Sunday 29 May 2011

hari ini, hari ahad :D

Lately nh byk kenduri-kendara kan?bestnye. rase mcm bru pas men pondok-pondok, kawen-kawen dgn jiran sebelah rumah. hehhh. tu zaman kecik-kecik dulu. skg dah besa. masing-masing segan gile kot kalau jumpe. kalau boleh nak lari, atau pakai topeng muke - sailormoon pun cute gak. haishhh. malu tahap gaban lah kalau terpakse jumpe tuh. hihihiii. ye lah, zaman comot-comot dah berlalu. skg dah lain tau. ohh yes, you are now 20+ tihehhee. membe lame jmpe pom ckp aku dah lain. trueeeee.
"zaman berubah, orang pun berubah gak kan"

Dulu zaman kanak-kanak, penuh dgn keseronokkan. main tak hinggat dunia. men hujan, msk hutan, mandi sungai, etc. sume dlm tangan. hehhh. Aku belajar lah kat sekolah agame tuh - SRA Darul Ulum, Klang.
tp belajar ape aku pon dah ingat-ingat lupe. dulu mcm tak penting sgt. tau nak suke-suki je. skg, menyesal beb tak belajar agame betoi-betoi dulu.hurmmm. ape nak buat, mase tak boleh diputarkan kembali.

Zaman kanak-kanak berlalu pantas meninggalkan kita, masuk pula alam baru yang dikenali sebagai alam remaja. REMAJA gituuuuuu. darah muda membuak-buak. nak try itu ini. tp plg cikai - drug, smoke and drink, tak pnh sentuh lagi lahh takat nh. takat nakal-nakal bodo gitu. plg kuat pom, adalahhh *******
tapi takdeee lah takat bahayekan kesihatan public, hanya nakal remaja jee. ye lahh. name pon zaman jahiliah. zaman nak kenal diri sendiri.
tapi ada satu tahap tu, yang mana aku telah jatuh tergelincir - i feel lonely, empty.
kat sini lah aku belajar cari diri sendiri. cari tuhan - Allah. aku kenal ayat-ayatNya. syukur. sempat lagi aku bangun dan tersedar dr zaman remaja yang beronak duri. dari situ, aku belajar segalanya. dan berubah sedikit demi sedikit. dulu freehair je keluar. Pergi sekolah buat syarat,time suke, pakai lah tudung. time rase otak xbetol, kimsalam je lah. tapi sejak dekat dgn Allah, rase terjage sikit. Alhamdulillah, Allah jage kita kan? nak g sidai bju dpn rumah pon nak pakai proper. nape? simple je, Allah Maha Melihat :)

Zaman Uni pula menjelma. bru nak kenal alam mix dgn org. hehh. ok lah. so far, sume boleh jage lagi. under control. semua berjalan lancar. solat jemaah on lah jugak, walaupon kdg-kdg off waktu bz & etc. dengar ceramah - on. mungkin sebab time tu banyak involve dgn student program, jadi fasi, wing captain, etc so kenalah tunjukkan teladan yang baik kan. ngee.
sampailah satu tahap, yang aku mmg terlupa dan terleka. sedih sgtsgt bile pk balik. tapi sgtsgt bersyukur, kerana Allah masih sayangkan aku. Allah bagi ujian, bagi hamba-hambanya.

Daripada Abdullah bin Abbas r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Dua nikmat yang ramai manusia terpedaya dengannya; adalah sihat dan kelapangan"
(Riwayat al-Bukhari)

dan itu lah yang terjadi. Alhamdulillah, Allah masih sayangkan aku lagi. DIA bagi aku peluang untuk bangkit dr zaman kegelapan.sume yang berlaku adalah daripada kesilapan dan kekalifan diri sendiri. kini aku bangkit kembali. doa tak pernah putus. tapi Allah Maha Mengetahui. semua yang terjadi nh, ada hikmah. Yuppp. percayalahhhh. if tak, aku pun tak de kat sini. mungkin masih dalam zaman bersuka-suki lagi. Alhamdulillah, masin-masing dapat menerima dengan hati yang terbuka. paling penting, doa tak pernah putus - dulu, kini, dan selamanya.Yakin lah pada Qada-Qadar Allah. sekarang, kene lebih banyak 3T (tawaduk, tabah dan tawakal) dan sabar itu pentingggggg. Insyaallah. kadang-kadang, bila teringat, cepat-cepat balik padaNya.

"Ya Allah, Tuhan yang membolak-balik kan hati kami. Janganlah kau bolak-balik kan hati kami setelah kau berikan hidayah dan petunjuk kepada kami. Ampunilah kami. Maafilah kami hambaMu yang hina, lagi kerdil ini" 

kdgkdg, tiap kali solat tuh, rase malu pada Allah, rasa kerdil. dan hina sangat pada mataNya. even mase tgh tulis entri ni pon, air mata jgn ckp lah. sedih bila ingat Allah. sedih, hiba dan terharu kerana Allah masih ingat pada hambaNya ini. walapun dosabergelen-gelen, tp Allah sayang pada umatnya.

belum terlambat lagi untuk berubah. berubah lah sebelum terlambat. sebelum dtgnya 5 dari 5.
isyhhh. kene stop dulu, dah tacingggg lebih-lebih. basah laptop nh tak kesah. tapi aku jadi sayu :")


*to be continued. ILY Nabilah. Be strong!

No comments:

Post a Comment