Wednesday, 11 January 2012

"alah bisa tegar biasa"

Bismillahirrahmanirrahim
(In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful)

Assalamualaikum.

Ya Allah. Penatnye lately nh. g keje awal, tapi sampai rumah lambat. apekahhh -.-"
Kekadang dah sampai malam, penat plus lapa, plus mgantok, plus keje sekolah tak siap lagi. bermacam-macam plus dah ade nh haa. haishhh. merungut je koje. hailaaa. nh sesi meluahkan rase hati. hehh

Penat tuh kadang-kadang sampai konpius harus makan dulu or tido dulu. kekadang nak buat two in one. ha ha. kekadang tuh lapa, tapi terlampau penat sgt sampai tak dapat nak makan sangat. bile dah sakit nanti, mule bising sane sini. hehh. still adapting new workload new thingsss. hewww :/ try mybest! life could be more hectic after this. Alahaii. mane nak di dahulukan nh. konpiusss. nak sambung belajau lagi nh. canoooo. tapi bz takdapat dikawal. maybe i should stay more, before continue. bzbbzz

Apekah name life ini. he he. life is a matter of learning anyway. to get the best out of the deal is to get the best partner. I need a lifesaver. boleh ke? nanti sambung belajar ade orang take care. senang nak pantau semua - makan, minum, study, life balance, etc. tihehe. sape yang nak jage sape senanye nanti nh. camnh kne request family man lahhh. takde lah dua-dua bz nanti. yeahh. verangan lebehh. mengarut. back to reality! but then, senanye if dapat family man, its a bonus lahh. cz plan nak sambung belajar, at least ade lah someone yang tengok-tengok kan nanti. haishh. angan-angan mat jenin.

Keje sekolah tak siap lagi. tapi mate dah terkebil-kebil. esok nak kene submit. everyday need to meet death line. sebek ade manager yang baik, DD yang understanding and of coz office mate yang helpful. tenkiu sesangat ^^

Fix the relationship between yourself & Allah. Allah swt will then Fix the relationship between yourself and others.
*true!

ok, marilahh stat buat keje *motivate myself.


# Yes i chose this path. yet still in the journey to
... find eternal happiness. Balance life. Here and Hereafter, Insyaallah :")
If you do not change direction, you may end up where you are heading.

Living well or living hell. You choose!
nabilahabd.rahman

Antara tanda matinya hati :/

Antara tanda hati mati ialah tidak bersedih di atas luputnya amal ketaatan dari diri mu dan tidak menyesal di atas maksiat yang kamu lakukan.
Hikam Ibn 'Ataillah.


Allah. Allah.


Ya Allah. Matikan kami dalam Iman dan Islam, dalam husnul khatimah :")


nabilahabd.rahman
hypo.hypo.

Saturday, 7 January 2012

Changing for good, is not a crime :") Alhamdulillah.

Salam.

Nothing new. Magrib tadi check reading tajwid. dengan Ma, dengan adik. dengan Abah petang tadi ^^ Bestnye rahmat Allah nh kannn :)))

suke. Alhamdulillah.

wiken as usual. tak keluar. spend time with reading books. banyaknya tak habis lagi :/ plan pas settle semua nak cari buku Harun Yahya pulak. tapi buku banyak lagi nak kene marathon. tersusun je kat rak menanti panggilan untuk dibaca. haru jaa.
sementara wiken nh boleh lah speed terjemahan Al-Quran siket. hari bese lepas keje je lah kot boleh selak-selak. Dhuha punn. sobbb

And i miss Usrah soso much. gile kan penangan nye. suke suke jugakkk. dulu time diploma cam awkward je dengar perkataan usrah. takde dalam kamus hidup. bile dengar orang join usrah, rase lain macam. tertanye-tanya best ke. rase ustazah lak kengkawan aku nh. tapi sekarang, dunia dah berubah. pusing 360 darjah gamaknye. ngaaa.

dulu pun ad member pakai stokin, mmg rase macam payah je. tak payah ke die pakai. nanti kene pilih kasut tutup je sepanjang masa. tapi Islam itu kan Indah. Islam itu Ad-din "The way of life". Sape kate kiteorng takboleh bergaya? pakai je lah ape-ape kasut pun, heels, weges, sarung, haa. ape lagi. sume pun bolehh asalkan pakai setokin. heh. bile tak pakai rase macam len macam je. samelah cam setokin tangan. baru lengkap nak kua g memane. yeahh. islam tuh kan osemmm! ^^

ohh. ape lagi nak update ehh. haa, masuk bab keje siket. sekarang dah restructuring. portfolio pun dah luas siket. hope Allah permudahkan segalanya. BZ? opcoz lahh. responsibility makin deep. try my best. selalu pujuk hati, dun wori to much. go with flow. kan Allah dah cakap:

Allah tak akan memberatkan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu tanggung (2:286)

so, bile Allah uji, maksudnya kita "mampu". yesss, you can do it (nike) Just enjoy je ape yang kita buat. kerja kan part of Ibadah. dan kerja bukan lagi jadi beban kalau dah tu benda yang kite suke. ritee ^^

What life without constant challenges? Do not succumb to the mundane. Provoke your mind to try the unknown.

so, RUN! no turning back. Insyaallah. Doa. kan senjata orang mukmin. Yakin that Allah will always with us ♥



p/s: thanks to osem people around me yang support ke arah ini. Semoga Allah merahmati kamu. Kalau kita berubah untuk jadi baik kerana Allah, Allah akan hantar orang-orang yang baik untuk bersama-sama kita. Alhamdulillah. Syukur!

nabilahabd.rahman
*listening to Raihan - Syukur :)

Friday, 6 January 2012

Tazkirah Jumaat :)

Salam.

Juma'ah Mubarakah People!

Tujuh sunah penting dalam seharian kita
*reminder for myself jugak. tihehehee

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua



--------------------------------------------------------

p/s: nak tambah, al-mathurat pun elok untuk diamalkan juga.
kesan nya sangat hebat, Allah akan permudahkan jalan bagimu and akan rasa tenang je. Betol, tak caye try ahhh.

"Dengan mengingati Allah, jiwa akan merasa tenang"
(Ar-Ra'd: 28)

Pastuh, memalam before sleep bacelah al-mulk. sebak tau surah ini. rase insaf. jgn lupe bace fatihah, ayat kursi, 3 qul jugak. and mengucap before tidur. sebab tidur itu adalah mati kecil. tatau samada roh kita akan datang balik or not. So siap-siap bace kan lagi bagus.


Beribadatlah sehingga kita berasa letih untuk melakukan dosa dan berasa tenang setiap kali bersamaNya,
nabilahabd.rahman :")

Monday, 2 January 2012

duhai hati, banyakkan bersabar. Allah sentiasa bersamaMu.

kenape malam nh rase sedihh sangat?
sebab today dah gembira shopping books.
and ate BR?

bukannnn.

tapi kenape sedih pulak nh -.-"

mangaiii. takpayah nanges okk
nabilah kan kuat. nabilah tabah kannn :")

tapi npe sedih lagi?

"Sedangkan dengan bah, pantai pun boleh berubah. Inikan pula hati manusia yang dibawah kuasa Allah"


Allah. Allah :")

Guide me to the straight way
(Al-Fatihah: 5)

Allah. Allah :")

Sakit itu penghapus dosakan :")



maka bersyukurlahhh.

Sunday, 1 January 2012

Jalan mujahadah itu kadang-kadang "pahit" ... kerana..

Jalan mujahadah tuh kadang-kadang ku rasa kan "pahit" untuk ku lalui..
Terasa laluan ku penuh berduri.

Ditinggalkan, diuji, disindir, dipinggirkan..
tapi dalam kesusahan itu, aku amat yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama ku.
setiap saat, setiap masa..

Kadang-kadang, aku terjatuh ketika cuba untuk berlari di jalanNya.
Aku cuba bangun, dan berjalan kembali tampa belari.
Tapi kadang-kadang hati ini tidak cukup kuat untuk diuji.
Aku tersungkur kembali walaupun tidak berlari.

Ya Allah. kadang-kadang aku tidak mampu menghadapi semua ini seorang diri.
Aku lemah Ya Allah. Aku lemah tampa bantuanMu :")
Aku tak mahu give-up Ya Allah.
Jangan lah kiranya Engkau biarkan aku seorang diri,
tampa rahmat dan kasih sayangMu.

Aku takut ya Allah..
Aku baru bertatih dijalanMu.
Aku takut, aku takut ditinggankan sendirian tampaMu.

Ya Allah.
Janganlah kiranya Engkau pesongkan hati ini.
Tetapkan lah hati kecil ini.
Supaya istiqamah dijalanMu.

Kadang-kadang tiada siapa yang sudi menghulurkan bantuan untuk aku terus mengorak langkah. Tapi aku tahu, Engkau tetap setia di sisi ku.
Memerhatikan ku.
Menemani ku.
Mengisi hari-hari suram ku.

Tiada apa lagi yang ku mahukan dalam dunia ini.
Hanya rahmat, hidayah dan kasih sayang Engkau yang ku dambakan ketika ini.
Walaupun dipandang sepi oleh manusia.
Tapi Engkau tetap tidak berganjak dari hidup Ku.

Cukuplah Ya Allah.
Hanya Engkau yang aku perlukan.
Tempat aku bergantung harap.
Tempat aku mengadu.
Tiada lain yang aku perlukan.

Kasih sayang dan rahmatMu melebihi segalannya.
Aku sentiasa bersyukur kerana dipilih olehMu,
untuk menerima hidayah ini.
Bagiku, ianya cukup besar sekali nilainya.
Engkau Maha Pengasih Ya Allah.
Engkau tidap pernah meminggirkan ku walaupun banyak manapun dosa yang aku lakukan selama ini.
Engkau Pengasih, Engkau Penyayang.


Ya Allah,
Ampunkan aku kerana sering mengadu domba kepadaMu.
Aku lemah ya Allah. lemah tampa bantuanMu
Ya Rabb,
Maafkan aku bilamana hati ini alpa terhadapMu.
Jalan mujahadah itu kadang-kadang ku rasakan "pahit" ...
kerana aku tahu,
..........................
Syurga itu sanggat indah telah Engkau sediakan,
kepada Hamba-hamba Mu yang bersyukur terhadap Mu.

Thankyouu Allah for everything!

p/s: doakan saya istiqamah :")


kadang-kadang hati kecil ini sering terleka.
Ya Allah, tetapkan lah hati ini dijalanMu.
nabilahabd.rahman