cos lak kan benda yg sia-sia haruslah dielakkan (sambil remind diri sendiri). kena lah prepare mane-mane yang patot. ye lah kann everybody knows death is inevitably coming, but it never fails to catch everybody by surprise everytime one is going. tak dinafikan lahh. dulu kehidupan agak kucar-kacir. mencari definasi kehidupan, dan adakalanya tergelincir di satu persinggahan. harap-harap hijrah kita ke arah kebaikan dipermudahkan, ameen.

yessss, Hidayah itu milik Allah, kerana Allah yang memegang hati-hati manusia. tapi kita kena lah berusaha, kearah kebaikan. fake it, till you make it.ikhlas tu bukan kita yang ukur, tu biar Allah yang tentukan. Jangan sampai kita tinggalkan amal ibadat sebab tak nak riak dengan manusia, kerana tu la tanda kita riak dengan Allah sebenarnya.
"Dan bahawasanya kepada Tuhanmulah kesudahan (segala sesuatu)"
(An-Najm: 42)

Berubahlah sedikit demi sedikit :) yeee, amat susah untuk kita mengubah orang lain. kerana Allah lah yang memegang hati manusia itu. Takpee, kita berubah dulu sedikit-demi-sedikit. lebih baik daripada tak berubah langsung dan berada di takungan yang sama. kita hanya mampu berdoa (dan itu lah yang aku buat ke sekian kalinya) Alhamdulillah. walaupun sedikit baru perubahan nya, harap mampu lagi pergi lebih jauh. Living here for the hereafter. bru balance dunia, akhirat, insyaallah

Ini je lah contengan pada hari ini. Jumpe lagi Insyaallah jika dipanjangkan umurnya. Wasalam. NZ~

Guide us to the Straight Way. (Al-Fatihah: 6) 

No comments:

Post a Comment