Tuesday 26 April 2011

Nikmat bersyukur padaNya :")

Dua hari aku merantau. Hehh. Dah lama tak cuti. Konon-konon nak relex kan mind :D
Perjalanan sana sini menggunakan kudrat yang ada kadang-kadang membuatkan aku bersyukur. Sgt-sgt bersyukur di atas nikmat dan kurniaan nya. Walaupun batas waktu dan ketika tidak melayakan aku untuk memiliki kenderaan sendiri seperti orang lain, tetapi aku tetap bersyukur kerana kudrat kaki ini mampu berjalan. Biarlah mereka berkata, biarlah mereka tertawa dek kerana waktu yang aku luangkan untuk menantikan public transport seakan-akan membuang masa bagi setengah orang. Tetapi aku bersyukur di atas rezeki dan rahmatNya. Biarlah aku susah sendiri, asalkan aku tidak menyusahkan orang lain (kecuali jika perlu/terdesak sahaja). Aku bersyukur Ya ALLAH :)

Ketika mata sedang sebok melihat sekeliling, mata tertancap kepada sekujur tubuh kecil di stesen LRT pagi itu. Betapa gigihnya wanita yang selayak dipanggil kakak. Meraba-raba dalam gelap, mencari jalan. Kakak itu, tidak dapat melihat. Sayu aku lihatnya. Cepat-cepat mengekorinya dari belakang. Mungkin dia memerlukan bantuan untuk berjalan. Ternyata telahan aku silap. Kakak itu cuba sedaya upaya meniti tangga untuk turun dari LRT, meskipun ramai yang seakan-akan ingin membantu. Aku sebak lagiii. Dan lagii. Tidak dapat aku bayangkan bila berada di tempatnya, bila ALLAH mencabut salah-satu nikmat yang diberikan kepada hambanya. Dan yakni, ianya satu pinjaman dari ALLAH. Kun Fa Ya Kun – yaaa, DIA boleh mengambil nikmat yang dipinjamkan sekeli mata sahaja. Malah, jasad dan roh kita adalah pinjaman daripadaNya. Bersyukurkah kita??? Tidak kah kita sedar bahawasanya ramai yang telah di tarik nikmat sedikit demi sedikit??

Terngiang-ngiang butir bicara dalam Program Tanyalah Ustaz minggu lepas:

“Haruslah kita menjauhi daripada tergolong dalam golongan Istdraj, iaitu Allah memberikan sesorang itu kemudahan, kelapangan, kesenangan, kesihatan supaya kita jauh sedikit demi sedikit daripadaNya. Ini adalah salah satu ujian daripadaNya. Iaitu Allah ingin menguji sama ada kita bersyukur tak kepadaNya. Jangan lah kita tergolong dengan orang yang Kufur Nikmat..”

Daripada Abdullah bin Abbas r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Dua nikmat yang ramai manusia terpedaya dengannya; sihat dan kelapangan.”
(Riwayat Al-Bukhari)

Harapan aku Cuma satu, agar menjadi hambaNya yang bersyukur. Insyaallah, Ameen.

No comments:

Post a Comment