"The world and all things in it are precious, and the most precious thing in the world is a virtuous woman"
Islam itu indah. tak membebankan umatnya. bukan dengan menutup aurat itu tak cantik, tak boleh bergaya. Silakannn. tapi haruslah berpada-pada. silap sedikit, boleh menempah dosa - dan bukan jadi amalan lagi. Aurat wanita dikira semua, kecuali dua tapak tangan dan muka. simple kan.so, sape kata bertudung kita tak boleh bergaya? Make up pun boleh, tapi jgn lah tebal nauu cam nak casting opera cina. selayaknya, tipis. berpada-padalah. bagi yang sudah bersuami, selayaknya berhias utuk para suami sahaja. bukan nya kat rumah selekeh, kat luar cantik bergaya.
Kadang-kala, aku rasa tak layak bagi lelaki di luar sana. mungkin salah satu sebabnya.
"Perempuan baik adalah untuk lelaki baik.
Dan perempuan jahat itu selayaknya mendapat lelaki yang jahat"
Mana satu kategori aku. hmmm. aku try utuk berubah. untuk menjadi lebih baik. dan aku juga memerlukan seorang pembimbing - seorang suami yang dapat membimbing aku menjadi lebih baik, dunia akhirat. mungkin masih awal memikirkan pasal "sang suami" sedangkan diri tak de lah selengkap mana. tapi, ini lah hakikat hidup manusia. ingin dikasihi dam mengasihi. tapi aku memerlukan seorang lelaki yang dapat membimbing ku dunia akhirat. sebab aku lemah, aku kerdil, aku hina.
tidak terlintas memikirkan mahu mencari bakal suami nanti orang yang segak bergaya, kaya kebendaan. tetapi aku mahukan seorang lelaki yang sederhana. cukuplah. yang akan memimpin dan membimbing aku dan keluarga kami kelak.bukan dari segi harta yang dicari, bukan dari segi paras rupa yang dilihat, tatapi agama.
p/s: Ya Allah, aku mencintainya kerana agamaMu. Jika hilang agamaMu padanya, maka hilanglah cintaku padanya. Ameen. Let's pray for the best. and Allah know the best-
No comments:
Post a Comment